LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

17 October 2010

siapa makan cili, dia rasa cili

abaikan tajuk tu.hehe.. entry kali ni mungkin agak panjang kot. kalau korang rasa boring, sila2 la keluar dari blog boring ni. sebenarnya aku nak juga tahu pendapat korang dalam hal ni. topik hari ini ialah LELAKI. hal ni bukan la terjadi kat aku. ianya terjadi kat KKS aku.. KKS??? kawan karib selamanya.hahaha... ok, let's get serious.

baru2 ni kawan aku ni dikecewakan oleh seorang lelaki merangkap teman lelaki beliau.erkk.. sekarang dah bekas teman lelaki. dah putus dah. tapi kan kawan aku ni susah sangat nak lupakan ex bf dia ni walaupun lelaki ni selalu buat perangai semasa couple. aku kesian sangat tengok kawan aku ni. dia muda lagi. perjalanan hidup masih panjang lagi. baru masuk ke alam universiti. sebaya dengan adik aku yang perempuan tu.

aku ngan member aku sorang ni berbuih dah mulut bagi nasihat, ceramah, motivasi free kat dia. suruh lupakan lelaki tu. sampai aku yang tolong delete semua sms lelaki tu dari hp dia. nak kata lelaki tu hensem, aku rasa bf aku yang huduh tu lagi hensem. bukanlah nak judge dari luaran tapi kalau muka hensem mana pun perangai tak elok nak buat apa????

bayangkan la, masa mula2 kenal bagi ayat power gitu nak ngorat. bila dah dapat.. malas nak cakap. ada je alasan kalau curi masa dia sikit. tahu la student. tapi member aku ni pun student gak.kelas fixed 5 hari seminggu, dari pukul 8 pagi sampai petang. then cakap family tak suka dia couple ngan kawan aku ni.. sebab study dia merosot bila dah couple.hello!!!! ko tu yang tak pandai bahagikan masa!

dah la ko blajar jauh..kat KL.awek kat sarawak.. lu pikir la sendiri! jangan2 ko banyak habiskan masa ngan pompoan lain tak kat sana??? aku heran la dengan lelaki ni. ego dia kan...mak aihhh.....mengalahkan gunung everest!! cakap besar sana sini. konon jurutera.... belajar semua ada biasiswa. member aku tu pun ada biasiswa gak.takde pun cakap besar macam ko. kira bagus dah kawan aku tu bertahan ngan perangai dia yang ntah pape tu.

tapi tu lah..aku heran kenapa susah sangat member aku ni nak lupakan si lahabau tu.kenapa??kenapa?? nak aku cakap kena bomoh...issshhhh..takde la kot. takde la sampai sasau cuma dia tak boleh nak lupakan. takde perkara baik yang pernah lelaki tu buat kat dia semenjak dorang couple.yang aku tahu member aku ni asyik menangis je bila gaduh2 ngan lelaki tu. tu yang aku tak suka. lagipun final exam dia dah dekat, nak dia fokus study je.

tapi macam mana nak buat dia lupakan lelaki tu?adoiiiii.... dah cakap benci tengok lelaki tu tapi masih gak ingat2..nangis2.eeeiii.. tak suke la. please la beb, jangan sebab jantan macam tu air mata u murah..asek keluar jeeee... banyak lagi lelaki lain kat luar tu. better than him. aku dah cakap lelaki macam tu tak layak ada gf macam u beb. susah sangat ke nak lupakan dia? setahu aku ni bukan 1st time u cintan cintun. tapi before ni u tak penah macam ni pun bila putus cinta.

ooppsss... terlebih dah mengarut ni.hahaha.boring tak?sila boring. aku tak suka bila member aku ada masalah mcm ni.tak tahan aku tengok. aku memang emosi sikit kalau hal macam ni.memang hangin satu badan.sebab benda ni kan dah lama berlarutan kat kawan aku tu.sampai aku pon dah tak tau nak buat macam mana lagi.

aku dulu pun pernah meroyan macam ni tapi tak lama. dan aku takde kawan tempat meluahkan perasaan masa tu.aku layan perasaan sorang2.pastu aku pergi miri untuk sambung blajar.dah lupakan benda tu sebab dapat kawan baru dan yang paling penting BOYFRIEND baru.hehehe.. kes aku teruk gak kot sebab ex bf aku tu curang ngan aku. bayangkan hampir 2 tahun couple baru tahu dia ada gf lain. dah setahun lebih dah dia ngan perempuan tu. so aku lepaskan dengan cara baik. takde gado2 macam member aku yang ni.

aku sebenarnya memang tak suka gado2 kalau pasal lelaki ni. aku pernah bercinta beberapa kali, semuanya ku lepaskan tanpa gado2. tak suka gado2.. kalau boleh still nak jadi kawan lagi lepas tu.boleh?hehehe.. boleh la.aku boleh ape.. tak tau korang la. sebab aku percaya kalau tak ditakdirkan untuk menjadi pasangan apa salahnya kalau berkawan je. no hurt feeling ok. and aku ni jenis happy go lucky. walaupun dah dikecewakan tetap gembira.tapi dari luaran je la.dalam hati masih luka lagi.tapi now semua dah ok. ^^

panjang kan aku dah merepek? heii.. sapa nak baca entry panjang lebar macam ni?merepek ntah pape lak tu. hahahaha.. takpe.janji hati aku puas. sebab tujuan aku berblogging ni bukan untuk tarik ramai pembaca, lumba2 sapa follower banyak..tak.tujuan aku untuk kepuasan aku sendiri. ok la.. penat lak taip2 ni.lain kali sambung merepek lagi.lalalalalala.

blogger-emoticon.blogspot.com

No comments: