LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

11 November 2010

TRIP to S.E.M.A.T.A.N. part I

yay!! akhirnya dapat juga aku update entry bergambar ni. jenuh nak upload gambar. punya la lambat..so pada 30 Oktober yang lepas, kami sekeluarga pergi ke Sematan untuk bercuti. selain aku dan family, ada 3 buah family lagi yang turut serta iaitu sepupu sepapat aku. jadi percutian kali ni memang gempak! sebab 4 family dah berkumpul, budak2 adalah banyak..

so bergerak dari rumah pukul 10 pagi macam tu. gi makan dulu. jumpa ngan family kazen aku yang bernama GIA kat restoren red dragon. rupa2 nya dorang belum makan lagi. dan yang paling best sepupu aku yang bernama LENO dan adik2 dia tumpang kereta kazen aku GIA tadi. sebab parents dorang masih ada kerja lagi dan dijangka bertolak dari kuching pada pukul 3 or 4 petang macam tu. 

tak dapat aku nak bayangkan macam mana sepupu sepapat aku tu jadi ikan sardin dalam kereta. kereta kepunyaan family kazen ku itu adalah ALZA. so korang cuba la bayangkan macam mana 7 orang berhimpit dalam kereta tu. back seat tak dapat bukak sebab penuh dengan barang semua. jadi 3 orang jejaka disumbatkan ke dalam kereta kami. nasib baik barang yang kami bawak tak banyak. tapi untuk buka back seat avanza kami tu, kene jugak sumbatkan 2 3 barang kat bonet ALZA tu.

so KEN, REMY & MAURICE disumbatkan ke dalam avanza milik kami. tak nak cerita panjang lagi, jom layan gambar2 kat bawah ni..






masuk je kereta, blablabla kejap terus tidur. penat bercakap agaknya.yang tengah2 tu KEN, sebelah tu MAURICE. yang senyum kambing tu adik aku.


memula tak nak sumbat REMY dalam kereta sekali sebab dia paling bongsu & susah nak jaga. tapi bila dia tidur je, aku pun lega. yang tak best aku kena pangku je dia sebab dia tak nak duduk sorang. adehhhh..


aksi tidur terbaik!! hehe.. berapa kali dah emergency break tapi still takde effect kat dorang. tidur lena je..


dah pun sampai ke rumah rehat majlis daerah sematan. ni uncle aku yang sponsor.hehe..


dah ready nak turun g pantai. semua tak sabar..


aksi lompat kanak2 riang. aku lebih selesa jadi photographer je.


aku suruh buat aksi pelik, ini la jadi nya.. hahaha..memang pelik. ini kat depan rumah rehat tmpat kami stay. ada 4 bilik. banyak kekurangan sebab agak terpencil. tapi lebih baik dari takda langsung.


dari atas. dorang ni laju je kalau tengok kamera.


yay!! bertolak!!! sempat buat aksi dalam kereta. ni avanza family aku. semua berebut  nak tumpang kereta ni. so aku mengundur diri tumpang ALZA je. tak yah nak berebut2.


dah sampai!!! aksi melompat sebelum mandi laut!


lagi melompat. dah macam beruk dah aku tengok. tapi suka tengok gambar ni. suka tengok mimik muka si REMY. cuba korang peratikan :P


semua hepi! macam tak pernah tengok pantai. semua jakun.haha


main bola dulu untuk panaskan badan.hehehe..


ini la GIA. kat belakang tu adik aku.


antara permandangan kat pantai sematan ni.


ambil masa untuk sepak bola sebelum mandi


happy jumpa laut..ombak besar...




tunggu ombak besar..


budak2 kecik main kat tepi pantai je. di bawah jagaan ibu terchenta..


penat mandi laut, main pasir pulak


penat timbus sana timbus sini..cuci badan, tambah pasir kat dalam poket seluar, ready nak balik


kura2..or penyu?? 


ok..itu saja la yang aku paparkan untuk tatapan korang ye. ada banyak lagi sebenarnya tapi jenuh pulak nak upload. so aku aplod yang terpilih saja. nak tengok lebih lagi, pi la tengok kat FACEBOOK aku ye. sapa2 yang belum add aku kat FACEBOOK tu, sila2 la add ye. 

ohhhh.. ada lagi kesinambungan entry ni. tapi..tungguuuuuuuu....


1 comment:

Cik Moon said...

uuiii..dasyatnyer tdo dlm kereta.. sampai xsedar org amek pic.. haha..