LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

29 October 2010

TAKE 5! | LOL!

engrish funny - I Have a Feeling They Serve Alcohol


engrish funny - Reverse Restaurant


engrish funny - Those Population Control Laws Keep Getting Harsher


engrish funny - Bad Park You.


engrish funny - The Worst $2.50 You'll Ever Spend


SOURCE : ENGRISH FUNNY

28 October 2010

282 ORANG KORBAN TSUNAMI SUMATERA


JAKARTA – Angka kematian akibat tsunami yang melanda Kepulauan Mentawai dekat Pulau Sumatera meningkat kepada 282 orang manakala 411 lagi masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.

Tsunami itu berlaku akibat gempa bumi bawah laut yang kuat pada Isnin lalu di Kepulauan Mentawai dengan kekuatan 7.7 pada skala Richter.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa bekalan seperti makanan, selimut dan khemah telah dihantar ke kawasan bencana.

Bagaimanapun, air minuman bersih masih sukar untuk diperoleh dan risiko untuk mendapat penyakit kian tinggi.

Beberapa buah helikopter yang menghantar bekalan kecemasan mendarat di Kepulauan Mentawai semalam.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan lawatan ke Vietnam ekoran bencana tsunami dan Gunung Merapi di Pulau Jawa.

Tinjauan udara yang dibuat di Kepulauan Mentawai yang dilanda tsunami setinggi tiga meter menunjukkan beberapa kawasanditenggelami air.

Dalam tinjauan itu, sejumlah rumah musnah akibat ombak tsunami.

Sebuah rumah kelihatan senget selepas kejadian ombak tsunami itu berlaku.

Kepulauan Mentawai terletak berdekatan dengan pusat gempa bumi itu.

Menurut seorang pegawai bencana, Ade Edward, sebuah pesawat kargo pertama yang membawa 16 tan khemah, bekalan perubatan dan pakaian tiba pada tengah hari semalam.

Empat buah helikopter mendarat di Sikakap, sebuah bandar di Pulau Pagai Utara di Kepulauan Mentawai.

Ade berharap, operasi menyelamat dan mencari akan ditingkatkan.

“Kami mempunyai peluang kini untuk mencari mangsa yang hilang dengan menggunakan pesawat dan meninjau skala kemusnahan,” katanya.

Seorang mangsa yang terselamat, Borinte, 32, petani dari Kampung Detumonga di pantai Pagai Utara, berkata, dia terselamat selepas berpaut pada sebatang kayu.

Namun, isteri dan tiga anaknya meninggal dunia.

“Kira-kira 10 minit selepas gempa bumi itu, kami mendengar bunyi yang kuat, bunyi seperti guruh. Kami keluar dari rumah dan melihat ombak datang. Kami cuba berlari ke tempat lebih tinggi tetapi ombak itu lebih pantas daripada kami,” katanya.

Beberapa pelancong Australia turut terperangkap dalam bencana itu.

Sebuah bot pelancong dibadai dengan satu tembok air dan mangsa-mangsa yang menaikinya dibawa arus ke dalam hutan tetapi mereka selamat.

Satu lagi kumpulan sembilan peluncur ombak ditemui hidup selepas dilaporkan hilang.

Menurut beberapa pegawai, tsunami itu melanda sejauh 600 meter ke daratan di Pulau Pagai Selatan di Kepulauan Mentawai.

Di Pulau Pagai Utara, sebuah resort dan hampir 200 buah rumah musnah akibat tsunami. – Agensi


sumber : KOSMO


tak tahu nak cakap apa. itu semua dugaan dari TUHAN.

27 October 2010

Anak mati dicekik Ibu


GOMBAK: “Isteri saya mula meracau seolah-olah diganggu makhluk halus, Khamis lalu dan selepas dibawa berubat, dia seperti sudah pulih. Tak sangka pula penyakitnya berulang sehingga begitu teruk sekali.”

Demikian kata Sathia Selan, 32, yang kehilangan dua orang tersayang serentak selepas isterinya, S Komagal, 30, mencekik anak perempuan mereka berusia empat tahun sehingga mati sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flat yang mereka duduki di Batu Caves jam 10 pagi kelmarin.


