LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

13 November 2011

new love has born! x0x0x0x0!

hai uols!! setelah sekian lama tidak update blog, aku nak kongsi ngan korang cinta baru aku. heeee :P





hehehehehehehehehehehehehhehhhehehheh... gedik kn? haruslahh... haha..
next time aku citer lagi pasal beruang panda aku ni ye. bye ols!

mish my panda bear :(

07 September 2011

raya!! raya!! raya!!! >> from kelantan to pahang..

ok, aku malas nak cerita banyak. korang tengok gambar je la ye. hehe..





raya pertama.. dengan family angkat aku.. they are the best!! seronok raya ngan dorang. dorang dok kat gua musang, kelantan.



ni mak angkat aku n adik yang paling bongsu sekali.. ngan ervina, roomate aku.



ni beraya kat rumah kawan wani..




kat kuala lipis, pahang.. umah nenek wani 






mandi manda di sungai yu =)










pergi ke terengganu pada hari raya ke 3, rumah bakal kakak ipar wani. pergi beraya sambil tetapkan tarikh perkahwinan abg wani. then pergi kuantan utk beli barang2.. hehehe.. tengah hari raya ke 4 baru sampai kat gua musang..


itu sahaja utk tatapan anda sekalian. hehe..babai...camat hari raya!!

17 August 2011

Wordless Wednesday #1


16 August 2011

akhirnya aku berjaya apdet blog lagi

tajuk takleh blah kan. hehe.. pekaba korang semua? sihat tak? posa tak? kepada rakan-rakan blogger yang berpuasa, selamat berpuasa ye! aku terasa gak nak join kengkawan aku posa tapi tu la.. aku kan under medicine so takleh la nak puasa. hari sabtu lepas aku  try puasa. berjaya ok!!! tp malam tu aku gatal2 sebab tak mkn ubat. huhuhuh...

tapi kan time join dinner ngn member buka posa, mkn mengalahkan org posa! ahahah.. tak heran.. sbb ada member rajin turun g bazaar ramadhan kat seri muda, so aku rajin kirim kat dia. tp now cam muak lak aku tengok makanan2 ni. over makan kut. huhu

now aku dh masuk sem 5 kat sini. pointer utk sem lepas adalah sedikit membanggakan. hehehe.. thnx GOD xde mengulang pape subjek. mekasih kat para lecturer aku. mekasih sangat2. masuk sem ni, subjek yang perlu diambil adalah kurang sedikit dari sem lepas. sem lepas amik 8 subjek termasuk subjek teras. sem ni xde subjek teras dah (yahhhoooooooo!!!!!!), so hanya ada 5 subjek sahaja. tp tu pun macam nak mati ok study. nama pun belajar kan. hukhuk..

kawan2 cam biasa cuma semenjak kebelakangan ni ada berlaku kekacauan sikit. huhu.. aku pun tak tahu la.. tak paham aku kenapa dorang ni nak dengki2 sesama sendiri. suka cari kesalahan antara satu sama lain. aku cakap awal2 aku tak sebelahi sape2 pon. sebab sama2 keras kepala kan. so baik aku diam je. walaupn kadang2 aku rasa mcm tak tahan je,rasa nak jerit je....tp tak mampu. tak terkata. so pendamkan walaupn x elok. ada aku kisah?? heheheh..

takde cite yg best pun kan. hehehe... o ye, raya tahun ni aku balik umah roomate aku wani. cuti mid sem lepas pn aku balik umah die. hehehe..best woo.. xtau la aku ade apdet ke tak. kalo takde, raya ni, aku apdet la. babai~~

02 June 2011

aku tak taw nak letak tajuk ape entry ni ~~

aucakkkkk!!! terkejut tak? terkejut tak?? cakap terkejut cepat! heheheh... lama kot tak apdet. ai sekarang ni tgh bz ready untuk final exam. ye...final exam. dan hari itu jatuh pada 6 jun 2011 bersamaan hari isnin minggu depan!!! serius nebes!!!!!!!

dalam keadaan nebes, ai juga rasa agak sedih sikit. tak banyak, sikit je. sebab?? aku tak dapat balik untuk celebrate hari gawai tahun ni..uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! serius sedih dowwwhhhh... aku diam je time my mom call cakap yang die ngan my younger sis dah buat rambut untuk gawai ni. curl uuuuuuuu!!!! awwwww!!! sangat jeles ok!!! and semua kazen2 aku dari arab balik malaysia untuk hari gawai. dorang cuti summer sekarang ni. huhuhuhu!!!!

