LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

30 December 2010

semua orang buat, jadi aku pun nak buat la!!

hahaha! gempak tak tajuk? semua orang buat entry pasal bola malam semalam. lagi buat entry pasal goalkeeper malaysia yang tengah meletop kebabom sekarang ni. mana2 blog aku pergi sekurang-kurangnya ada satu dua entry yang dorang tepek pasal bola atau KFCM, goalkeeper malaysia. 

ini gambar dari google

yang paling hebat, gf KFCM juga terkena tempias keglamoran beliau. hebat! tadi aku juga sempat follow blog awek dia. cantekkk ooo awek dia. kecik molek je orang nya. macam aku juga. *muntooohhhh*. aku berjaya menjadi follower ke 2669 blog dia kalau tak silap aku. sekejapan aku view, baca2 entry sweet si elia ni, refresh jap..tengok follower dah hampir cecah 3K!! 29++ camtu la. aku macam wow!! cepat dan laku macam pisang goreng! 

 ini gambar curi dari blog elia..minta maaf ye curi :P

waktu aku tengah buat entry ni, aku sempat view blog dia lagi untuk dapatkan link. terkojut kingkong mak!!!! follower dah 3338!!!!!!!! omaigod!!!! aku terpana seketika. jari berenti menaip sekejap.............

.................. ok, teruskan menaip. memang hebat la penangan si KFCM aka apex ni. caya la bro! tapi bro.. wa tak minat u. sebab wa tak minat bola2 ni bro. bola2 api wa suka. ekekeke.. selamat elia..erkk?

terus terang la, aku memang tak minat bola sepak. mr. luff minat abis. sampai semalam dia boleh lupa dinner. bila aku msj tanya dah makan ke blum, boleh pulak dia jawab lupa sbb syok layan bola. mak aihhh.. kenyang bola dah ke? terus kena bebel sekejap. hehehe.. 

walau apa2 pon, tahniah untuk pasukan harimau malaya!!! akhirnya korang dah buktikan yang korang bukan 'sampah' seperti apa yang orang dah cakap selama ini. dan terima kasih jugak kat PM sebab bagi cuti esok. hehe.. gembira sakan korang ye dengar cuti nih. 

 ini gambar dari google

buat elia dan khairul fahmi, selamat pengantin baru..erk?? hahahaha.. belum lagi la. jangan nak buat kontrobesi yekkk. semoga jodoh kalian berpanjangan :)

p/s : selamat tahun baru semua!!! apa azam tahun baru ni?

2 comments:

zuhanismohamed said...

xpepasal gf khairul fahmi ni jadi femes kan..he he

tahniah malaysia :)

jayne said...

@zuhanismohamed : a'ah tp kesian juga sbb ada yang tak suka tgk dia. siap buat page kat FB lg tu... huhu. :(