kembali ke cabaran 30 hari! kali ni aku kene tepek gambar aku ngan kawan2 aku. selalu aku bercerita tentang kawan2 zama INTRIM aku kan. so kali ni aku nak tunjuk pulak kawan2 aku masa aku pratikal di MLNG bintulu.
tadaaaa!! ni la kawan2 seperjuangan dan senior2 yang banyak membantu aku semasa aku menjalani latihan dalam industri di MLNG bintulu. aku diletakkan di jabatan iPerintis. gambar kat atas ni diambil masa kami 'escape' untuk breakfast. masa ni dah gaji so semua bajet nak paw aku kat kantin. konon farewell la.
nak aku kenalkan sorang2 ke? ye la.. mula dari amoi baju putih tu ye. nama dia wendy. dia pon student pratikal macam aku gak time tu. tapi dia sebulan dulu dari aku. dia student UTP. amik jurusan teknologi maklumat dan telekomunikasi. then yang baju papel tu aku lah. muka bulat tu, sapa tak kenal. hehe.. then gadis comel kat sebelah aku tu ialah vanessa. dia pun budak pratikal gak. dia sama start pratikal sama ngan wendy. dia student UMP. then sebelah vanessa ialah azrul. dia pekerja kontrak kat jabatan kami. sebelah azrul ialah martin. dia ni kira otai la kat department kami. sangat baik ngan kami. rajin ajar itu ini.
then kat depan martin ialah azizi. pernah gak tolong dia buat kerja. dia ajar kami macam mana nak format pc banyak2 sekaligus dengan cepat. then sebelah azizi ialah johnny. ada sorang lagi member kamceng dia tp aku dh lupa nama. hehehe.. takde dlm gambar. dia n johny ni incharge telefon. kalau telefon problem memang cari dorang. then sebelah johny ialah.......tetttttttt.... aku lupa nama.hahahah! maafkan hamba ye. macam mana boleh lupak pulak ni. dah la beliau yang tolong cover belanja dorang makan masa ni. selamat duit aku. hikhikhik.. oohh.. dia ni dulu kerja kat department kami. sebulan macam tu..then pindah pegi ABF bintulu. then duduk sebelah dia tu ialah sudin. sudin ni memang sporting. pendek kata dorang semua ni memang sporting abis!
lupa pulak nak kenalkan sapa yang amik gambar ni. yang amik gambar ni ialah KC. ada gambar dia kat gambar yang lagi satu kat atas tu. yang botak2 tu dia la. KC ni pun sporting gak. dia rajin angkut kami budak2 pratikal ni ke hulur ke hilir kalau ada kerja. rajin dia ajar kami. memang best la kerja ngan diaorang. aku ingat lagi last day aku pratikal. mula2 taknak nangis. tapi tak dapat nak tahan air mata ni dari keluar. adehhh.. dh la aku ni memang cengeng. ini la pengalaman yang paling manis dan gempak dalam hidup aku. aku ingat nak pratikal sini lagi nanti. kehkehkeh.... rindu ngan dorang. ada masa nanti aku ceritakan pengalaman2 aku semasa pratikal kat sini.
3 comments:
kalau ingat kisah2 yg lepas ada suka juga ada sedih .... banyak pengalaman lama yang tak dapat dilupakan....
@wanzi : btul tu bro. pengalaman ini la yg byk mngajar manusia tentang hidup.
salam pagi, kunjungan Ellen ke A MUST VISIT BLOG..jum tgk review Sabahan mini gathering with Nuffnang
Post a Comment