anyway, itu tidak melunturkan semangat ai untuk terus berjuang kat tanah semenanjung ni. carry mark semua subjek dah kuar. thnx GOD coz carry mark ai agak mantap. hehehehe... harap2 dapat la lulus exam final ni.
abis je final exam ai akan balik ke sarawak! tiket flight semua dh beli. aku rindu giler ngan family aku. ngan mr. luv gak. tentu dia tengah enjoy sakan kat kampung sekarang ni. huhu..

takpe la. aku rasa itu je kot aku nak cite. nanti ada masa aku apdet lagi. kat bawah ni gambo latest aku. tp dah edit la.hehehehehe...layannnnnnn~~~~


09 May 2011

saya datang menjenguk kamooo... XD

hai semua!!!!! ehhhhhh... giler berhabuk blog ai. hukhukhukhukkk... batok2.. jap ye korang.. vakum duluu... :D
ehehehehe... apa kaba korang semua? harap2 sihat semua. yang tak sihat tu jangan lupa g klinik or mam ubat k. aku so far ok je. gile lama tak hapdet blog kan? just now aku cek nuffnang aku, cek trafik semua..thanks to god ade juga pengunjung blog ai ni. mekasih kat korang yang rajin singgah blog sawang aku ni.

now dah masuk 5 bulan dah aku kat sini. tak sabar wehh nak balik sarawak. aku final 6 jun. tiket balik 21 jun. huhuhu... lambatnye nak balikkkk....uwaaaaaaa... rindu mak la. huhuhuhu.. bulan mac lepas aku nangis2 time bday dad n mak aku. nanges2 lam toilet. rindu wehhhh... 

anyway..aku nak jumpa dad aku sabtu ni. dia ada kursus kat JB. jumaat ni dia habis kursus dia singgah shah alam. hehehe... pat gak lepas rindu kan. aku rindu chemong la.. adehhh. chemong2..mak aku cakap beliau dah makin montel. keje makan je hari2. patutla montel. aku kat sini melahap maggi je. hehehe..

so far kehidupan kat sini ok je. cuma semenjak kebelakangan ni ramai classmate aku sakit2, demam2.. latest member aku sorang kene denggi. now dia dah sihat dah. thnx god! dalam masa tu 2 kali jugak we ol dh kene fogging. aku bengang gile la ngan dorang ni. tak sound2 pun nak fogging kan. tgh sedap2 tido kene fogging. gile tak gile...!! haizzz!! 

well.. aku rasa sampai stakat ni la dulu. nanti ada masa aku hapdet lagi. sorry korang sebab lama tak BW. bz ngan projek. byk gile projek nak kene submit b4 final ni. wish me luck!! adios!!

*pica from google

13 February 2011

saya suka jalan-jalan!

 wawawawa!! tajuk tak boleh blah! haha.. sorry bebanyak ye kawan2. lama giler aku tak hapdet blog aku ni. bz je memanjang ngan aisemen. minggu ni baru dapat relax cket. itupun tak lama lagi ada sukan. aku bersukan ke? haha!! jangan pandangku sebelah mata.. ai dulu kapten team bola tampar tau. tu yang teror sgt bab tampo menampo ni. 

memandangkan aku dah masuk bulan ke 2 kat shah alam ni, mesti la ada jenjalan cuci mata kan. takkan nak dok kat asrama memanjang. boring le. so selama aku berada kat sini, aku dah pergi ke subang, plaza alam, dan mid valley. hehe..bangga giler dah jejak kaki kat mid valley. so kat bawah ni aku jamu cket ngan gambo2 kiteorg. sila jangan muntoh ye. :D









 ini kat subang. kat empire kot kalo tak silap aku.




ini kat mid valley. ni pegi masa cuti thaipusam. giler sesak!

ini gambo latest aku. layannnn..hakhakhak!

orait..ini je yang aku mampu hapdet. nak hapdet banyak2 tak larat la. tak tau bila lagi ada masa nak apdet ni. mekasih ye kat korang yang sudi lepak kat blog aku ni. mekasih banyak. sayang koranggggggg...

16 January 2011

minggu orientasi

wahahahahhahah!!! ok, intro yang hampeh. bukan apa..eksaited lebih sebab dapat aplod gambar. hehe. kat bawah ni aku letak gambo2 masa minggu MSK (minggu suai kenal) atau orientasi. aku tak amik banyak gambo sangat. malas le. huhu. jom layannnnnn~~~~~


aku ngan rumet aku. sabahan ne. hehehe.

 ni masa program untuk pelajar non muslim.

 gabriella with ervina

ni semua pelajar2 non muslim. batch kiteorg ada 11 org je untuk perempuan. lelaki ada 21 orang.


ni explorace yang diadakan oleh super senior kiteorg. amik gambar dengan skyhock.

petang2 gi mini gym yang direka khas oleh bebudak kimpalan.





habis dahhhhh. hehehe.... itu je. babai!

04 January 2011

Day 23- Something you crave for a lot

apa ek? eh!eh!! selamat pagi semua!!! hehe.. lupa pulak nak ucap selamat kat korang. kali ni aku sahut lagi cabaran 30 hari. cabaran kali ni ialah, apa yang aku mengidammmmmmm sangat :P aku taknak cakap pasal makanan or shin chan atau doraemon. aku nak cakap pasal NOkia C3.


ala... henpon murah je kan. murah pon kalau aku dah suka nak buat macam mana. hehe. nama pun murah tapi kenapa tak beli lagi? huhu.. ni yang payah ni. aku memang nak beli tapi 2 3 bulan aku banyak guna duit. nak sambung study kan. bayar itu bayar ini, beli itu beli ini lagi. tak tercapai dek akalmu. hehe.

so, dah berkira-kira, bila semua kewangan dan stabil, baru beli. orang lain berabih berebut beli blackberry semua, aku je nak C3 ni. yang penting.. PINK!! haha. walaupun aku sebenarnya kurang minat pink tapi hari tu aku dah pegang dah C3 kaler pink ni. cantik warna pink dia. ai like! adik aku pon minat dah C3 ni. sebab senang je nak guna. and lite je, tak berat. 

kamera just 2 MP je kalau tak silap aku. tak kisah. sebab aku bukannye suka  sgt bergambo ni. muka pun buruk! haha. yang lain semua ada kecuali 3G. takpe la. aku pon bukannye reti sangat 3G semua ni. tak penah pakai pon. 

oh!! teruja! teruja! teruja! bila boleh dapat niiiiii?????

gambo dari google


03 January 2011

selamat tahun baru 2011!!!

wahhh... tajuk macam ketinggalan je kan. hehe. orang dah lama update entry tahun baru, aku 3hb baru nak apdet. kuikuikui~ takpe. mood tahun baru masih ada lagi ni. cuma aku punya mood tahun ni lain sikit. macam2 perasaan ada. happy, gementar, sedih..macam2 la. orang lain dok sibok countdown tahun baru, aku pulak countdown nak pergi shah alam.huhu...



tak sangka kan, pejam celik dah masuk tahun 2011. tahun lepas, 2010..macam mana? tentu banyak kenangan pahit manis yang dah terjadi kan. aku pula..banyak lagi duduk kat rumah dari kerja. kerja pon 3 bulan je. ingatkan dapat sambung belajar julai yang lepas tapi apa boleh buat kan. masalah kesihatan aku ni membantutkan niat di hati. 

tapi nasib baik ada family, kawan2 dan mr. luff yang baik hati, tak habis2 meniup semangat aku untuk sambung blajar lagi. ini yang buat semangat aku berkobar-kobar ni walaupun berat hati nak meninggalkan bumi kenyalang ni. 

esok....lusa aku pergi. awal pagi. flight adalah pukul 6:15 pagi. harap2 tak delay. maklumlah.. guna flight air asia. air asia ni selalu delay. tapi dah tiket dia murah kan. nak pakai MAS, tak mampu. sebab my dad ikut sama, hantar aku sampai shah alam. 

kalau aku pergi sorang, maybe guna MAS kot. hehe. maklum la, aku ni anak manja. dah tu pertama kali pulak pergi ke tempat orang. maksud aku tanah semenanjung. kalau dulu pergi miri takpe la. masih dalam sarawak lagi.

sekurang-kurangnya kurang sikit perasaan takut aku bila my dad ada sama. aku ni memang penakut. wawawawa. kejap je takut, dah biasa nanti.. aku la yang paling kecoh. dulu kat miri pon macam tu jugak. seminggu aku home sick. malam2 call mak aku, nangis2. haha. harap2 kali ni aku cepat sesuaikan diri.


ok la, dah banyak pulak aku membebel kan.entah apa2 kan. korang macam mana sambutan tahun baru ni? mesti happening kan. aku dan family cuma makan beramai2 kat rumah je. nak keluar tengok bunga api hari hujan pulak. so my mom cuma buat laksa sarawak yang kaw2 punya. menangis aku makan. hahaha..