LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

30 December 2010

semua orang buat, jadi aku pun nak buat la!!

hahaha! gempak tak tajuk? semua orang buat entry pasal bola malam semalam. lagi buat entry pasal goalkeeper malaysia yang tengah meletop kebabom sekarang ni. mana2 blog aku pergi sekurang-kurangnya ada satu dua entry yang dorang tepek pasal bola atau KFCM, goalkeeper malaysia. 

ini gambar dari google

yang paling hebat, gf KFCM juga terkena tempias keglamoran beliau. hebat! tadi aku juga sempat follow blog awek dia. cantekkk ooo awek dia. kecik molek je orang nya. macam aku juga. *muntooohhhh*. aku berjaya menjadi follower ke 2669 blog dia kalau tak silap aku. sekejapan aku view, baca2 entry sweet si elia ni, refresh jap..tengok follower dah hampir cecah 3K!! 29++ camtu la. aku macam wow!! cepat dan laku macam pisang goreng! 

 ini gambar curi dari blog elia..minta maaf ye curi :P

waktu aku tengah buat entry ni, aku sempat view blog dia lagi untuk dapatkan link. terkojut kingkong mak!!!! follower dah 3338!!!!!!!! omaigod!!!! aku terpana seketika. jari berenti menaip sekejap.............

.................. ok, teruskan menaip. memang hebat la penangan si KFCM aka apex ni. caya la bro! tapi bro.. wa tak minat u. sebab wa tak minat bola2 ni bro. bola2 api wa suka. ekekeke.. selamat elia..erkk?

terus terang la, aku memang tak minat bola sepak. mr. luff minat abis. sampai semalam dia boleh lupa dinner. bila aku msj tanya dah makan ke blum, boleh pulak dia jawab lupa sbb syok layan bola. mak aihhh.. kenyang bola dah ke? terus kena bebel sekejap. hehehe.. 

walau apa2 pon, tahniah untuk pasukan harimau malaya!!! akhirnya korang dah buktikan yang korang bukan 'sampah' seperti apa yang orang dah cakap selama ini. dan terima kasih jugak kat PM sebab bagi cuti esok. hehe.. gembira sakan korang ye dengar cuti nih. 

 ini gambar dari google

buat elia dan khairul fahmi, selamat pengantin baru..erk?? hahahaha.. belum lagi la. jangan nak buat kontrobesi yekkk. semoga jodoh kalian berpanjangan :)

p/s : selamat tahun baru semua!!! apa azam tahun baru ni?

Day 22- What makes you different from everyone else

nampak je tajuk cabaran utk kali ni, aku garu kepala. kenapa? sebab aku tak pasti apa yang membuatkan aku lain dengan orang lain. hurm.. no idea. nak kata aku sorang je minat kaler papel, ramai gak yang minat papel ni. nak kata aku sorang je gila shin chan, ramai gak yang layan shin chan selain aku. so..apa? apa? apa? huh! blank sudahhh...

pic from encek google

owhh.. aku saiz XL dan tinggi 4'9 je. ooppsss.. ada jugak yang sama level ketinggian dan tumbesaran ngan aku kan. ermm.what else? aku lambat sambung blaja..aku rasa ada yang lagi lambat dari aku kan. adehh. aku layan kPop. LOL! sekarang memang musim kPop! 

garu kepala lagi... ermm.. perbezaan umo aku ngan mr. luff adalah 11 tahun. aku penah cakap ke dalam blog ni? hehe.. tak penah? penah kut.. ala... dato' siti ngan dato' k jarak umo 20 tahun tak bising ponnn... so, i'm totally don't have any difference with other people!!!! ke ada? kalau ada, apa dia?

25 December 2010

i am wishing u a merry x'mas & happy new year!!!!!


DI SINI AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI NATAL KEPADA YANG MENYAMBUT DAN SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA RAKAN BLOGGER!! SEMOGA TAHUN BARU AKAN MENDATANGKAN KEBAIKAN DAN LEBIH REZEKI UNTUK SEMUA. 

salam sayang dari jayne ^^

24 December 2010

dia buat lagiiiiiii!!!!!!!!


hari tu kan aku jenjalan kat blog milik ayie. baca satu entry ni, tentang spam sms yang suruh org fowed2 sms ke 16 juta orang tu. aku kan memang sakit hati sgt kalo orang spam2 sms ni. atau org panggil chain msg. kalau zaman dulu2 orang pakai surat semua, now dah canggih sikit. nama pon zaman IT kan. dorang fowed2 emel, sms..paling best spam inbox pesbuk. wat the fisshhhhh????!!

tahun 2008 kalau tak silap aku, negara pernah digemparkan dengan panggilan maut no berwarna merah yang kononnya ada beberapa pengamal ilmu hitam sedang menguji power diorang. sesapa yang jawab panggilan nombor merah tu, maut la jawabnya. konon lagi ada beberapa orang yang mati disebabkan menjawab panggilan tersebut. tak tahu la betol atau tak. tapi memang takut la kan. tambah2 lagi masa tu aku kat miri, dok asrama. orang kata tak boleh letak hp dekat ngan kepala waktu tido, takot mati. lol... mati sebab hp tuh bukan sebab sihir tu la ngekkkk... omputih cakap radiation. ye ke? hehehe... sila betulkan kalau aku silap yekkk..

bila orang dah cakap macam tu, kecoh la satu asrama, satu institut kann.. aku malam2 b4 tido akan off hp then campak masuk dalam tong sampah loker! gile takot kauuuu!!! then tak lama lepas tu, dengar cite kes tu dah setel dah. tp aku ingat2 lupa plak ending kes ni. ada sesapa boleh share? aku mls nak godek gugel la uols.... hehehe..

ingatkan benda ni dah setel la kan. sebab pengirim sebenar sms ini dah ditangkap dan dia dah mengaku yang sms itu cuma gurauan semata-mata. LOL! tetiba lak beberapa hari yang lepas my dad suruh aku baca satu sms kiriman kawan dia kat hp dia. sms tu berbunyi begini :

Jgn terima tlfon dr nmr 085247384358, 085247523258, 085247649263, 085246037743, 085247589491, 085247052749, 085246035830. Itu no brwarna merah, nomor tu muncul lagi. aws jgn d angkat krna terjadi d bandung 5 org sudh jd mangsa. tolong sbrkan sms ni ke 15 tmnmu. krna no ni sdng mencri timbal. jk tdk d sbrkn, mk ibumu sbgai pngantiny. cpt sblm jm 12 mlm (NYATA)

nahhhh.... kata dah setel semua. tapi ada lagi sms macam ni. wadehek???? siapa lagi yang masih nak meneruskan gurauan ini??? motif????? anyone??



*pics credit to GOOGLE!

23 December 2010

terima kasih encek nuffnang!!!

kalau korang perasan, aku tak pernah buat entry berkaitan dengan nuffnang or BE or trafik. sebab aku jarang dapat BE from nuffnang. kalo dapat pon..jarang2 je bak kata p. ramli. dalam 2 3 bulan ada la 1 BE..macam tu je la aku. trafik pon bukan tinggi sangat. nak kata sederhana pon tak. memang low la trafik aku. orang dapat 400 - 2K trafik satu hari. ada yang dapat lebih. aku dapat 100+ je seminggu. sadis kan? hehe.. tapi aku tak kesahhhh.. sebab tujuan aku berblogging cuma suka2 je. orang nak baca atau tidak, itu terpulang. yang pasti aku sendiri tulis, aku baca, aku puas!

sebenarnya bulan ogos aku dapat 2 BE dari nuffnang. tapi cepat je BE tu jadi ME. huhu... sabo je la. november juga dapat 1 BE tapi sama juga, cepat je jadi ME. bulan ni aku dapat 1 lagi BE dari AMP KK. harap dapat bertahan lama la BE tu. aku selalu jenguk2 baca2 kat entry orang lain, berkoyan dapat BE. ada yang dapat sampai 20 BE sebulan. hebat nyeeee... nak kata jeles tu memang ada tapi diam je la. buat apa nak dengki ngan orang pulak kan.


so, kat atas ni adalah BE yang aku dapat dari nuffnang untuk bulan ni. mekasih ye encek nuffnang. sayang kamoo. walaupun tak pernah buat entry utk nuffnang, tapi nuffnang tetap di hati aku. cewahhh.. bodek jap aa..


yang ni pulak trafik blog aku untuk bulan ni. sikit je. tapi terima kasih buat kawan2 blogger yang sudi mengunjungi blog ungu aku ni. mekasih sangat2. sayang korang kuat2 tau. muahhhhhhhhh!!!!!!

22 December 2010

Day 21- A picture of something that makes you happy

kalau korang godek2 entry aku yang lama2, mungkin korang tahu, selain peminat tegar warna ungu, aku juga peminat tegar kartun crayon shin chan. walaupun aku jarang mention kat blog ni yang aku minat shin chan, tapi aku memang minat gila tahap dewa dewi kat shin chan nih. tiap minggu tengok. kalau miss, kompom meraung macam org gile. haha!

koleksi komik shin chan aku memang banyak. tapi segan nak tunjuk kat korang. hehe.. kalau aku sedih2 kan, or boring2.. aku baca komik shin chan! gelak sorang2 sampai my mom cakap aku gile. hehehe.. pendek kata kalau ada komik shin chan, hidup aku ceria! ahahaha! cam budak2 kan. 

cakap la apa korang nak cakap. umo dah nak masuk 23 tapi perangai cam budak2. mr. luff pon salu cakap macam tu. kalau dia sms aku pada malam hari sabtu, kompom dia tanya.. " tengah layan shin chan ke??" .. hehe. memang dia tahu kegemaran aku neh. tu yang sayang dia lebih tu.




pernah suatu ketika, aku lepak kat rumah sewa mr. luff. masa tu kan cuti sekolah. so ada la dorang tayang katon shin chan ni kat tv. masa aku tengah cari siaran yang best2 tu,, tetiba lak ternampak shin chan. aku apa lagi...lekat terus la kat shin chan tu. sampai mr. luff panggil ajak makan pon aku tak perasan. dia boleh geleng kepala je tengok aku. dia kata dia ingatkan aku gurau je bila cakap yang aku fanatik shin chan, tapi dah terbukti dah sekarang neh yang aku memang minat shin chan. nasib lahhhh ko dapat awek gile katon ni kan. hahaha..



