LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

30 September 2010

Pakaian Tradisional The Contest

fieza 1

ngahahahaha!! contest lagik!! ok kali ni nak join contest pakaian tradisional anjuran cik hafidzah. takde sapa2 yang tag aku. jumpa contest ni dalam blog cik tom ku sayang. kalau korang pergi blog cik tom memang cik tom tengah ligat join contest time ni. hehehe.. dalam banyak2 contest yang dia join, aku berminat nak join yang ni. so gambar kat bawah adalah gambar yang aku pertaruhkan.


since aku adalah seorang gadis iban, so aku pertaruhkan pakaian tradisional kaum aku. haaaa... korang teka la yang mana satu aku. hehehe... masa ni aku masih muat lagi pakai pakaian ni. hehehe.. sekarang bukan tak muat, takde size je.hehehe..

so kalau korang nak tahu apa hadiah dan syarat2 contest ni, sila jenguk blog cik hafidzah ye. untuk cukupkan syarat aku nak tag azuin & sumandak kinabalu. due date contest ni 27/10/10. lama lagi kan. so pegi la amik gambar pakai pakaian tradisional, pose cantek2.. join contest ni. kot2 menang..hehehe...

29 September 2010

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

balik kepada cabaran 30 hari.hehe.. so cabaran untuk hari ini ialah gambar sesuatu / seseorang yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup aku. dia cakap gambar je so tak perlu la aku tulis panjang2 ni. kang korang boring lak baca. aku yang menaip pun boring.haha..

so aku letak gambar mr. luff aku. jangan tanya kenapa aku tak letak gmbar family or gambar lain. sebab bagi aku, selain keluarga aku, mr. luff lah yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup aku. nak tahu lebih details sila baca entry aku yg lepas.


:42:
sebenarnya 3 minggu yang lepas iaitu hari selasa yang bertarikh 07 september telah genaplah 2 tahun hubungan aku dan mr. luff. tapi takde celebrate2 la. baru 2 tahun nak kecoh kann.. kalau nak dibandingkan dengan yang dah bercintan 4 5 tahun tu. aku cuma berharap yang hubungan kami berdua akan kekal selama2 nya. ni kira pecah rekod aku sendiri ni. aku tak pernah lg kapel ngn sapa2 lebih dari 1 tahun tau. dulu ada 1 tahun lebih tapi dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

ok lah.. tu je kot.hahaha.. korang lak apa yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup korang?


bulan depan tarikh yang sama 07 oktober birthday mr. luff... nak bagi hadiah apa??? ada idea tak?

sape nak hadiah free? =)

haaaaa... sape nak hadiah free???? cakap cepat!! sape tak nak hadiah free?? blah cepat!!! hahahah.. gurau je ok. tak pasal2 aku kene hentam kang. ok, kali ini aku telah ditag oleh cik suzie untuk join GA nadia farahida.

haaaaa.. ni la hadiah dia. tabung kereta merah. ngeeee... bukan la. hadiahnya misteri. tak tau apa hadiah dia. kot2 betul nak bg kete ni tak? hehehe.. untung la kalau dapat ni. berangan kejap ye. lesen kete pun tadak ni.opppss..

cara nak join senang je. boleh tengok kat blog nadia farahida ni. cantek blog dia. black + oren gitu.. tarikh tutup 1 oktober ni. cepat2.. sapa nak join sila la join. tapi aku kene gak tag 3 orang blogger utk cukupkan syarat.huhu.. nak tag sape ye??? tag je dorang ni..

28 September 2010

lagi lagi bahana FACEBOOK

*PERHATIAN!!! INI ADALAH ENTRY YANG PENUH DENGAN RASA MARAH!!!! *

ok, stret to the point. sejak kebelakangan ni kita selalu je dengar kes2 yang berpunca dari laman sosial yang tengah hot masa kini iaitu FACEBOOK. kes menghina islam oleh salleh gregor, katy lim, budak yang hina arwah din beramboi dan macam2 lagi lah. dan paling latest ada yang tubuhkan page anti ariel peterpan.

tapi kes kali ni bukan pasal menghina islam atau sesiapa pun. ini terjadi kat aku sendiri. masa aku buka page fb aku ada la sorang minah ni komen kat status fb aku yg semalam. kalau komen biasa2 je aku tak kisah tapi komen dia memang membuatkan darah aku mendidih. mungkin korang tak paham apa yg dia komen ni sebab dia komen dalam bahasa melayu sarawak. tapi aku rasa mostly korang akan paham juga sebab word yang dia pakai senang nak paham. tapi kalau korang still tak paham gak boleh tanya nanti ye.


sila klik untuk besarkan gambar untuk paparan lebih jelas

nama minah ni sarah abigail. gambar kat profile dia....cun woooo wa cakap luuu.. kalau lelaki memang terliur ni tengok. siap dedah separuh breast dia.pasni kompom korang cepat2 search minah ni kat fb kan.hahahaha... itu aku tak kisah.. dari apa yang aku tengok kat wall minah ni dia mengaku diri dia homoseksual.

itu pun aku tak kisah. yang aku kisah bila dia komen benda macam tu kat status aku!!! geram niiii!!! aku pun bagi la sedas dua kat dia. walaupun aku tahu benda tu tak memberi kesan kat dia. lantak la. bukan tu aje, aku tengok kat wall org lain pon dia komen lebih kurang macam tu juga.

tapi tiba2 aku tersedar.. serendah2 akhlak seseorang perempuan itu pun, takkan dia nak expose kat public macam tu je. aku tahu ni msti ada udang di sebalik mi goreng ni.. rata2 member fb cakap account minah ni palsu. ada orang gunakan gambar dia dan nama dia. ye ke? mungkin juga. sebelum ni pun ada kes yang sama kan.

kalau betul la akaun fb minah tu fake, apakah tujuan orang tersebut?? lagipun banyak sangat gambar minah ni dlm album fb dia ni. dah la semua seksi2. kawan aku bagi andaian, owner fb tu adalah lelaki sebab dia layan perempuan je.. kalau lelaki dia layan dingin. heh.. nama pun dah homoseksual kannnnn???

lagi kwn aku buat andaian lelaki ni ex-bf dia kot. maybe pompoan ni curang ke apa, tu yang dia nak balas dendam. ye la, selalunya kalau kita bercintan cintun ni, henpon semua kompom penuh ngan gmbar pasangan masing2 kan. tapi kalau betul la andaian kwn aku tu..aku tak heran. sebab tengok dari gambar pun dah tau minah ni spesis macam mana.

tengokkkkk... kan dah buat dosa dah aku kutuk dia. huh!! tapi aku tak block minah tu dari fb aku. kenapa??? faham2 la ya.ehehehe.. tapi aku bukan jenis yang suka cari gaduh. tapi kalau dia start dulu, takkan aku nak dok diam je. aku pun ada limit gak.

ok lah, korang cepat2 la search minah ni kat fb ye.hahahaha.. takyah nak sorok2. nasib baik aku dah kasi private aku punya gambar. dan aku tak add orang sebarangan kat fb. kalau korang add aku tu, kasi tau la korang dari blog ye. kang tak pasal2 aku tak accept korang meroyan pula.hahaha.

*masih marah mode*


26 September 2010

Day 06- Favorite super hero and why

cabaran untuk hari ini.. favorite super hero. aku ada favorite super hero ke? setahu aku, aku minat shin chan je. haha.. jap ekkk... fikir...fikir...fikir... fikir.... fikir....

:4:

haaaaa!~!!! ada kot.haha.. apa dia?? jeng! jeng! jeng!



the incredibles!!!! hehehe.. kenapa aku minat? kalau korang nak tahu, the incredibles adalah satu satunya movie super hero yang aku layan sampai habis. cuba kalau korang tayang movie spiderman atau batman ke depan aku, kompom aku tak layan punya.. tak tahu la kenapa. maybe sebab aku lebih suka super hero yang lite2 gitu.

tambah2 lagi cerita ni sesuai untuk tontonan satu keluarga. nama pun citer katon kan. kalau spiderman or batman or ape lagi? superman.. haa.. paling2 pon ada babak ciom2 kan. walaupun lite tapi aku memang tak selesa menonton dengan budak2 kalau ada babak macam tu. tapi budak2 zaman sekarang memang dah terlebih advanced dah sekarang.

so ini adalah kesukaan aku. pendapat korang mungkin berbeza tapi apa boleh buat, minat lain2 kan. jadi mereka adalah super hero kegemaran aku.



korang lak suka super hero yang mana satu? share2 la minat korang...

:22:

jom heboh yang heboh!!!

semalam tak online so hari ni online puas. walaupun penat tak hilang lagi tapi ku gagahkan juga jari aku ni mengetuk2 keyboard aku ni haa..
blogger-emoticon.blogspot.com

hari ni pegi jenjalan kat stadium negeri / stadium sarawak. ada apa kat sana? jom heboh3!!! hehehe.. kalau ada yang tengok tv3 tu dorang ada siarkan lintas langsung jom heboh dari kuching. tapi malam ni aku tak pegi tengok konsert.. malas aaa. penat sangat. dah la tempat parking jauh sangat.. so tak nak cerita banyak, jom layan gambar2 ni dulu.



dari jauh dah nampak belon ni

sampai ke sana tomok baru kuar nyanyi.. wpn kurang minat tetap amik gambar gak


sapa2 nak nips free?? aku nak tp kene join game. aku ni pemalu.. heeee..



betapa ramainya warga kuching meriahkan jom heboh. dari miri pun ada. jauh tuuuuu..



kata malu kan tp join game makan maggi cup paling cepat. aku dpt no 2.. heeee



cantik je aku amik gambar ni..


tapi bila dia amik gmbar aku??? patut bagi nampak jom heboh kat atas tuuuu.... adehhh...


gerai ni memang byk pelanggan. mungkin disebabkan wig tu kot. heeeee..


upin ipin.. sorang tersangkut lak kat atas pokok tuu..heeeee


saya la doraemon!!!!


heee.. aku baru perasan gambar ni. tu pun adik aku yg perasan dulu.


beli byk barang sebenarnya.. tp saja kasi tunjuk maggi je. maggi tu aku menang game td.


last show yg sempat adik aku tengok. persembahan dari akim af.


barang2 yg aku beli.. setiap kali pegi jom heboh kompom aku singgah booth silky girl. semua ni just rm30 je. kalo harga biasa lebih rm50 kot. hehehe.. kata nak jimat duit kan.?huhu..



ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku tak larat nak upload semua sebab line slow sangat.
blogger-emoticon.blogspot.com

24 September 2010

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

cabaran untuk hari ke-4 adalah tabiat aku yang aku harap aku tak ada.adeehhhh... ni yang lemah ni. tapi apakan daya. ku gigihkan juga diri ini.hehehehe.. 


 pic dari google

 tabiat yang aku nak sangat kikis dari diri aku ni ialah tabiat aku yang BOROS!!!.ye kawan2, BOROS ye.. jangan baca lain pulak.hehe.. aku seorang yang boleh dikatakan boros bila berbelanja. tak boleh nampak duit lebih sikit dalam purse tu. mula la gatal tangan aku nak jual duit tu. aku paling suka shopping. tapi aku tak la memilih brand. asal hati aku puas itu dah mencukupi.


  pic dari google

  pic dari google
 
paling tak boleh tahan aku kalau nampak GUARDIAN atau WATSON. mesti nak masuk.. tak kira kalau ada duit ke tak. janji masuk. tapi kalau ada duit tu haruslah angkut 2 3 barang dari sana. konon la 2 3 barang. tapi harga...huh! tak tahu nak cakap apa. sebab tu la aku cakap aku tak kisah brand apa, harga berapa, janji puas hati dah cukup.


 pic dari google

aku kalau shopping baju2 ni aku kureng sikit. mungkin sebab susah nak cari saiz kot T______________T... jadi aku lebih suka shopping barang mekap je. ehehehe..dan lagi satu aku paling suka beli majalah or komik. duit aku memang akan habis kat majalah atau komik. ni la yang salu buat mak aku membebel je bila aku beli majalah. tapi lepas tu dia tumpang baca lak. heeee..


pic dari google

ada lagi?? adaaaaa.. aku paling suka online shopping!!!! itulah syurga ku. hehehe.. ye la kat tempat aku ni tak semua benda ada. kalau ada pun susah nak cari.. so kalau aku malas nak kuar cari, aku cari je kat tenet ni. mudah kan.. tapi habis gak duit sebab konon cari satu benda je, bila browse katalog semua, rambang mata..beli habis.. ambik ko.! alahai.. tu yang mr. luff salu bebel kat aku ni. huhu.. nak buat mcm mana? korg ada cara tak nak buang habit ni?


aku salu baca or tengok org bagi ceramah semua tentang cara simpan duit ni. tapi aku tak dapat nak pratikkan. susah laaa... adoiiiii... tulun la yeeeee..... T_______________T"

23 September 2010

Day 03- A picture of you and your friends

masih lagi mood cabaran 30 hari. hehehe.. gigih kan aku? cakap gigih cepat! hahahaha.. so cabaran hari ni ialah gambar aku dan kwn2. dia cakap a picture kan maksudnya 1 gambar je. tp aku tepek banyak2 boleh? hahaha..


ini gambar aku masa blajar kat ILP miri. kalo tak silap aku semester 1 lg time ni. diambil pada malam kebudayaan kalo tak silap.

ini lak gambar masa party birthday kat pantai esplenet di miri. birthday sapa? birthday kwn2 yg lahir pd bulan oktober.masa ni kiteorg baru dh perang kek. tu yg semua turun pantai tu g cuci muka semua.

aku paling suka gambar ni.hehe.. tak tau kenapa. thnks to azfar sebab sudi jadi photographer pd hari tersebut. azfar ni memang pandai ambik gambar. 

ni lak gambar masa kiteorg jadi fasilitator untuk orientasi pelajar2 baru sesi 1/2009. masa ni aku jadi MPP so haruslah ikut serta dlm orientasi ni. 

haaaa.. sekali aku letak 4 gambar. bila tengok gambar ni semua tiba2 aku rindu lak ngan kawan2 seperjuangan aku kat ILP dulu. rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

korang lak? mana gambar korang ngan kawan2 korang? share la..

22 September 2010

Day 02 - The meaning behind your blog name

ngeee.. aku masih gigih berusaha lagi untuk menyahut cabaran 30 hari ni.hehe.. untuk hari kedua, cabarannya nya ialah erti/maksud di sebalik nama blog anda.




so nama blog aku LIFE AS A T.E.E.N. dok tersergam indah kat atas tu ha. kenapa aku pilih nama ni utk blog aku? because im a teenager. sebab aku adalah seorang remaja. teen tu maksudnya remaja kan. tak puas hati sila rujuk kamus.

mula2 aku berkecimpung dlm dunia blogging ni dulu punya la banyak nama yg aku dah taruk utk blog aku ni. last2 aku tertarik kat nama ni & terus gunakan sampai sekarang. nanti bila dh kawin aku letak nama life as a wife pulak. dh tu dpt anak letak life as a mom. dpt cucu letak life as a granny.hahahahah! future tu bebb! kene fikir gak kan. ye la tak selamanya kita akan jadi remaja ni. ni baru tahap remaja. belum lepas lagi ke tahap dewasa kan.

dlm blog aku ni aku kongsi, aku luahkan semua perasaan, apa yg berlaku dlm hidup aku, apa yg terjadi di sekeliling aku, kisah family aku, kisah cinta aku..pendek kata semua pasal aku lah. takde kena mengena dengan org lain melainkan aku sorang je.

hehehe.. tu la kisah di sebalik nama blog aku ni. simple tp padat..ecehhhh.. korang mcm mana lak?

21 September 2010

Are You Moist Enough??

phewwww.. 1st time I join contest Nuffnang ni.almaklum la.. I pun baru lagi kan dlm dunia blogging ni.cewahhh.. skemanyaaa...

so aku mencuba nasib untuk join contest by Vaseline , Are u Moist Enough?


aku? adakah aku lembap (moist)? hahaha..maksudnya kulit anda ye.. adakah kulit anda cukup lembap?aku bukan nak puji diri sendiri la.. ini adalah kenyataan. aku tak pakai sangat losyen2 or bedak semua ni.nak2 pakai 2 3 kali sehari kan.. aku malas.heee..

aku kalau berjemur tengah2 panas tu.. fuhhh!! mahu nya tak sunburn.merah2 lagi kulit aku tau. tapi yang best nya sunburn aku tu cepat hilang walaupun aku tak pakai losyen semua. kulitku akan kembali cerah berseri. haha..

tapi honestly maybe sebab aku mewarisi kulit cantik dari mak aku kot.beliau sungguh putih melepak dan kulit beliau lembut sangat..sebab dia memang jaga kecantikkan kulit dia. pakai losyen, toner semua tuaku pakai juga tapi jarang.

tapi yang paling penting muka aku bukan jenis berminyak dan berjerawat. itu yang aku bangga tu. jarang jerawat bermaharajalela kat muka aku ni. kalau ada pun kecil je..

dulu aku pernah guna vaseline ni. masa sekolah dulu. tapi aku kan ambil mudah je benda macam ni so aku on-off pakai losyen vaseline ni. sebab perasan kulit lawa kan. tapi hari tu kat mall memang aku ada belek2 produk vaseline ni bandingkan harga dia dengan produk lain. well, bagi aku harga dia very affordable. dalam erti kata lain berpatutan. semua orang boleh memiliki produk ni. terutamanya teenager.

daripada riview yang aku baca produk vaseline ni 100% work on any type of skin. tak kira kulit kering mengelupas or kulit berminyak. boleh try produk ni. kebanyakan riview yang aku baca adalah positif. so baik korang try produk ni sebab aku rasa aku nak guna produk ni balik. untuk mempertahankan kulit gebu ku ini.. hehehe..

so pada sesiapa yang nak join contest ni boleh la klik kat sini. hadiah2 yang ditawarkan adalah cukup lumayan. ini la yang membuatkan hatiku teruja nak sertai contest ni. hadiah2 nya adalah... jeng!jeng!jeng!

Best Written Blog Posts
1st Prize – RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize – RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize – RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes – RM200 cash + Vaseline products


hoh! teruja tak? teruja tak??? aku teruja sangat tau.. sapa tak nak hadiah lumayan macam ni? dan yang paling penting ada hadiah menarik untuk blogger wanita yang berjaya merangkul gelaran "The Most Vibrant Skin" !! hadiah nya adalah handbag Coach bernilai RM 2000!!!!!!!!! gila tak nak?!! tak nak bagi aku ok! hahaha..

jadi mari ramai2 meriahkan contest ni!

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

:10:
so aku mulakan 30 days of challenge!!!


gambar terbaru aku.. terbaru la sangat kot.

gmbar ni aku amik masa balik kpg 2 mggu lepas.
gmbar aku & sepupu aku, dexter. cumil kan dia? alololololo...

pas tu.. 15 interesting facts about myself. ni yg kene perah otak dulu ni.
blogger-emoticon.blogspot.com


1. aku sorang yg ramah. amat ramah. cuba la korang borak ngn aku, kompom tak henti2 mulut ni pok pek pok pek.heeee..

2. aku sorang ya kelakar.ye ke? ini kwn2 aku yg ckp la. n kalo kiteorg lepak sm2 mmg tak henti2 dorg gelak dgr lawak yg tak berapa lawak aku. haha.. ke dorang pura2 je?????

3. aku sorg yg tak pentingkn diri. apa pn yg aku buat n benda tu melibatkn org lain, aku mesti fikir efek utk org lain dulu. pas tu baru fikir diri sendiri.

4. aku sorg yang tak pandai tolak permintaan org lain. kalo ada org mintak tolong aku, mst aku tolong tanpa fikir efek dia kat aku. pastu baru kdg2 rasa nyesal. T__________T' baik kan aku?

5. aku sorg yg sensitif. tak boleh tgk citer sedeh. mcm cite hindi tu, cite kabi kushi kabi gam tu. kompom meleleh air mata aku. tak boleh tgk org OKU. mesti sedeh gak tgk. msti rasa nak sedekah duit or apa2 utk org tu wpn aku tak mmpu. adehh..

6. aku suka tgk citer seram tp takut nak tgk. sbb tu harus ada yg teman aku tgk.kalo takde aku akan tgk waktu siang.hahaha..vunguk kan?

7. aku paling suke shin chan. komik shin chan aku berlambak. tiap hari sabtu tak pernah miss tgk kat tv. ^^

8. aku tak pandai marah org. kalo ada org buat mistake yg sakitkn hati aku, aku diam je.marah dlm hati. mr. luff cakap tak baik aku ada sifat mcm ni. takut stress. so kalo aku ada problem mmg aku suke share ngn dia je. sbb dia sorg je paham aku.. ^^

9. aku dh addicted to kPop since my younger sis minat gila kat kPop & jPop ni. lama2 terer la aku cakap korea ni.haha

10. aku sama tarikh lahir ngn pengacara no 1 malaysia iaitu aznil hj nawawi. sonok bila tau sbb mmg minat kat aznil. ^^

11. aku minat 2 3 org je artis m'sia ni. huhu.. tp tetap sapot industri muzik m'sia tau. artis2 yg aku minat ialah adam af2, farah af2, faizal tahir..tu je kot. yg lain aku just layan lagu dorg je.tak minat sgt. tp yg dorang ber3 ni mmg aku minat gila. tahun lepas time jom heboh kat miri, sggup tggu dlm hujan semata2 nak tgk adam & farah. nsb baik tak demam.

12. honestly aku cakap aku sorg yg cepat boring ngn satu2 hubungan.mksud aku hbgn cinta ni la. aku akan jd cepat boring kalo tiap2 hari jmpa pastu gayut kat tepon berjam2 lg msj2.dh tu msj jiwang2 je. aku tak suke. otomatik rasa cinta tu akan hilang. sbb tu jrg kapel ngn lelaki sm skolah or tmpat bljr. sbb tetiap hr jmpe kan.boringgggggggggg!!! tp itu bg aku la. ^^

13. plg suka makan... ini yg takleh tahan ni. bontot dh makin besar.. cakap nak slim kan. adehhh.mak aku tu membebel2 je cakap aku bontot besar, tp bile time makan msti tanya "nak makan ni tak? nnt mak masak yek.." boleh korg tahan kalo camtu? dh la masakan mak mmg yg terbaik kat dunia ni kan. adehh.. so azam tahun depan nak kurgkn berat bdn ni.

14. kalo korg nak tahu aku akan melanjutkn pelajaran ke adtech shah alam tahun depan. amik kursus teknologi komputer (sistem). so ai adalah bakal juruteknik komputer.hohoh.. dh berangan dh ni.. ^^

15. lastly, aku sorg yg addicted to make up!! ini biasalah kan utk kaum hawa ni. aku start make up since 2008.masa tu aku msh blajar lg kat miri.tgk kwn2 lain make up, aku pn teringin juga la. so skrg ni salu tgk makeup tutorial kat youtube. hehe ^^



tu je la..aku rasa banyak lg fakta2 tentang aku yg menarik *konon!!! ceitt!*
so, ada sapa2 nak share 15 fakta menarik tentang diri sendiri?
sila la share.. ^^
blogger-emoticon.blogspot.com

30 Days of Challenge : jom join ramai2!

aku jumpa ni masa tgh BW kat blog cantek milik hudhud.
dan teringin nak buat.
mungkin ada yg tahu psl challenge ni.
ye laa aku kn baru lg dlm dunia blogging ni.heeee.

yang lain kalo nak buat pon dipersilakan la.
sekurang2 nya dpt gak apdet blog tetiap hari kan.
so, here's the challenge :

30 Days of Challenge
Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends
Day 04- A habit that you wish you didn’t have
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
Day 06- Favorite super hero and why
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08- Short term goals for this month and why
Day 09- Something you’re proud of in the past few days
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11- Another picture of you and your friends
Day 12- How you found out about BLOGSPOT and why you made one
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
Day 14- A picture of you and your family
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16- Another picture of yourself
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18- Plans/dreams/goals you have
Day 19- Nicknames you have; why do you have them
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21- A picture of something that makes you happy
Day 22- What makes you different from everyone else
Day 23- Something you crave for a lot
Day 24- A letter to your parents
Day 25- What I would find in your bag
Day 26- What you think about your friends
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned
Day 30- Who are you

ngeee... aku akan start buat pasni.
wish me luck!

