LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

09 November 2010

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

yay!! kembali ke cabaran 30 hari!! ehem..sebenarnya dah tak ada idea nak buat entry apa. hehe.. so cabaran untuk hari ni ialah perkara yang membanggakan diriku beberapa hari yang lepas. erkkk..betul ke translation? lantak laaa.. janji korang paham.hehehe..

so.. apa perkara yg telah buat aku bangga pada beberapa hari yang lepas? erm.. kalau tengok entry aku sebelum ni, aku ada mention pasal birthday aku yang ke 22 kan? heheh.. selama 22 tahun hidup menghirup oksigen kat bumi ni.. banyak yang aku dah pelajari. dari mula2 aku dilahirkan di bumi kenyalang ini, masuk sekolah tadika, sekolah rendah, bertukar sekolah menengah 2 kali, melanjutkan pelajaran..walaupun hanya di peringkat sijil. dan sekarang masih menyusun langkah untuk menimba ilmu di tanah semenanjung tahun depan. aku rasa itu satu pencapaian yang paling bagus dalam hidup aku.

ye lahh.. selepas dapat result yang 'menggempakkan' dalam SPM pada tahun 2006, aku macam down sekejap sebelum bangun semula. apa tidaknya.. kawan2 lain yang dapat result membanggakan dapat melanjutkan pelajaran di IPTA & IPTS. aku pulak tertinggal di belakang. nak apply tingkatan 6 pun tak dapat dengan result aku tu. sadis kannn? dalam menanti result SPM keluar time tu, aku isi masa lapang dengan mengambil kursus asas komputer dan akaun. 

lepas result SPM keluar, aku duduk rumah je. masa tu erti INTERNET pun aku tak tahu. dulu mana ada isi borang online2 semua. tak macam sekarang. dulu apply isi borang je then g pos. dlm masa 2 bln aku sering berulang alik dari rumah ke pejabat pos je. hantar borang itu, borang ini... penat, abis duit minyak, duit setem.. 

tak lama lepas tu aku kerja kat stesen minyak, jadi pam atendan. tak lama aku kerja kat situ.. ada la dalam 2 mggu. itu pun sebab orang dalam ada isu. so aku resign! hahaha.. dalam bulan julai or ogos 2006 macam tu, aku pn dah lupa bila..aku dapat tawaran kerja kat satu kompeni kecil kat pekan aku. aku ditawarkan jadi pengajar untuk kursus asas komputer. lebih senang nak bagi korang paham ajar bebudak microsoft office. aku ada basic untuk m. word, excel & powerpoint je. so yang lelain as access and kursus budak2 kecil aku terpaksa belajar sendiri la berpandukan buku yang diorang bagi. gaji ok lahhh..cukup makan. 

masa aku kerja kat situ, ada seorang pelajar pratikal dari Uitm..lelaki.boleh dikatakan rapat juga la dgn aku. dari dia aku mula ada minat nak belajar dengan lebih dalam lg pasal komputer ni. nak dijadikan cerita pada masa tu ILP Miri baru saja dibuka. intake julai 2007.. so aku apply dapat intake januari 2008. aku berenti kerja bulan disember dan mula mengatur langkah ke MIRI dengan harapan nak jadi seorang technician komputer. 

dan sekarang hampir setahun aku duduk kat rumah je. kalau diikutkan aku dikehendaki melapor diri ke shah alam untuk intake julai 2010 ni.. tetapi keadaan kesihatan aku tak mengizinkan so aku minta tangguh satu semester. jadi aku akan melapor diri pada tahun depan iaitu untuk intake januari 2011. semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. 

walaupun aku telah tertinggal jauh sedikit dari pencapaian kawan2 ku yang lain, aku bangga sebab aku bisa mencapai impian untuk menjadi seorang juruteknik komputer. walaupun sesetengah orang kata bidang IT ni semudah ABC.. semua orang boleh buat.. huh! tengok la nanti. akan ku buktikan bahawa bidang IT ni luas dan tidak semudah yang korang ingat! aku bangga jadi budak IT!!!

entry panjang melalut takde gambar.. sila bosan! hahaha!!

1 comment:

iEn said...

InsyaAllah.. usaha tangga kejayaan :)