21 December 2010

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu




Lirik Lagu : Aku Punya Kamu
Artis : Faizal Tahir

19 December 2010

WAJAH BARU SI GADIS KONTOT!

semalam aku ada cakap kan yang aku pegi buat rambut. bukan buat rambut palsu tauuu!!! untuk pengetahuan korang seumur hidup aku tak pernah luruskan rambut. sejak aku lahir melihat dunia memang rambut aku curl je. so aku dah decide nak luruskan rambut aku.

before buat aku pernah la pergi survey harga untuk luruskan rambut ni kat 2 3 buah salun ni kan. ada yang rm150, ada yang lebih lagi.. ikut panjang rambut uols. and ikut jenis ubat jugak. kalo nak tahan lama, kena la pakai ubat special sikit kan. so harga tinggi lagi la. then ada satu salun ni, my dad selalu pegi. dia selalu cuci rambut, potong rambut dan warnakan rambut kat sana. salun ni milik kawan sekampung dia. chinese tapi teror cakap iban walaupun pelat sedikit. hari tu my dad memang dah ushar harga kat sana. ada promosi untuk krismas, so murah sikit. tak sampai rm100 pon.


so aku semangat la nak luruskan rambut ni kan. sampai je kat salun tu, nasib baik takde customer. aku sorang je. hoho.. hebat! hebat! untuk kompomkan lagi harga, my dad tanya lagi kawan dia tu. kawan dia tanya aku pulak, nak straighten or rebonding? sebab ada promosi juga. aku tanya harga rebonding, dia cakap rm**!! aku macam WOW!!! murah lagi teruja! tambah2 lagi memang guna ubat terbaik dari ladang. so aku setuju.



masa amoi tu buat rambut aku, aku sempat la tanya tauke tu kenapa harga murah sangat. dia jawab sebab nak habiskan stok tahun ni. so tak heran la why harga murah walaupun rambut aku panjang uols. dalam 2 3 jam macam tu, rambut dah siap!!!! so happy3!!!!! tapi nak tanya juga pendapat uols ni, ok ke rambut aku lurus nehhh?? hehehe.. sila jawap dengan jujur yekkk.. pelishhhhhh.....



kalau cantik jangan dipuji, kalau hodoh jangan dikeji ^^

Day 19- Nicknames you have; why do you have them


aku ada banyak nickname. tak la banyak juta2 lemon kan tapi adalah 2 3 ketul nama panggilan aku. korang mesti dah tahu nama sebenar aku dalam surat beranak dan ic kan? so takyah la aku bgtau lagi. dari kecil mom and dad aku panggil aku B. aku penah tanya my mom, why B? dia kata kependekan dari BABY. so jadi la B. ada certain orang nama panggilan BB, tapi aku B je. so kalau panggil BB, aku memang takkan perasan. cehhhh..

masuk sekolah rendah, kawan2 panggil jennifer je. cam rimas kan? panjang semacam. tapi takpe. masa tu budak2 lagi what.. then masuk sekolah menengah. kengkawan dah mula panggil jen. more matured and easy to say right? simple je. jen.. ada gak sorang dua kawan panggil nama belakang aku, chuler. just for fun. tapi nama tu tak melekat pulak.

then tahun 2002, aku pindah sekolah. masa tu tingkatan 2 lagi. masuk kelas baru, kawan2 baru.. tiba la masa untuk memperkenalkan diri. bila aku bagitau je nama penuh aku, terus nama jLO terkeluar dari mulut kengkawan baru aku. terus melekat sampai abis sekolah. even di kalangan cikgu2 pon ada yang panggil aku jLO. tapi ada seorang cikgu ni dia suka panggil second name aku, chuler. beliau ni cikgu subjek sejarah aku. dia je rajin panggil aku chuler. kalo jumpa kat tengah2 pasar pon dia jerit chuler. tapi sebutan beliau bukan chuler tau, tapi CHULA!! sebab dia bangsa iban so slang tu agak pekat sikit. LOL!

