LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

06 December 2010

saya suka papel!!!!

lol.. tajuk tak boleh blah kan? haha.. well, peminat ungu tegar la katakan. hari tu kan aku BW, terjumpa la satu blog ni. terus aku terkaku depan lappy aku baca je isi kandungan blog tu. blog tu milik cik puan yang cantik melatop da boom iaitu CPM honey nurhaliza. bukan dato' siti nurhaliza ye. CPM honey nurhaliza. sukeeee sangat tengok gaya make up dia. cantek sungguh. lepas tu kan aku godek2 lagi blog dia, terjumpa la satu kontes yang dia anjurkan. baca2 lagi rupa2 nya kontes tu dah tamat pon bln lepas. omo~~ melepas aku nak join. baru je eksaited nak join taw. 

kontes yang dia buat tu adalah kontes gaya makeup vogue. kuciwa sangat sebab dh melepas kontes tu. huhu. tapi takpe. tak dpt join pun takpe. ni haa.. dari kontes dia tu aku dapat idea nak buat entry kali ni. entry kali ni ialah MAKEUP!!!!!!! yihaaaa!!! tak pernah aku buat tau. ye la, aku amatur lagi dalam dunia make up. sikit2 tu tau la. biasa la kan..perempuannnnnn.. hari tu lepas aku baca blog CPM honey nurhaliza ni terus aku selongkar alatan make up aku. guna yang murah je uols. i ni student. mana mampu nak beli makeup mahal2 tu semua. hehe.. jom cekidaut! 

mula-mula jom tengok wajah aku sebelum dan selepas mekap. jangan gelak tau!!! cubitttt kangggg.... 



 tadaaaa... ok..pipi aku memang bulat macam burger. takyah cakap, aku dh tauuuuuu dahhhhh.. huhu. tak la cantek sangat mekap aku buat. tapi kalau aku jenjalan ngan kawan2 aku gemar buat mekap macam ni. simple dimple je. simple itu senang, dimple itu jerawattttttttttt.. hehe. sori, melalut pulak. jom tengok barangan mekap yang aku guna.



haa... ini la produk2 yang aku tempek kat muka aku ni. guna yang murah je. kebanyakannye aku guna produk silky girl. silky girl ni murah dan senang nak carik. kat kedai runcit pon ada jual kan. aku guna bedak padat, liquid foundation, concealer dan lipstik dari silky girl. ooohh.. juga eyeshadow dari silky girl. then mascara aku guna maybelline unstoppable. eyeliner aku pakai murah je. tak tau jenama apa tapi aku suka sebab ianya jenis tak berketul and kotor kalau apply kat mata. selalu aku guna pensil eyeliner je tapi sejak ada liquid eyeliner ni, aku tak pakai lagi pensel dah. then eye primer aku guna produk elf. aku beli online je. blusher aku cilok mak aku punya. jenama dari china.

now jom tengok macam mana aku mekap.  sebelum tepek apa2 mekap, kena la bersihkan muka dulu. cuci betul2. lepas tu selalunya aku akan bersihkan lagi dengan toner dan kemudian sapu pelembap.


1.  aku sapukan concealer kat bahagian bawah mata. then ratakan dengan jari je.

2. sapu bedak padat. aku sapu sikit je. macam 1 lapis je. aku ratakan dengan span besar.

3. lepas tu baru sapukan liquid foundation. ratakan dengan span besar juga. taknak sapu tebal sangat. ala kadar cukup.

4. aku letak eye primer kat mata. untuk yang tak tahu fungsi eye primer, eye primer ni bertujuan untuk menjadikan eye shadow anda supaya tahan lebih lama. ianya juga menyerlahkan lagi warna2 eye shadow anda.


5. lepas ratakan eye primer, aku sapukan eye shadow berwarna papel terang di bahagian atas mata. blend.. blend..blend.

6. dah puas hati blend aku sapukan eye shadow warna pupel gelap kat bahagian hujung mata. aku blendkan lagi dengan warna papel terang tadi. blend..blend..blend....puas hati? ye..dah puas hati aku sapukan sedikit highlight kat bawah bulu kening. sikit je tau.

7. puas hati ngan mata, aku sapu liquid eyeliner, sapu mascara. korang kalau nak lagi glam pakai la false lashes ye. aku tak reti lagi nak pakai. hehe.. lepas tu aku sapu blusher pula kat pipi bulat aku ni.

8. dah tepek blusher, jangan lupa pakai lipstik. takkan nak biar pucat je kot bibir ni. kang takde sapa nak ciom.haha..


okehhhh... dah siap! tadaaaaa....!! http://www.emocutez.com


jom berjimbaaa!!!!! http://www.emocutez.com

5 comments:

Sumandak Kinabalu said...

Wah best pula baca cara make-up nie...nak try hujung minggu nie ^ ^

jayne said...

try jangan tak try :P

Nazirul said...

sape cpm nurhaliza ni?

jayne said...

kalau nak tahu, klik la kat link yg diberi tu. :D

checyidinzzy said...

aku suka , . . kak ... cantik yha jadinya