Sathia yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan berkata, dia tidak sangka tragedi itu boleh berlaku berikutan isterinya ditinggalkan dalam keadaan normal sebelum dia keluar bekerja pagi kejadian.


“Kehidupan kami sekeluarga sebelum ini cukup bahagia sebelum dia diganggu makhluk halus Khamis lalu dan mula meracau dengan mengeluarkan perkataan tidak difahami. Dia juga cuba mencekik anak kami, namun berjaya dihalang.

“Jumaat lalu saya mengambil cuti dan membawanya berubat dengan sami. Selepas itu dia kembali normal. Sebab itulah semalam (kelmarin) saya keluar bekerja dan meninggalkan dia bersama tiga anak kami,” katanya.


Menurut Sathia, anaknya yang mati dicekik isterinya ialah Ukuneswaray berusia empat tahun manakala dua lagi anaknya ialah Teneswari, 6, dan Thaneswaren, setahun.

“Jumaat lalu saya mengambil cuti dan membawanya berubat dengan sami. Selepas itu dia kembali normal. Sebab itulah semalam (kelmarin) saya keluar bekerja dan meninggalkan dia bersama tiga anak kami,” katanya.


Menurut Sathia, anaknya yang mati dicekik isterinya ialah Ukuneswaray berusia empat tahun manakala dua lagi anaknya ialah Teneswari, 6, dan Thaneswaren, setahun.

Sumber polis berkata, yang dipercayai mengalami ‘gangguan’ secara tiba-tiba bertindak mencekik anak keduanya di depan dua anak lain.


“Anak perempuannya yang berusia enam tahun yang menyaksikan kejadian itu menjerit meminta tolong hingga menarik perhatian jiran. Menyedari jiran datang, wanita itu yang tinggal di tingkat lima melarikan diri ke tingkat 11 sebelum memanjat tembok dan terjun membunuh diri,” katanya.


Menurutnya, anaknya yang dicekik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dibawa ke klinik berhampiran, namun disahkan meninggal dunia kemudian.


Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

sumber : myMetro


aku tak tahu la apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. kes buang anak, bapa bunuh anak, ibu buang anak. apa tiada lagi kah perasaan kasih dan sayang terhadap anak2? sampai sanggup membunuh anak sendiri? ada yang sanggup kelar anak. anak yang tak mengerti apa2. anak yang tak berdosa. aku hanya mampu memerhati & berdoa dari jauh. ahhh... dunia~

26 October 2010

TENGAH DOWN

blogger-emoticon.blogspot.com

maaf ye kawan-kawan. korang rajin je blogwalking blog aku tapi satu apa pun aku tak update. aku baru je online hari ni. sempat juga la membalas kunjungan blogger2 yang dah singgah kat blog papel aku ni.

kalau baca kat tajuk di atas tu, ye memang aku sekarang tengah down dan itu la punca aku tak online untuk beberapa hari ni. sekarang masih lagi dalam mode down tapi aku tak nak bagi blog aku berhabuk sebab aku malas nak vakuum.

sebab aku down? aku tak bersedia lagi nak share kat sini. sekarang tengah layan perasaan sorang2. haha.. sadis kan.? apa yang boleh aku cakap, sekarang ni aku ada masalah dengan mr. luff aku. itu je yang boleh aku cakap.harap2 dapat setel problem ni sebelum hari jadi aku bulan depan.

ok.. itu sahaja buat tatapan korang untuk kali ni. nanti kalau aku dh semangat balik nak blogging aku kasi post entry yang kaw-kaw punya ok!


:47:

21 October 2010

DIVORCE LETTER

Dapat dari emel. Jom layan surat kat bawah ni :
:1:

Dear Wife,

I'm writing you this letter to tell you that I'm leaving you forever. I've been a good man to you for seven years and I have nothing to show for it.

These last two weeks have been stressful. Your boss called to tell me that you quit your job today and that was the last straw.

Last week, you came home and didn't even notice that i had a new haircut, had cooked your favorite meal and even wore a brand new pair of silk pyjamas. you ate for two minutes, and went straight to sleep after watching all of your soaps. you don't tell me you love me anymore, you don't want anything that connects us as husband and wife.

Either you're cheating on me or you don't love me anymore; whatever the case, I'm gone.

Your EX-Husband

P.S. don't try to find me. Your sister and I are moving to Chiang Mai. Have a great life!




Dear EX-Husband,

Nothing has made my day more than receiving your letter. It's true that you and i have been married for seven years, although a good man is a far cry fro what you've been.

I watch my soaps so much because they drown out your constant whining and griping.

I did notice you got a haircut last week, but the first thing that came to mind was that you look just like a girl. Since my mother raised me up not to say anything if I can't say something nice, I didn't comment.

And when you cooked my favorite meal, you must have confused me with my sister, because I stopped eating beef seven years ago.

About those new silk pyjamas, I turned away from you because the RM50 price tag was still on them, and I prayed that it was a coincidence that my sister had just borrowed RM50 from me that morning.

After all of this, I still loved you and felt that we could work it out. So when I hit the lottery for RM10,000,000, I quit my job and bought us two tickets to Hawaii. But when I got home, you were gone. Everything happens for a reason, I guess.

I hope you have the fulfilling life you've always wanted. My lawyer said that the letter you wrote ensure you won't get a penny from me. So take care.

Signed,
Your EX-Wife, Rich As Ever and Free!

P.S. I don't know if I ever told you this, but my sister Ah Mei was born Ah Meng. I hope that's not a problem.

:44:

19 October 2010

GOLDEN BLOGGER AWARD

blogger-emoticon.blogspot.com
sorry ye kawan.terkena sampuk agaknya.wahahahaha.. sila boring sebab entry kali ni entry award lagi. tapi aku kena publish jugak sebab award kali ni spesel sangat. tengok tajuk kat atas pun dh tau. award kali ni aku dapat dari blog tegar sabah.sapa lagi kalau bukan kak ellen.hehehe.. terima kasih ye kak bagi award cantik ni. suka sangat....




atadaaaaa... cantekkkkk kan? cepat cakap canteekkk.heheheheh.. well, award ni kene tag kat 10 org.huhu. nak tag sapa??????? korang kalau nak amik la ye. aku ikhlas bagi ni. sila ambik cepat!

18 October 2010

apa motif kamu????




apakah motif aku letak gambar semua ni? motif senang je! nak bagi korang semua terliur.wahahahaha! otak senget~

blogger-emoticon.blogspot.com

17 October 2010

siapa makan cili, dia rasa cili

abaikan tajuk tu.hehe.. entry kali ni mungkin agak panjang kot. kalau korang rasa boring, sila2 la keluar dari blog boring ni. sebenarnya aku nak juga tahu pendapat korang dalam hal ni. topik hari ini ialah LELAKI. hal ni bukan la terjadi kat aku. ianya terjadi kat KKS aku.. KKS??? kawan karib selamanya.hahaha... ok, let's get serious.

baru2 ni kawan aku ni dikecewakan oleh seorang lelaki merangkap teman lelaki beliau.erkk.. sekarang dah bekas teman lelaki. dah putus dah. tapi kan kawan aku ni susah sangat nak lupakan ex bf dia ni walaupun lelaki ni selalu buat perangai semasa couple. aku kesian sangat tengok kawan aku ni. dia muda lagi. perjalanan hidup masih panjang lagi. baru masuk ke alam universiti. sebaya dengan adik aku yang perempuan tu.

aku ngan member aku sorang ni berbuih dah mulut bagi nasihat, ceramah, motivasi free kat dia. suruh lupakan lelaki tu. sampai aku yang tolong delete semua sms lelaki tu dari hp dia. nak kata lelaki tu hensem, aku rasa bf aku yang huduh tu lagi hensem. bukanlah nak judge dari luaran tapi kalau muka hensem mana pun perangai tak elok nak buat apa????

bayangkan la, masa mula2 kenal bagi ayat power gitu nak ngorat. bila dah dapat.. malas nak cakap. ada je alasan kalau curi masa dia sikit. tahu la student. tapi member aku ni pun student gak.kelas fixed 5 hari seminggu, dari pukul 8 pagi sampai petang. then cakap family tak suka dia couple ngan kawan aku ni.. sebab study dia merosot bila dah couple.hello!!!! ko tu yang tak pandai bahagikan masa!

dah la ko blajar jauh..kat KL.awek kat sarawak.. lu pikir la sendiri! jangan2 ko banyak habiskan masa ngan pompoan lain tak kat sana??? aku heran la dengan lelaki ni. ego dia kan...mak aihhh.....mengalahkan gunung everest!! cakap besar sana sini. konon jurutera.... belajar semua ada biasiswa. member aku tu pun ada biasiswa gak.takde pun cakap besar macam ko. kira bagus dah kawan aku tu bertahan ngan perangai dia yang ntah pape tu.

tapi tu lah..aku heran kenapa susah sangat member aku ni nak lupakan si lahabau tu.kenapa??kenapa?? nak aku cakap kena bomoh...issshhhh..takde la kot. takde la sampai sasau cuma dia tak boleh nak lupakan. takde perkara baik yang pernah lelaki tu buat kat dia semenjak dorang couple.yang aku tahu member aku ni asyik menangis je bila gaduh2 ngan lelaki tu. tu yang aku tak suka. lagipun final exam dia dah dekat, nak dia fokus study je.

tapi macam mana nak buat dia lupakan lelaki tu?adoiiiii.... dah cakap benci tengok lelaki tu tapi masih gak ingat2..nangis2.eeeiii.. tak suke la. please la beb, jangan sebab jantan macam tu air mata u murah..asek keluar jeeee... banyak lagi lelaki lain kat luar tu. better than him. aku dah cakap lelaki macam tu tak layak ada gf macam u beb. susah sangat ke nak lupakan dia? setahu aku ni bukan 1st time u cintan cintun. tapi before ni u tak penah macam ni pun bila putus cinta.

ooppsss... terlebih dah mengarut ni.hahaha.boring tak?sila boring. aku tak suka bila member aku ada masalah mcm ni.tak tahan aku tengok. aku memang emosi sikit kalau hal macam ni.memang hangin satu badan.sebab benda ni kan dah lama berlarutan kat kawan aku tu.sampai aku pon dah tak tau nak buat macam mana lagi.

aku dulu pun pernah meroyan macam ni tapi tak lama. dan aku takde kawan tempat meluahkan perasaan masa tu.aku layan perasaan sorang2.pastu aku pergi miri untuk sambung blajar.dah lupakan benda tu sebab dapat kawan baru dan yang paling penting BOYFRIEND baru.hehehe.. kes aku teruk gak kot sebab ex bf aku tu curang ngan aku. bayangkan hampir 2 tahun couple baru tahu dia ada gf lain. dah setahun lebih dah dia ngan perempuan tu. so aku lepaskan dengan cara baik. takde gado2 macam member aku yang ni.

aku sebenarnya memang tak suka gado2 kalau pasal lelaki ni. aku pernah bercinta beberapa kali, semuanya ku lepaskan tanpa gado2. tak suka gado2.. kalau boleh still nak jadi kawan lagi lepas tu.boleh?hehehe.. boleh la.aku boleh ape.. tak tau korang la. sebab aku percaya kalau tak ditakdirkan untuk menjadi pasangan apa salahnya kalau berkawan je. no hurt feeling ok. and aku ni jenis happy go lucky. walaupun dah dikecewakan tetap gembira.tapi dari luaran je la.dalam hati masih luka lagi.tapi now semua dah ok. ^^

panjang kan aku dah merepek? heii.. sapa nak baca entry panjang lebar macam ni?merepek ntah pape lak tu. hahahaha.. takpe.janji hati aku puas. sebab tujuan aku berblogging ni bukan untuk tarik ramai pembaca, lumba2 sapa follower banyak..tak.tujuan aku untuk kepuasan aku sendiri. ok la.. penat lak taip2 ni.lain kali sambung merepek lagi.lalalalalala.