2006 aku kerja kat sri aman computer center. sebab kerja jadi pengajar yang tak bertauliah so dapat online setiap masa. masa tu masih zaman mirc dan friendster lagi. hehe.. so aku ni memang kaki chatting! dulu la. masa tu masih kena kejutan IT kan.. so chatting la kau sampai lebam. kalau chatting kat room tu aku selalu guna nickname mipo_gurl or baby_mipo. asalkan ada mipo tu, memang aku la. mipo tu aku dapat dari anime pretty cure. mipo tu cute sangat sebab tu aku guna nama mipo. so ada la kengkawan chatting aku panggil aku mipo kalo dorang call or sms aku. kengkawan sekerja aku pon ada gak pggil aku mipo.kehkehkeh~~ tapi nama jLO itu lekat.


2008 aku masuk ILP miri. ingatkan aku boleh lari dari nama jLo itu tapi tidak. nak dijadikan cerita junior aku masa kat sekolah menengah dulu jadi senior aku pulak masa kat ilp. so masa sesi suai kenal ngan senior2 kat depan bengkel, aku bgtau la nama aku kan. belum apa2 lagi tiba2 aku terdengar orang jerit 'jLO!!' dari belakang. adehhhsssss... sejak dari itu nama jL0 terus melekat ngan aku. dari kengkawan sampai la ke pegawai2 aku. semua tahu jLo je. cuba kalau tanya jennifer, kompom dorang tak kenal. even kalo buat pengumuman cari aku pon dorang sebut jLo, bukan jennifer. nasib baik masa exam aku tak pakai nama jLo. hehe.. 

so now aku kalau boleh taknak la dikenali dengan nama jLo tu. tak nak menumpang populariti jennifer lopez kan. haha!! aku nak dikenali dengan nama jayne pun dah cukup. takyah la nak glemer2 sangat.

18 December 2010

Day 18- Plans/dreams/goals you have

selamat hari sabtu semua!!!! ini adalah scheduled post! masa korang baca ni, aku tengah seronok dua ronok beronok2 kat saloon. hehehe.. buat apa??? buat rambutlah!! nak buat apa lagi kat saloon? ke prektis bola sepak? LOL! ni nak share ngan korang rancangan malaysia ke 11 yang aku dah buat untuk masa depan dan hidup aku. plan yang biasa je orang lain buat juga. cuma apa yang kita impikan tu je yang tak sama kot. ko nak kereta, aku maybe nak private jet! hehe..

untuk jangka masa panjang, aku nak :-

. sambung belajar lagi lepas amik diploma ni.
. kalau tak dapat sambung blaja, ada rezeki kerja terus!
. kalau masa kerja dapat kumpul duit banyak, aku nak kerja sambil belajar. Ilmu itu penting!!
. kalau duit masih banyak juga, nak suruh mr. luff cepat2 ajak I kawen. haha! gatal!
. simpan duit untuk hari tua!


untuk jangka masa pendek pulak, aku nak :-

. fokus belajar, habiskan diploma dengan bangga! walaupun diploma je!
. nak lose weight!! aku dah penat jadi badak!!!
. kalau dah sihat tubuh badan, tak la aku kena amik ubat diabetic lagi!!

haaaaa... itu je. banyak gak kan? takpe.. usaha kena lebih! ganbate!!!

17 December 2010

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why

aku kannnnnn... kalau boleh nak sangat gantikan tempat duduk oprah winfrey untuk sehari dua. hehehe.. impian yang takkan mungkin tercapai! LOL!  aku admire beliau ni gila2 tau!! talk show yang hebat, rumah besar2 belaka, duit banyak!!! top host!!! fuhhhhhh... tapi yang i admire the most about her is her sincere heart. pemurah dan sensitif sangat. suka buat kerja amal. sama macam aku, tak boleh tengok orang dalam kesusahan. LOL! aku kalau kaya macam beliau memang aku akan buat kerja amal, tolong orang yang tak berkemampuan.. tapi.... kalaulahhh... ermmm..


gambar ehsan pakcik google

paling suka tengok bila beliau tak lokek beri hadiah2 untuk penonton2 dalam talk show nya. pernah sekali aku tengok show di mana beliau bagi kereta untuk para audience!! kereta tu beb!!! mahu tak gila ko!! kalau aku mungkin dah pengsan kot dalam studio tengok dapat kereta free. ada sekali juga oprah pernah bawa penonton2 pergi melancong! siap john travolta yang jadi pilot!! argghhh!!! gila!! gila!! gila!!!! hahahahaha!!! kalau banyak duit macam tu, apa pon kita boleh buat kan? kan? kan?? 

16 December 2010

Day 16- Another picture of yourself


wahahahahah!!! awal pagi dah tunjuk muka hantu. seram tak? seram tak? cepat kata seram! hahahaha!!! gambar ni aku edit guna CS3. sejak dah ada CS3 ni makin rajin aku edit sana edit sini. rajin search tutorial edit gambar. tambah2 lagi lappy dah laju makin seronok beronok ronok la aku.  tengok tu, watermark pun dah tukar baru. hehe.. itu aje entry untuk hari ini. entry pendek je. babai :P

14 December 2010

lappy dah diupgrade!!!

setelah kebosanan menunggu lappy ku diupgrade, akhirnya!!!! rindu kat lappy tau. hugs juta2 lemon kat lappy. ketiadaan lappy selama 2 hari buat aku tak senang duduk. nak online kalau takat encik beruk je ada, lappy tak ada, tak ada maknanyeeeee.... lappy my dad pulak dah kene songlap ngan adik perempuan aku. dia dah start kuliah, start assignment berlambak. nak tak nak, kena angkut lappy my dad. 

apa dah jadi ngan lappy aku? baru beberapa minggu lepas dah bersuka ria sebab dah reformat kan. tapi aku gatal jari lagi nak kerjakan si lappy ni. sekali kau dah tahu perihal luar dalam PC or lappy, ko takkan dapat nak berenti godek sana godek sini. apatah lagi aku ni sebagai student IT. 

hari isnin lappy aku dihantar kepada seorang pensyarah IT di PULAPOL. beliau ni bukan setakat pensyarah IT tetapi juga seorang supplier hardware2 komputer. yang best nya beliau tak caj mahal. my dad hantar pc adik aku untuk direpair, beliau tak minta caj repair. caj untuk hardware yang dah ditukar je. best kan beliau? so aku pujuk my dad, cakap nak upgrade my lappy. tambah RAM lagi. ala..lappy aspire 4315, RAM kecik je. 512 MB je ooiiii... kekadang kalau aku install software yang agak berat, memang berat la jawabnya kan. 




so tadi lappy aku dah selamat dihantar ke rumah. mekasih banyak2 ye!!! now aku guna RAM 2GB!! itu je yang lappy aku ni mampu support. nak lebih2 kang takut lappy aku blue screen ke apa.... mana la tahu kan. dan RAM 2GB ni hanya dicaj rm150 je.arigato gozaimas!!!!!! sekarang ni laju je lappy aku. yay!!!

10 December 2010

contest : edit photo contest!!!

 kali ni zuhanis pulak tag aku untuk join satu contest ni. contest ni cam best je. memula aku macam takmo join sebab lappy aku takde photoshop. cam tak lengkap je idop ni takde photoshop.ekeke.. ditakdirkan aku tetiba menjenguk ke blog cantek lagi unik milik blogger senegeri aku iaitu wan hazel. 

dan aku sungguh bernasib baik sebab dia ada share software photoshop ni. free lagi tu. sangat hepiiiii... ^^ dan aku juga sempat belajar salah satu daripada tutorial edit gambar dari blog dia. dan gambar tu aku pertaruhkan untuk join contest yang dianjurkan oleh Qaseh dalia adelia. kalau korang nak join dan nak tahu syarat-syarat penyertaan, sila klik banner contest di bawah ye.



dan kat bawah ni adalah gambar yang aku pertaruhkan. 1st time edit ni. belajar dari tuto yang diberi oleh wan hazel. tapi tak cantek macam wan hazel punya. huhu.. sekarang aku nak tag... nadia, nadhratul, cik tomato dan kak ellen.
 
updated!! : lupa nak letak gambar yang diedit. takut tak cukup syarat, kang tak ada chance nak menang. kekeke... kat bawah ni adalah gambar sebelum edit.

 sebelum

selepas 
 
TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER 2010

 

09 December 2010

contest bilangan paling ramai dalam satu

aku telah dijemput oleh saudara fathaka untuk join contest kat blog beliau. nama contest tu contest bilangan paling ramai dalam satu. maksudnya korang kena tepek gambar yang mempunyai paling ramai orang dalam gambar tu. tapi dalam gambar tu mesti ada muka korang. tak nak cakap banyak, gambar di bawah adalah gambar yang aku pertaruhkan.



gambar diambil pada tahun 2008. ni gambar atlet2 yang mewakili INTRIM dalam sukan SWiT. dalam gambar ni ada 108 orang. itu yang aku kira lah. tapi tuan contest tolong kira sekali lagi takut aku salah kira. kalau korang nak join dan nak tahu syarat-syarat contest ni, boleh klik banner contest kat bawah ni. tapi sebelum tu aku nak tag nadia, pupel dan zuhanis.



 TARIKH TUTUP : 1 JANUARI 2011

08 December 2010

website best !!

 http://www.emocutez.com 

hai semuaaaa... apa khabar hari ni? sihat ke? tak sihat jangan lupa makan ubat tau. kalau rasa keadaan tu kritikal sangat, pegi klinik or spital. jangan nak suka2 dok mengadap lappy or pc tu. pegi tido. hehehe.. 

okeh, hari ni aku nak share satu website yang best ngan korang. sapa2 yang dah tahu kewujudan website ni, pegi main jauh2 ye. website ni bagus dan senang digunakan untuk sesapa yang kurang mahir guna software macam photoshop dan yang sewaktu dengannya. nak tahu website apa?? tengok gambar kat bawah ni. kalau nak tahu website apa, sila la klik gambar ni.


nak guna website ni senang je. tak perlu register apa2 pon. janji korang ada gambar yang terang. dan gambar tu mestilah gambar orang. gambar rumah taknak. orang atau haiwan kot boleh. yang penting gambar orang tu mesti nampak muka. lebih jelas lebih bagus. kalau nak jelas, guna gambar paspot korang. haaa... dah tentu jelas kan. 

senang je nak guna ni. dia akan bagi korang pilihan template gambar yang korang nak guna. lepas pilih template, upload gambar korang or sesapa. lepas upload, otomatik dia akan detect muka korang dalam pic yang korang dah upload tadi dan letak kat template gambar yang korang dah pilih. lepas tu korang boleh ejas sendiri gambar tu untuk sesuaikan dengan template.

macam-macam jenis template ada disediakan untuk korang pilih. nak jadi hero or heroin movie boleh, jadi artis boleh..nak jadi avatar pon bolehhhhhhh.... nak masuk magazine pun boleh. kat bawah ni aku tunjukkan hasil yang aku dah buat dengan gambar muka aku sendiri. hoho.. bajet nak jadi blonde gini la jadinya..





nah..nak jadi avril lavigne pon bolehh.. takyah susah2 nak kaler2 rambut tu. hehe.. tunggu apa lagi?? nak jadi james bond dan monalisa??? sila la pergi ke website seenow dot com. dijamin puas hati! 

http://www.emocutez.com

06 December 2010

saya suka papel!!!!

lol.. tajuk tak boleh blah kan? haha.. well, peminat ungu tegar la katakan. hari tu kan aku BW, terjumpa la satu blog ni. terus aku terkaku depan lappy aku baca je isi kandungan blog tu. blog tu milik cik puan yang cantik melatop da boom iaitu CPM honey nurhaliza. bukan dato' siti nurhaliza ye. CPM honey nurhaliza. sukeeee sangat tengok gaya make up dia. cantek sungguh. lepas tu kan aku godek2 lagi blog dia, terjumpa la satu kontes yang dia anjurkan. baca2 lagi rupa2 nya kontes tu dah tamat pon bln lepas. omo~~ melepas aku nak join. baru je eksaited nak join taw. 

kontes yang dia buat tu adalah kontes gaya makeup vogue. kuciwa sangat sebab dh melepas kontes tu. huhu. tapi takpe. tak dpt join pun takpe. ni haa.. dari kontes dia tu aku dapat idea nak buat entry kali ni. entry kali ni ialah MAKEUP!!!!!!! yihaaaa!!! tak pernah aku buat tau. ye la, aku amatur lagi dalam dunia make up. sikit2 tu tau la. biasa la kan..perempuannnnnn.. hari tu lepas aku baca blog CPM honey nurhaliza ni terus aku selongkar alatan make up aku. guna yang murah je uols. i ni student. mana mampu nak beli makeup mahal2 tu semua. hehe.. jom cekidaut! 

mula-mula jom tengok wajah aku sebelum dan selepas mekap. jangan gelak tau!!! cubitttt kangggg.... 



 tadaaaa... ok..pipi aku memang bulat macam burger. takyah cakap, aku dh tauuuuuu dahhhhh.. huhu. tak la cantek sangat mekap aku buat. tapi kalau aku jenjalan ngan kawan2 aku gemar buat mekap macam ni. simple dimple je. simple itu senang, dimple itu jerawattttttttttt.. hehe. sori, melalut pulak. jom tengok barangan mekap yang aku guna.



haa... ini la produk2 yang aku tempek kat muka aku ni. guna yang murah je. kebanyakannye aku guna produk silky girl. silky girl ni murah dan senang nak carik. kat kedai runcit pon ada jual kan. aku guna bedak padat, liquid foundation, concealer dan lipstik dari silky girl. ooohh.. juga eyeshadow dari silky girl. then mascara aku guna maybelline unstoppable. eyeliner aku pakai murah je. tak tau jenama apa tapi aku suka sebab ianya jenis tak berketul and kotor kalau apply kat mata. selalu aku guna pensil eyeliner je tapi sejak ada liquid eyeliner ni, aku tak pakai lagi pensel dah. then eye primer aku guna produk elf. aku beli online je. blusher aku cilok mak aku punya. jenama dari china.

now jom tengok macam mana aku mekap.  sebelum tepek apa2 mekap, kena la bersihkan muka dulu. cuci betul2. lepas tu selalunya aku akan bersihkan lagi dengan toner dan kemudian sapu pelembap.


1.  aku sapukan concealer kat bahagian bawah mata. then ratakan dengan jari je.

2. sapu bedak padat. aku sapu sikit je. macam 1 lapis je. aku ratakan dengan span besar.

3. lepas tu baru sapukan liquid foundation. ratakan dengan span besar juga. taknak sapu tebal sangat. ala kadar cukup.

4. aku letak eye primer kat mata. untuk yang tak tahu fungsi eye primer, eye primer ni bertujuan untuk menjadikan eye shadow anda supaya tahan lebih lama. ianya juga menyerlahkan lagi warna2 eye shadow anda.


