LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

30 November 2010

Day 12- How you found out about BLOGSPOT and why you made one

aku teruskan dengan cabaran 30 hari. cabaran untuk kali ini adalah bagaimana aku mengetahui tentang blogspot dan kenapa aku berblog. aku mula berblogging dari disember 2009. sebenarnya aku dah pernah buat beberapa blog sebelum blog LIFE as a T.E.E.N. ni wujud. tapi masa tu aku belum jumpa lagi keseronokan berblogging ni. so lepas beberapa ketika aku naik bosan dan aku buang blog tu. 

dari mana aku tahu tentang blogspot ni? aku pun kurang pasti. biasa lah, aku kalau nak cari sesuatu maklumat, web pertama yang aku buka adalah GOOGLE. so kebanyakan maklumat aku dapat dari blogger. dari situ aku tahu kewujudan blogspot ni.

aku berblog ni adalah untuk suka-suka. saja untuk mengisi masa lapang dan tempat untuk meluahkan perasan. ye la, masa mula2 aku blogging ni dulu, bajet takde sapa yang sudi baca blog aku ni kan. so aku bantai je buat entry pasal kehidupan seharian aku. pasal keluarga aku, mr. luff aku, kengkawan aku dan macam-macam lagi la tentang aku. pendek kata semua pasal aku. dulu aku tengok blog2 lain pasang s/box semua kan..aku mcm.. apa la guna s/box ni. sapa la nak chat dalam s/box aku ni. so aku tak letak. masa tu aku tak reti pon pasal BW, SEO dan macam2 lagi la. tp tak lama lepas tu aku letak jugak. heheh.

entah macam mana satu hari tiba2 sorang kakak ni jerit kat s/box aku ucap terima kasih pasal info tentang watermark yang aku beli dari incredible design. so aku jenguk blog kakak ni dan tengok follower dia hampir cecah 1K!! masa tu dia baru je 2 bulan blogging. aku macam OMG!!!!! tiba2 je dapat inspirasi dari kakak ni untuk terus gigih berblogging. dari kakak ni jugak la aku dapat tahu erti BW dan apa yang perlu aku buat semasa BW. kalau dulu aku BW aku senyap je. komen kat entry org pun tak, jerit kat s/box pun tak. 

so aku masih berblogging sampai sekarang. sekarang aku dh ada kawan blogger 2 3 ketul. hehe.. apa yang penting... KERJASAMA!!! ehhhh... tak pandai ending. babai!

nota kasut : wahhhh... hari ni 3 entry aku publish. tengok la kalau tak ada idea nanti, langsung tak ada entry baru. hambekkkkkkk....

No comments: