LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

16 January 2011

minggu orientasi

wahahahahhahah!!! ok, intro yang hampeh. bukan apa..eksaited lebih sebab dapat aplod gambar. hehe. kat bawah ni aku letak gambo2 masa minggu MSK (minggu suai kenal) atau orientasi. aku tak amik banyak gambo sangat. malas le. huhu. jom layannnnnn~~~~~


aku ngan rumet aku. sabahan ne. hehehe.

 ni masa program untuk pelajar non muslim.

 gabriella with ervina

ni semua pelajar2 non muslim. batch kiteorg ada 11 org je untuk perempuan. lelaki ada 21 orang.


ni explorace yang diadakan oleh super senior kiteorg. amik gambar dengan skyhock.

petang2 gi mini gym yang direka khas oleh bebudak kimpalan.





habis dahhhhh. hehehe.... itu je. babai!

04 January 2011

Day 23- Something you crave for a lot

apa ek? eh!eh!! selamat pagi semua!!! hehe.. lupa pulak nak ucap selamat kat korang. kali ni aku sahut lagi cabaran 30 hari. cabaran kali ni ialah, apa yang aku mengidammmmmmm sangat :P aku taknak cakap pasal makanan or shin chan atau doraemon. aku nak cakap pasal NOkia C3.


ala... henpon murah je kan. murah pon kalau aku dah suka nak buat macam mana. hehe. nama pun murah tapi kenapa tak beli lagi? huhu.. ni yang payah ni. aku memang nak beli tapi 2 3 bulan aku banyak guna duit. nak sambung study kan. bayar itu bayar ini, beli itu beli ini lagi. tak tercapai dek akalmu. hehe.

so, dah berkira-kira, bila semua kewangan dan stabil, baru beli. orang lain berabih berebut beli blackberry semua, aku je nak C3 ni. yang penting.. PINK!! haha. walaupun aku sebenarnya kurang minat pink tapi hari tu aku dah pegang dah C3 kaler pink ni. cantik warna pink dia. ai like! adik aku pon minat dah C3 ni. sebab senang je nak guna. and lite je, tak berat. 

kamera just 2 MP je kalau tak silap aku. tak kisah. sebab aku bukannye suka  sgt bergambo ni. muka pun buruk! haha. yang lain semua ada kecuali 3G. takpe la. aku pon bukannye reti sangat 3G semua ni. tak penah pakai pon. 

oh!! teruja! teruja! teruja! bila boleh dapat niiiiii?????

gambo dari google


03 January 2011

selamat tahun baru 2011!!!

wahhh... tajuk macam ketinggalan je kan. hehe. orang dah lama update entry tahun baru, aku 3hb baru nak apdet. kuikuikui~ takpe. mood tahun baru masih ada lagi ni. cuma aku punya mood tahun ni lain sikit. macam2 perasaan ada. happy, gementar, sedih..macam2 la. orang lain dok sibok countdown tahun baru, aku pulak countdown nak pergi shah alam.huhu...



tak sangka kan, pejam celik dah masuk tahun 2011. tahun lepas, 2010..macam mana? tentu banyak kenangan pahit manis yang dah terjadi kan. aku pula..banyak lagi duduk kat rumah dari kerja. kerja pon 3 bulan je. ingatkan dapat sambung belajar julai yang lepas tapi apa boleh buat kan. masalah kesihatan aku ni membantutkan niat di hati. 

tapi nasib baik ada family, kawan2 dan mr. luff yang baik hati, tak habis2 meniup semangat aku untuk sambung blajar lagi. ini yang buat semangat aku berkobar-kobar ni walaupun berat hati nak meninggalkan bumi kenyalang ni. 

esok....lusa aku pergi. awal pagi. flight adalah pukul 6:15 pagi. harap2 tak delay. maklumlah.. guna flight air asia. air asia ni selalu delay. tapi dah tiket dia murah kan. nak pakai MAS, tak mampu. sebab my dad ikut sama, hantar aku sampai shah alam. 

kalau aku pergi sorang, maybe guna MAS kot. hehe. maklum la, aku ni anak manja. dah tu pertama kali pulak pergi ke tempat orang. maksud aku tanah semenanjung. kalau dulu pergi miri takpe la. masih dalam sarawak lagi.

sekurang-kurangnya kurang sikit perasaan takut aku bila my dad ada sama. aku ni memang penakut. wawawawa. kejap je takut, dah biasa nanti.. aku la yang paling kecoh. dulu kat miri pon macam tu jugak. seminggu aku home sick. malam2 call mak aku, nangis2. haha. harap2 kali ni aku cepat sesuaikan diri.


ok la, dah banyak pulak aku membebel kan.entah apa2 kan. korang macam mana sambutan tahun baru ni? mesti happening kan. aku dan family cuma makan beramai2 kat rumah je. nak keluar tengok bunga api hari hujan pulak. so my mom cuma buat laksa sarawak yang kaw2 punya. menangis aku makan. hahaha..