5. lepas ratakan eye primer, aku sapukan eye shadow berwarna papel terang di bahagian atas mata. blend.. blend..blend.

6. dah puas hati blend aku sapukan eye shadow warna pupel gelap kat bahagian hujung mata. aku blendkan lagi dengan warna papel terang tadi. blend..blend..blend....puas hati? ye..dah puas hati aku sapukan sedikit highlight kat bawah bulu kening. sikit je tau.

7. puas hati ngan mata, aku sapu liquid eyeliner, sapu mascara. korang kalau nak lagi glam pakai la false lashes ye. aku tak reti lagi nak pakai. hehe.. lepas tu aku sapu blusher pula kat pipi bulat aku ni.

8. dah tepek blusher, jangan lupa pakai lipstik. takkan nak biar pucat je kot bibir ni. kang takde sapa nak ciom.haha..


okehhhh... dah siap! tadaaaaa....!! http://www.emocutez.com


jom berjimbaaa!!!!! http://www.emocutez.com

05 December 2010

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play

oleh sebab aku takde iPod, so aku shuffle je sendiri. hahahaha! bagus sangat la tu nak shuffle. badan besau gajah ade hati nak shuffle kununnn... ceitttt.. hehe. takde iPod kan?.. so aku guna mp3 sony walkman aku ye. jap2..shuffle2 jak. kuikuikui..





akan ku tunggu - candy
kau tahu - miz nina
buat aku tersenyum - SO7
gemuruh - faizal tahir
mare - BEP
bukan superstar - project pop
trouble is a friend - lenka
away with you - miz nina
breath - miss A
second hand - nono


nahhh.. itu la 10 lagu yang telah dishufflekan.aha aha aha... sorry yek. aku memang ketinggalan sikit kalau bab lagu2 ni. memang out dated!

03 December 2010

oh tidak!! saya suka sayap ayam!!!!

kepada penggemar sayap ayam, sila baca ni. aku dapat info ni dari emel. my dad yang forwarded emel tu.

 ciken wing sedap credit to uncle google

Chicken Wings - Its Dangerous

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the.
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong. A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits. You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food.

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the  neck or the wings. Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists. These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

omaigod!!! tak tahu ini benar atau tak. tapi sekarang ni memang kena berhati-hati dengan pemakanan seharian kita. zaman sekarang ni dah tak sama macam dulu. macam2 orang boleh letak dalam makanan or minuman untuk jadikannya sedap dan enak dimakan. tapi kita jangan lah fikir sedap je. kesihatan kena jaga. bukan makanan je, sekarang ni kandungan dalam ubat-ubatan pun jadi isu halal atau tidak. fikir-fikirlah ye sebelum terkena. 

nota kaki : sebelum post entry ni aku dh search kat internet dulu pasal ni. aku jumpa artikel asal kat sini.

02 December 2010

Day 14- A picture of you and your family



gambar ni diambil pada tahun 2009 kalau  aku tak salah. time ni birthday adik aku. kiteorang beli kek je sebab dia nak pegi tuisyen. maklumlah, tahun SPM dia time tu. so kami juz sambut gitu2 je, beli kek je. tak meriah pon. hehe.. tengok la aku yang bulat tu. tengok lagi mimik muka bapak aku tu. adehhhh...tak tahan. hahahaha!

01 December 2010

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

kepada kau!

ye..kau la. sapa lagi. orang yang dah banyak sakitkan hati aku. walaupun kau kira rapat ngan aku tapi perangai kau yang suka bergantung kat orang lain terutama kat keluarga aku tu memang sakitkan hati aku! sesuke hati kau je nak susahkan family aku! ko ingat fmly aku ni hamba ko???? 

kira baik tau aku tolong ko apply sambung blaja lagi. tapi ko tu memilih sangat!! nak kata pandai tu tak la jugak! kalau takat STPM ko yang tak cukup makan tu, tak payah nak berlagak sangat!!!! aku yang fail SPM ni pun sedar diri tau tak! ko yang beriya-iya suruh aku apply ILP untuk ko. nak politeknik jugakkkkk... keputusan tak cukup makan macam ko tu takyah nak memilih sangat!!! 

dulu elok2 dah politeknik tawarkan smbung blaja lagi kat ko.. tapi yang ko rejek tu buat apa????? kan dah menyesal sekarang! konon kursus yang ditawarkan tak bagus, sijil tak laku nanti susah nak cari kerja. ko sambung tingkatan 6. konon senang nak cari kerja. ye la.... memang la senang nak cari kerja tapi kalau result dah teruk macam tu, sapa yang amik ko kerjaaaaaaa..... lain kali kalau tak tahu, tanya orang lain dulu. tanya pendapat orang yang dah ada pengalaman. ini tak.. ikot suka hati bapak ko je kannnnn. 

berapa kali aku nak terangkan kat ko and bapakkkk ko tu. tapi ko bukan nak dengar cakap aku. ye la.. aku ni kan fail SPM! tapi yang ko terhegeh-hegeh nak mintak tolong kat aku juga tu kenapa??? orang dah tolong tu bukan nak ucap mekasih ponnnn.. harammmmmmmm.. dengar aku nak amik diploma, ko pun nak terus amik diploma. adehhhhh!! bukan aku dah terangkan ke???? nak belajar macam aku ni kene bermula dari bawah!! amik sijil dulu! tapi ko tak pahammmmm!!! bapak ko paksa2 lak suruh mintak sama tempat blajar ngan aku! eeeeeiiiiiii!!!! susah nak cakap ngan orang yang berpendidikan tinggi ni!!!

kenapa ko tak pergi amik PhD sekali?????!!!! nak sangat kannnn????!!! aku dah malas nak terangkan kat ko and bapak ko tu!! ini pun kira baik tau ko dapat masuk ilp tahun depan! nak terus masuk adtec ke?? bolehhhhh... boleh blahh!!! pasni ko takyah nak mintak2 tolong aku lagi! USAHA sendiri!!! aku dulu pun takde mintak tolong ngan ko or sapa2! aku buat sendiri semua! mak bapak aku tolong bayar yuran je untuk aku. lepas ni takyah la ko nak tunjuk muka kat aku ye! takut nanti aku hilang sabar tak pasal2 aku masuk penjara sebab belasah ko! 


yang benar,
aku yang marah!!


nota kasut : maaf ye semua. ini entry marah. hehe..

30 November 2010

Day 12- How you found out about BLOGSPOT and why you made one

aku teruskan dengan cabaran 30 hari. cabaran untuk kali ini adalah bagaimana aku mengetahui tentang blogspot dan kenapa aku berblog. aku mula berblogging dari disember 2009. sebenarnya aku dah pernah buat beberapa blog sebelum blog LIFE as a T.E.E.N. ni wujud. tapi masa tu aku belum jumpa lagi keseronokan berblogging ni. so lepas beberapa ketika aku naik bosan dan aku buang blog tu. 

dari mana aku tahu tentang blogspot ni? aku pun kurang pasti. biasa lah, aku kalau nak cari sesuatu maklumat, web pertama yang aku buka adalah GOOGLE. so kebanyakan maklumat aku dapat dari blogger. dari situ aku tahu kewujudan blogspot ni.

aku berblog ni adalah untuk suka-suka. saja untuk mengisi masa lapang dan tempat untuk meluahkan perasan. ye la, masa mula2 aku blogging ni dulu, bajet takde sapa yang sudi baca blog aku ni kan. so aku bantai je buat entry pasal kehidupan seharian aku. pasal keluarga aku, mr. luff aku, kengkawan aku dan macam-macam lagi la tentang aku. pendek kata semua pasal aku. dulu aku tengok blog2 lain pasang s/box semua kan..aku mcm.. apa la guna s/box ni. sapa la nak chat dalam s/box aku ni. so aku tak letak. masa tu aku tak reti pon pasal BW, SEO dan macam2 lagi la. tp tak lama lepas tu aku letak jugak. heheh.

entah macam mana satu hari tiba2 sorang kakak ni jerit kat s/box aku ucap terima kasih pasal info tentang watermark yang aku beli dari incredible design. so aku jenguk blog kakak ni dan tengok follower dia hampir cecah 1K!! masa tu dia baru je 2 bulan blogging. aku macam OMG!!!!! tiba2 je dapat inspirasi dari kakak ni untuk terus gigih berblogging. dari kakak ni jugak la aku dapat tahu erti BW dan apa yang perlu aku buat semasa BW. kalau dulu aku BW aku senyap je. komen kat entry org pun tak, jerit kat s/box pun tak. 

so aku masih berblogging sampai sekarang. sekarang aku dh ada kawan blogger 2 3 ketul. hehe.. apa yang penting... KERJASAMA!!! ehhhh... tak pandai ending. babai!

nota kasut : wahhhh... hari ni 3 entry aku publish. tengok la kalau tak ada idea nanti, langsung tak ada entry baru. hambekkkkkkk....

biar gula bercerita

aku taknak cerita banyak. dalam entry aku yang lepas ada sedikit info pasal penyakit kencing manis. kat entry kali ni aku nak kongsi tentang makanan2 dalam kehidupan seharian kita dan jumlah kandungan dalam makanan tersebut. gambar2 ni aku dapat dari bapak aku. jom cekidaut!

for info, satu cube gula bersamaan satu sudu kecil gula. now korang nilai la sendiri. ingat sebelum kena!





































bila dah tengok gambar2 ni semua, aku terfikir.. buah epal pun tinggi kandungan gula. betul ke? bukan ada pepatah english " an apple a day keep the doctor away".. hurm... kalau korang rasa ada yang salah dalam info2 ni, tolong betulkan ek. babai!