blogger-emoticon.blogspot.com

15 October 2010

bahana hutang banyak

blogger-emoticon.blogspot.com

Lain kali jangan lari dari bayar hutang! hahaha! teringat skrip filem Ali Baba Bujang Lapok karya seniman negara iaitu P. Ramli. aku kalau bab filem karya P. Ramli ni memang aku hafal skrip2 semua. hehe.. tiap2 hari layan filem P. Ramli kat TV ngan adik aku yang bongsu tu.

melalut pulak ye. bukan nak cakap pasal filem P. Ramli sebenarnya. saja je tadi tu. ni haa aku hutang satu lagi award. award kali ni dari blogger inspirasi ku iaitu kak ellen. kenal tak kak ellen? kalau tak kenal, sila pergi kenal ngan beliau. hehe.. sayang kak ellen ni..sebab rajin tag & bagi award kat aku. terima kasih ye kak ellen! ailebiu!

:20:


BEAUTIFUL BLOGGER AWARD


1. Thanks the person who gave you the award and link the person.

- terima kasih daun keladi kak ellen sebab sudi bagi adik award ni. beautiful ke adik ni kak?awww... perasan kejap.hehehe


2. Spread the words to 15 bloggers who you like and you think their blog are awesome!!

- adeehhh.. yang ni tak dapat nak buat. so kepada kawan2 yang lain, jangan malu2 sila amik award ni. sesapa yang amik ni u are awesome!!!!!!


3. Tell 7 things about yourself.

- penat dah aku puji diri sendiri dalam blog ni. memang muka tak tau malu la kan.hehehe.. sesapa yang memang baca blog aku tiap2 hari..konon aku apdet tetiap hari la..memang tahu dah aku ni jenis yang macam mana. adalah 2 3 entry aku post pasal diri aku. sila godek balik ye kalau nak tahu.


wahahahah.. takde la banyak sangat aku hutang. 2 bijik je. tapi kira lama gak aku hutang ni. pesanan kepada semua, jangan hutang ngan ALONG bukit beruntung ye. nak hutang, hutang bank je. haha.. takde kene mengena langsung ending aku ni ngan entry. babai~~

blogger-emoticon.blogspot.com

14 October 2010

nak bayar hutang

amacam tajuk kat atas? bikin saspen tak? heheh.. saja je. aku ada la berhutang 1 2 award ni. nak langsaikan hutang ni. kalau tangguh lama2 takut lupa pulak.maklumlah... aku ni banyak makan semut time kecik2 dulu.

award kali ni dari cik tom ku sayang. memang sayang sangat ngan cik tom ni. sebab dia banyak dah bantu ai dalam usaha mencantikkan lagi wajah blog ni. taknak cakap banyak..jom layannnn..



Online Best Friend Award


1. Write 5 interesting facts about the person who gave u this award.

- yang aku tahu beliau suka tomato.sama ngan aku gak.
- yang aku tahu lagi beliau suka warna papel.cam aku gak.
- seorang yang sangat peramah. tak percaya g lah kenal2 ngan beliau.
- tak kedekut ilmu. tengok blog dia banyak tutorial. aku selalu minta tlg beliau secara personal.
- single lagi kot...hehehe.. single ke cik tom? ngeee...


2. Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby.

- peramah, suka shin chan, perasan comel, fanatik papel, suka tengok laki hensem tapi bf sendiri cari yang huduh je, suka cuba benda baru, love speedy, masih layan komik & kartun, suka tengok benda2 comel, suka dengar lagu kuat2.


3. Pick your most 10 deserving recipients & describe them.

nak pilih sapa? adeehhh...

- suziesanji : minat anime ni. tengok nama pun sanji kan.
- kak ellen : blogger yang memberi inspirasi pada ai
- azuin : antara blogger awal yg follow blog ni
- kak deem : blogger sabahan yang comel. tapi comel2 pun garang tau.hehe.. jan mara aa kak deem.
- angahsayang : haaa.. pasni jen nak tag angah byk2.hehe
- araaz: follower baru ai.
- masmurni: follower ke 50 blog ni
- izee : kawan blogger yang setia membaca blog merepek ni
- nadia : blogger comel + comot.hehehe
- kie-yu : blogger rajin bagi komen :)


haaaaa..dapat gak pilih 10 org blogger.melilau mata cari ni. yang lain kalau nak award ni, amik la. ai tak kisah pon.

blogger-emoticon.blogspot.com

13 October 2010

WAJAH BARU BLOG HAMBA

blogger-emoticon.blogspot.com

akhirnya setelah bertungkus lumus buat make over untuk blog aku ni, seperti mana yang korang lihat sekarang ni..ini lah hasilnya. sampai pening2 dan berpinar - pinar mata aku dok mengadap lappy je hari ni. mata pun dah makin rabun.



selalu blogger lain ambik masa 2 3 hari or 2 3 minggu or 2 3 bulan kot nak make over blog dorang. ye la.. ejas sana ejas sini. makan masa tu. tapi aku amik masa sehari je. bukan bajet perasan bagus..tidak sama sekali. tapi buat cincai je.huhu. tak la cantik mana pun. tapi lebih berseri dari sebelum ni.hehe. berseri sangat la tu. dah la demam, aku tetap gagahkan diri gak edit sana edit sini.

over all, blog tetap purple seperti sebelum ni. nama pun dah fanatik kat purple. so memang tak boleh blah dari purple. kalau rasa2 sakit mata tengok blog purple aku ni, minta maaf la ye. komen atau cadangan korang untuk memperbaiki blog ni amatlah dialu-alukan. mana yang kurang atau terlebih tu bagitahu la ye. mana la tahu, blog ai makin berat ke.. lambat loading semua.. nanti aku boleh ejas.

credit to:
huda luna
blogbulk

biar gambar bercerita

mula2 aku nak minta maaf la kat kawan2 blogger sekalian sebab dah sehari 2 ni aku tak buat BW kat blog korang. ada gak singgah 2 3 blog tapi dengan keadaan aku sekarang ni aku memang tak larat dah nak on9 mengadap lappy aku ni. demam yang teramat.huhu..

pada entry aku yang sebelum ni aku ada bgtau kan yang sepupu sepapat aku berkunjung ke rumah aku. jurugambar tak bertauliah kami pada hari tersebut ialah sepupu aku yg berusia 8 tahun iaitu KEN. betul ke 8 tahun? haha.. aku pun tak sure la. jom layan gambar2 kat bawah ni.



haaa.. ini aku, remy dan yang kat belakang tu nampak mata sebijik je ialah KEN. masa ni aku yg amik gambo.


ooppsss.. tgh layan blog.hehehehe..


aksi gila dari remy. baru pandai bercakap. heheh..


thanks to ken. tibe2 rasa lawo lak gambo ni.ekekeke..


adik bongsu aku.. WAN.


rupa sebenar si jurugambo.hensem tak? hehe.. gigi takde mana nak hensem..adehhh..



abaikan jejaka2 yang tak pakai baju tu. hehehehe..


ni GIA, kakak kepada remy & ken. baju kuning tu adik aku. org sibuk kat dapur dorang pun nak menyebok gak.


remy konker semua. lappy, kipas dan hp.


ini lak TERA. kakak no 2 kpd remy & ken.


mengantuk ke remy? asal mata nampak stim?heeeee..


wlpn sibok wat air tp tetap gak nak bgambo.kata glemer kannn.. :P


tak tau apa motif amik gambar ni.


aksi manja bersama KEN. sebenarnya dia manja2 ngan aku sbb nak ajak jalan2 naik motor.ngeeee...

haaa... tu je la. ada lg gambo sebenarnya tp tak larat nak aplod semua. ni je la ye. nanti boring lak korang baca.


kalau aku dah sembuh nanti aku akan balas kunjungan korang kat blog aku yek..

11 October 2010

bila nenek datang ke rumah...

2 hari dah aku tak menjenguk blog usang aku ni. usang la sangat.hehe. sebab hujung minggu aku memang jarang online. tambah2 lagi nenek & datuk aku ada kat rumah. kunjungan dari sepupu aku pula memeriahkan suasana kat rumah. tapi yang tu lain entry aku cite ye.

kalau korang perasan blog aku ni memang jarang memaparkan makanan. kalau ada pun 2 3 entry je. hujung minggu ni tadi uncle & auntie aku datang berkunjung ke rumah. kalau tak bawa buah tangan atau lauk pauk memang tak sah. kali ni auntie aku bawa kelapa parut dan tepung pulut. hehehe.. sebab nenek aku memang teror buat kuih ni. maklum la, orang lama katakan.

kali ni nenek aku buat kuih berasaskan tepung pulut & kelapa parut ni tadi. aku tanya nenek apa nama kuih tu tapi dia tak tahu. tahu buat je.huhu.. dia cakap kuih tepung pulut.haha.. hentam je la. aku sure korang pernah makan, tengok dan buat kuih ni. jom tengok kat bawah ni haaa...



tadaaa... ni tepung pulut yang dah jadi doh. campur air je, takde campur pape.


pastu bulat2 doh tepung tadi. aku suka buat ni.hehe. buat saiz ikut suka. kitaorg buat kecil2 je.


ni kepala parut. kelapa parut ni kene goreng dalam kuali tanpa minyak.


haaa... ni tangan nenek tengah goreng kelapa parut.wahahahaha...terkejut nenek tengok flash kamera. sorry ye nenek.


tepung pulut yang dah dibulat2 tadi nenek masukkan dalam air yang dididihkan. bila dah timbul makna nya dah masak la tu dan boleh angkat. pastu salutkan dengan kepala parut yang dah digoreng tadi. gambar takde sebab aku bizi salutkan kuih tu sambil sumbat sebijik dua dalam mulut.hahaha..


tadaaaa!!! dah siap. ini saya punya... masa untuk minum petang!!!!

blogger-emoticon.blogspot.com


haaaa... apa nama kuih ni? cuba korang bgtau kat aku jap...

08 October 2010

blog hebat ke????

blogger-emoticon.blogspot.com

wahahahahaha!!! perasan + bangga = ??? riak ok! haha. tapi aku bukan la berniat nak show off. ye la, aku sedar diri ok, newbie lagi dlm dunia blogging ni. dah la merapu ntah pape ntah. itu pun korang masih nak baca lagi.hoho.. ada ke pembaca? lantak la kan. setiap orang ada tujuan sendiri untuk berblogging ni. aku memang untuk penuhkan masa lapang aku di samping meluahkan perasaan dan berkongsi kisah hidup aku ngan korang semua.

wahh.. panjang lebar pulak intro ye. hehe. terima kasih la pada cik suzie sebab sudi kasi saya award ni. bukan calang2 award tau, award blog hebat lg tuu.. walaupun blog aku ni tak la sehebat blog yang lain, tapi aku terima jua award ni dengan hati kembang kuncup.ecehhh...



hello... kau ingat dah dapat award kau boleh lenggang kangkung je ke? amboi3!! ni ha!! sila jawab soalan di bawah! erkkkk... hehehe.. check this out!


1. Nama blog anda buat masa ini?

- tu haaa.. besar kat atas tu, LIFE AS A T.E.E.N.


2. Anda rasa blog anda hebat?

- tak.. kamu rasa?


3. Benda yang anda sayang?

- lappy, hp, bantal bushuk & my makeup stash!


4. Anda tengok waktu dekat mana?

- salu kat hp la.. sebab hp ada ngn aku 24 jam.


5. Web sesawang yang anda selalu jenguk?

- setiap hari harus jenguk FB & blog! wajib!!!


6. Letak 3 hingga 5 blog yang anda rasa 'Blog Hebat'.

- blog kak ellen

- blog cik tom

- blog kak deem