LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

13 November 2010

KENAPA PERLU TIPU??

beberapa hari yang lepas aku terbaca la kat blog tubelawak milik crayon kisah seorang gadis berdarah kacukan bernama fida aishah ni. aku pun ada la jenguk2 sekejap blog milik fida ni. sekarang kalau korang try usha blog fida ni maybe tak dapat kot sebab dia dah privatekan blog dia tu. aku ni kalau baca yang puitis2 or jiwang2 atau bahasa berbunga ni memang kurang sikit la nak layan. 

tapi itu bukan objektif utama untuk entry kali ni. bukan apa, bila aku dapat tahu kisah fida ni teringat pulak kat seorang 'kawan' lama. baru2 ni 'kawan' aku ni dah cetuskan kontrovesi antara kami sekawan di facebook bila dia menghina seorang lagi kawan kami yang kurang upaya atau bahasa kasar nya cacat. sebenarnya aku memang lama dah tak sebulu dengan 'kawan' aku ni selepas berlaku beberapa kejadian semasa menimba ilmu di tanah Miri.

salah satu perangai yang kami sekelas tak suka dengan 'kawan' aku ni adalah dia suka 'copy paste' je assignment kawan2 yang lain. mula2 cakap nak buat rujukan je bila nak transfer file ke pendrive dia. sekali bila dia dah print out dia punya assignment, memang ternyata ianya adalah hasil orang lain. dia cuma tukar jenis tulisan, nama dan nombor pelajar je. memang la bengang kan. tapi dia tak berani nak copy kerja kami, cuma seorang kawan kami ni je yang dia berani copy sebab kawan kami sorang ni tak pandai marah. kalau marah pun cakap sorang2 je. tambah2 lagi 'kawan' aku ni memang masuk telinga kiri keluar telinga kanan.




kalau diimbas kembali sikap dia yang ini lah telah menyebabkan aku tidak bertegur sapa dengannya lagi. pada awalnya kami diberi tugasan berkumpulan kalau tak silap aku. so aku dan beberapa kawan aku yang sama group ni telah pergi ke library selepas habis kelas petang tu untuk mencari maklumat. kami salin guna tangan, bila tak cukup masa sebab library nak tutup, kami keluarkan duit untuk fotostat maklumat tersebut. masa tu memang tengah pokai.so abis segala duit syiling kami korek.

nak dijadikan cerita 'kawan' aku ni dapat tahu yang group kami dah ada maklumat yang diperlukan untuk tugasan tersebut. so dia mintak la kat kawan aku sorang ni maklumat tu. kawan aku tu tak nak bagi. ye la, penat2 dah cari dan berhabis duit semua. so kawan aku tu suruh la dia pergi library cari sendiri. dia jawab bagi je la yang kami ada tu sebab dia nak fotostat. kawan aku ni naik berang dan tetap juga berkeras tak nak bagi. so dia dah mula naik angin dan mula mencarut. suara dia ni memang kuat so aku masa tu tegur la dia. takde niat nak marah or back up kawan aku ni pun. 

aku : ko ni kalau awal pagi macam ni tak bising boleh tak? memekak je la.

dia : jen..ko diam! jangan nak masuk campur!

aku : ehhh.. ko sapa nak suruh aku diam? aku kata jangan bising je la.

dia : ahhh... korang semua ni sama! bodoh!!
see?? yang aku tak boleh tahan tu dia suka kata orang bodoh. macam la dia tu pandai sangat kan. oopsss..lupa pula..dia kan ada diploma dalam medical. dia doktor tau.. doktor bedah mayat. boleh percaya ke?? korang bayangkan dia sekarang umur 21. 2 tahun yang lepas dia sama dengan aku ambil sijil di ILP. before tu dia memang dah ada diploma. itu dia yang bagitahu la. yang lucu nya, semasa cuti dia pernah call ketua kelas kami. dia cakap dia ada kat hospital masa tu. dalam bilik bedah. selamba katak lagi dia cakap dia tak boleh cakap lama2 sebab nak bedah mayat.what the fishhhh?? kalau nak tipu tu kasi la yang logik sikit kan.


tak cukup dengan itu, dia ni juga jenis yang suka menjaja cerita yang tak betul pasal dirinya. antaranya adalah dia seorang yang kaya, ada banglo 4 tingkat, ada banyak orang gaji, ada driver semua. ok fine.. tak kisah pun. sebab dia siap tunjuk lagi gambar banglo dia tu kat kawan2 aku yang lain. tapi gambar dari luar rumah je la. tapi baru2 ni kantoi pulak bila aku ada seorang kawan yang sama kerja dengan aku tu, sekampung dengan dia. paling hebat rumah kawan aku ni kat depan umah dia. so aku korek la cerita kat member aku ni. kawan aku ni pun buka cerita la mengatakan dia takda banglo semua tu. rumah mereka dah hangus beberapa tahun sebelum ni dan sejak dari itu mereka sekelurga tinggal kat pondok buluh je. kasihan pulak aku dengar tapi yang heran kenapa la dia nak tipu kami semua?

dia ni juga berdarah campuran. ibu nya berasal dari eropah dan ayahnya berbangsa bajau. tapi ibu bapa dia lama dah bercerai and ayah dia pun dah kahwin lain dan sekarang ni duduk di sabah. yang itu aku pun tak kisah. ada satu kejadian berlaku pada semester dua yang aku masih ingat sampai sekarang. masa tu aku memang dah bertegur sapa lagi dengan dia. hampir satu kelas dah pulaukan dia masa tu. tapi ada la 2 3 orang yang masih menjadi kawan sejati nya pada masa itu. nak dijadikan cerita  tak lama selepas itu dia bergaduh pula dengan kawannya itu. semuanya kerana perkataan 'bodoh' yang dia suka gunakan. 

so pada keesokkan harinya bila kami semua berkumpul di hadapan bengkel sebelum masuk kelas (rutin harian kami ) kawannya itu telah bercerita pasal pergaduhannya dengan junior kami semester satu. kira macam mengumpat la.. aku kebetulan masa tu berdiri tak jauh dari mereka, so aku buat dosa juga bila dengar perbualan mereka. tak lama lepas tu 'kawan' kami ni datang dan terus pergi ke tempat kami berkumpul tu. kawan aku yang sorang tu dah lari tinggalkan aku dan 2 orang junior aku tu bila nampak dia datang. so aku buat selamba je la. tapi muka dia macam tak puas hati dengan aku. so aku mulakan perbualan :

aku : apasal ko kat sini? bukan ko selalu berbaris kat depan ke?
dia : yang ko tu kat sini apasal? aku memang selalu kat belakang ni!
aku : oh..ye ke? takde.. tadi kami cakap pasal kau. ( yang ni memang kes nak bunuh diri!)
dia : bodoh! ko cerita apa?
aku : takde. aku cakap kat diorang yang ko ni paling pandai dalam kelas (hahaha! masa ni nak gelak)
dia : aku memang pandai! tak macam engkau tu! bodoh! amali pc assemble pun repeat 2 kali! (muka dah merah tahan marah)
aku : takpe. at least aku belajar. bukan macam sesetengah orang tu. copy kerja orang je. (masih buat muka katak)
dia : heii!! ko jangan buat muka macam tu!! bodoh!! ( memang dah marah gila)
aku : eeiii.. suka hati aku la nak buat muka macam mana, dah muka aku.bukan muka engkau. ( muka katak lagi)
dia : dah la gemuk!!! amali ulang 2 kali! bodoh!!! ( dah takde point)
aku : sekurang2nya muka aku takde jerawat macam muka engkau! (hahahahaha!!! junior 2 orang tu dah tutup2 mulut tahan gelak! )

masa tu dia macam dah tak tahan lagi nak mengamuk! tetiba seorang senior kami jerit..hoiii!!! so perang mulut berhenti. dia terus pergi ke arah senior tu. dia ingat senior tu nak back up dia. tup tup senior tu cakap " aku bukan nak back up sesapa! aku malu tengok korang gaduh macam tu!" hahahaha!! hambeekkkk... merah menyala muka dia. konon nak mengadu domba tapi kene rejek! hahaha.... sapa nak percaya dia lagi?? masa tu semua warga ILP dah tau perangai dia. 

dia sanggup gunakan nama ustaz kami untuk cover semua kesalahan dia. paling aku tak tahan bila dia hina kawan aku sorang ni. kejadian berlaku kat masjid. masa tu dia yang menjaja cerita dia alim pergi sembahyang 5 waktu tu jadi ajk surau. kawan aku tu perempuan. aku ada mention tak 'kawan' aku ni lelaki? takde? hehee.. ok..dia lelaki yang 'sopan santun'. paham2 la ye. balik kepada cerita tadi, kawan aku ni seminggu dah tak turun surau sebab uzur. so mlm tu dia turun, 'kawan' aku ni yang amik atendan. dan dia sengaja nak amik atendan pompoan. so bila dia tengok kawan aku tu tadi, selamba je dia " ehhh... ada rupanya. ingatkan dah mati dahhhhh.."

korang bayangkan bagaimana dia sanggup berkata begitu, dalam surau lagi tu. semua orang yang ada malam tu dengar ok dia cakap macam tu. kawan aku tu selamba je.memang malas nak layan dia.baru2 ni dia kata yang dia dah kerja jadi pegawai komputer dan ada kereta 2 buah. haha.. dia memang tak pernah berubah. sebab dia dah kantoi yang dia cuma penolong pengurus, masih dalam tempoh percubaan, kontrak 1 tahun dengan SKMM. yang kereta 2 buah tu..hhehehe.. ada kereta viva. tapi dah accident so kereta masuk woksyop. kereta sebuah lagi? ada..kereta milik tauke woksyop tu. dia pinjam. hahahaha.. aku cuma boleh gelak je bila dengar.

ok la... aku rasa banyak sangat dah aku merapu ni. ini cuma sekadar luahan perasaan. kalau rasa mengarut sangat, taknak baca..dipersilakan keluar dari blog ini.hehe... ohh.. kalau nak tengok wajah lelaki istimewa ini..boleh tengok kat facebook aku. dia bikin panas kat sini. ada banyak lagi cerita tentang dia. boleh buat novel aku rasa. haha.. okeh..babai~

No comments: