LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

19 December 2010

Day 19- Nicknames you have; why do you have them


aku ada banyak nickname. tak la banyak juta2 lemon kan tapi adalah 2 3 ketul nama panggilan aku. korang mesti dah tahu nama sebenar aku dalam surat beranak dan ic kan? so takyah la aku bgtau lagi. dari kecil mom and dad aku panggil aku B. aku penah tanya my mom, why B? dia kata kependekan dari BABY. so jadi la B. ada certain orang nama panggilan BB, tapi aku B je. so kalau panggil BB, aku memang takkan perasan. cehhhh..

masuk sekolah rendah, kawan2 panggil jennifer je. cam rimas kan? panjang semacam. tapi takpe. masa tu budak2 lagi what.. then masuk sekolah menengah. kengkawan dah mula panggil jen. more matured and easy to say right? simple je. jen.. ada gak sorang dua kawan panggil nama belakang aku, chuler. just for fun. tapi nama tu tak melekat pulak.

then tahun 2002, aku pindah sekolah. masa tu tingkatan 2 lagi. masuk kelas baru, kawan2 baru.. tiba la masa untuk memperkenalkan diri. bila aku bagitau je nama penuh aku, terus nama jLO terkeluar dari mulut kengkawan baru aku. terus melekat sampai abis sekolah. even di kalangan cikgu2 pon ada yang panggil aku jLO. tapi ada seorang cikgu ni dia suka panggil second name aku, chuler. beliau ni cikgu subjek sejarah aku. dia je rajin panggil aku chuler. kalo jumpa kat tengah2 pasar pon dia jerit chuler. tapi sebutan beliau bukan chuler tau, tapi CHULA!! sebab dia bangsa iban so slang tu agak pekat sikit. LOL!

2006 aku kerja kat sri aman computer center. sebab kerja jadi pengajar yang tak bertauliah so dapat online setiap masa. masa tu masih zaman mirc dan friendster lagi. hehe.. so aku ni memang kaki chatting! dulu la. masa tu masih kena kejutan IT kan.. so chatting la kau sampai lebam. kalau chatting kat room tu aku selalu guna nickname mipo_gurl or baby_mipo. asalkan ada mipo tu, memang aku la. mipo tu aku dapat dari anime pretty cure. mipo tu cute sangat sebab tu aku guna nama mipo. so ada la kengkawan chatting aku panggil aku mipo kalo dorang call or sms aku. kengkawan sekerja aku pon ada gak pggil aku mipo.kehkehkeh~~ tapi nama jLO itu lekat.


2008 aku masuk ILP miri. ingatkan aku boleh lari dari nama jLo itu tapi tidak. nak dijadikan cerita junior aku masa kat sekolah menengah dulu jadi senior aku pulak masa kat ilp. so masa sesi suai kenal ngan senior2 kat depan bengkel, aku bgtau la nama aku kan. belum apa2 lagi tiba2 aku terdengar orang jerit 'jLO!!' dari belakang. adehhhsssss... sejak dari itu nama jL0 terus melekat ngan aku. dari kengkawan sampai la ke pegawai2 aku. semua tahu jLo je. cuba kalau tanya jennifer, kompom dorang tak kenal. even kalo buat pengumuman cari aku pon dorang sebut jLo, bukan jennifer. nasib baik masa exam aku tak pakai nama jLo. hehe.. 

so now aku kalau boleh taknak la dikenali dengan nama jLo tu. tak nak menumpang populariti jennifer lopez kan. haha!! aku nak dikenali dengan nama jayne pun dah cukup. takyah la nak glemer2 sangat.

No comments: