LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

11 October 2010

bila nenek datang ke rumah...

2 hari dah aku tak menjenguk blog usang aku ni. usang la sangat.hehe. sebab hujung minggu aku memang jarang online. tambah2 lagi nenek & datuk aku ada kat rumah. kunjungan dari sepupu aku pula memeriahkan suasana kat rumah. tapi yang tu lain entry aku cite ye.

kalau korang perasan blog aku ni memang jarang memaparkan makanan. kalau ada pun 2 3 entry je. hujung minggu ni tadi uncle & auntie aku datang berkunjung ke rumah. kalau tak bawa buah tangan atau lauk pauk memang tak sah. kali ni auntie aku bawa kelapa parut dan tepung pulut. hehehe.. sebab nenek aku memang teror buat kuih ni. maklum la, orang lama katakan.

kali ni nenek aku buat kuih berasaskan tepung pulut & kelapa parut ni tadi. aku tanya nenek apa nama kuih tu tapi dia tak tahu. tahu buat je.huhu.. dia cakap kuih tepung pulut.haha.. hentam je la. aku sure korang pernah makan, tengok dan buat kuih ni. jom tengok kat bawah ni haaa...



tadaaa... ni tepung pulut yang dah jadi doh. campur air je, takde campur pape.


pastu bulat2 doh tepung tadi. aku suka buat ni.hehe. buat saiz ikut suka. kitaorg buat kecil2 je.


ni kepala parut. kelapa parut ni kene goreng dalam kuali tanpa minyak.


haaa... ni tangan nenek tengah goreng kelapa parut.wahahahaha...terkejut nenek tengok flash kamera. sorry ye nenek.


tepung pulut yang dah dibulat2 tadi nenek masukkan dalam air yang dididihkan. bila dah timbul makna nya dah masak la tu dan boleh angkat. pastu salutkan dengan kepala parut yang dah digoreng tadi. gambar takde sebab aku bizi salutkan kuih tu sambil sumbat sebijik dua dalam mulut.hahaha..


tadaaaa!!! dah siap. ini saya punya... masa untuk minum petang!!!!

blogger-emoticon.blogspot.com


haaaa... apa nama kuih ni? cuba korang bgtau kat aku jap...

7 comments:

izee said...

loll izee bru nk tanyaa jayne..jayne pon xtau ke?...mcm menarik jerr..sedap je nmpk.meh sikit

jayne said...

@izee : haha.. jen tau makan je izee. :P

Sumandak Kinabalu said...

bestnya...
minta sikit boleh??

jayne said...

@sumandak kinabalu : dah abis dah..hehehe..

Ellen said...

hahahaa....sedap ni...kalo tak silap nama kuih ni ondeh2 atau puteri mandi..tah mana satu..tapi memang sedap....hehhee

jayne said...

@ellen : ye ke kak? tanya nenek, dia tak tau.tau buat je.huhu.. tp memang sedap :P

Cik Moon said...

huaaawaaa.. terliur cik moon tgk