blogger-emoticon.blogspot.com

19 September 2010

aku yg tension

akhirnya, entry pertama selepas bercuti panjang.
tak la panjang sangat kan.heeee...
aku skrg ni tgh geram ok..
gerammmmmmmmmmmmmmm sangat.

kenapa?? 
well, draf entry aku berlambak tp tak dpt update 1 pon.
sebab??
aku tak dpt upload gambar....
sengalllllllllllllllllllllllllllll je aku rasa.

byk aku nak share ngan korang apa yg aku buat masa cuti ni.
tp tu la, takde gambar.
nak buat entry tanpa gambar takut korang boring baca lak
ye la entry panjang berjela merapu apa ntah kan.

masalah bkn pada gambar.
gambar semua ok.
bila nak upload tu....
lambat gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!
dah tu bila dh tggu sejam 2, tup tup error lak kuar.
cheese dale betul kan..!

so terpaksa la korang baca entry merapu aku ni.
dah la takdak gambar, merapu lak tu!
rasa nak tempeleng diri sendiri 44 kali.

jadi, siapa yg harus dipersalahkan?
mereka dan keluarga mereka..

apakah????

apa2 pun, mekasih ai ucapkn pada yg sudi BW kat blog ai ni masa cuti.
seronok ye beraya? mesti seronok kan.
banyak dapat duit raya?
ke banyak bagi duit raya?
ehehehe... kalo byk tu, hulur2 kan la kat ai ni.

ai tak pergi beraya tahun ni sbb balik kpg.
nak pegi umah kwn tak sempat lak sbb aku rush balik kuching.
and dia pn cuti 2 hari je.
sadis kan?

tiba2 rindu ngan kawan2 time skolah menengah dulu.
kalo time raya mesti konvoi ramai2 beraya kat umah kengkawan.
adehhhhhh...

*RINDU MODE*

18 September 2010

kenangan @ 80's

akhirnya... dpt gak aku apdet blog aku neh.
stret to de poin je k.
masa balik kpg mggu lps, haruslah singgah kat umah d sri aman dulu.
stay kat sana 1 mlm b4 balik kpg.

so lepas sapu umah semua aku kuarkan album gmbar lama dr almari bilik aku.
jd seisi keuarga kumpul n gelak2 tgk gmbar2 yg ada.
ni kat bawah ni aku share ngn korg k.. hehe..


ni bile semua dh kumpul ramai2


ni aku, adik aku n sepupu aku, kLish


ni mak aku & adik dia yg paling bongsu


ni teka la sapa :P


ni lak??? adessss... smpai org ingat aku ni lelaki time kecik2 dulu :P



aku & daddy :P



muahahahah.. ni semua pakat gelak bile tgk gmbar ni. atok & nenek belah daddy aku. dua2 still hidup & masih kuat lagi. 3 org tu auntie ngn uncle2 aku. siap pegang munge lg. hikz...



1 family. kalo tak silap time ni umo aku 12 tahun. bila tgk gmbar ni aku rasa jeles sangat ngn aku sendiri time tu. very the slim ok! sekarang ni debab je..adehhh..



ni aku ngan mummy lak. cantek tak pesen rambut my mom time ni? heee...



ok, aku mmg tersangat la cekeding time kecik2 dulu. skrg ni je yg.......hurmmm..



mak aihhh... tomeinye.... anak sapa ni? sila puji comel cepat! hehehe..



ini best memory aku masa kecik tp x ingat tahun bila. baju biru kat belakang aku tu ialah atok belah my mom. dan masih sihat lg skrg ni :)



ngeee... gambar plg lama.. atok & nenek belah my dad..


haaa... sbnrnya msh ada byk lg gmbr.
tp xkan nak tepek semua kat sini.
jenuh nak upload...

kalo nak tgk lagi yg lain boleh tgk kat sini

tp kene jd kawan ai kat pesbuk dulu sbb i dh kasi private. :P
nak sepak? silekannn.....


blogger-emoticon.blogspot.com