LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

29 November 2010

oh tidak!

minggu lepas aku pegi poliklinik kota sentosa untuk mengambil keputusan medical cek up. lepas cek mata tekanan darah semua, aku diarahkan untuk masuk ke bilik doktor untuk pemeriksaan lanjut. sampai je sana doktor tanya itu ini. then dia tengok urine result aku. dia macam tak puas hati and suruh aku buat urine test sekali lagi. so aku pun pegi la buat. dapat result dia suruh aku cek kandungan gula dalam darah pulak. adehhh.. yang ni aku lemah ni sebab nak cucuk jari amik darah. aku kalau bab ni memang......adoiiiiii. 

tapi aku tabahkan hati gak. nasib baik nurse yang buat tu adalah kawan bapak aku. so nervous tu kurang sikit. sekali cek...adoiiiiii.... punya la tinggi aku punya kandungan gula. aku dah panik and nervous lagik. so nurse tu yang aku panggil auntie nasihatkan supaya aku gigih berdiet. ye la..tengok badan aku pn dah tau ok. memang over weight. tapi bapak aku cakap tak boleh nak salahkan aku sebab aku duduk rumah je. lagipun baru lepas operation so tak boleh nak buat kerja berat2 or bergerak2 sangat. kalau kat ILP dulu aku aktif main bola tampar dan ikut kelab kebudayaan. 

lepas tu masuk lagi bilik doktor. dia tanya aku history kencing manis dlm family aku. aku cakap mak bapak aku dua2 memang  ada kencing manis and now taking their medication. doktor tu terkejut. dia kata dia confirm 100% yang aku ada kencing manis. wat the fishhh!! so dia buat appointment untuk aku buat pemeriksaan lebih lanjut minggu depan. kalau betul kencing manis aku terpaksa amik ubat macam mak bapak aku. oh no!!! aku tak nak!!! uwwaaaaaaa!!!!! 

hari sabtu lepas bapak aku bawa aku pegi satu farmasi di kota sentosa. farmasi ni ada menyediakan perkhidmatan untuk cek tekanan darah gula semua. so aku cek kandungan gula buat kali kedua. memang positif.. hurmm.. so now aku tengah gigih berdiet. aku tak amik makanan manis as coklat, aiskrim, coke dan byk lagi. kurang makan nasi. and aku langsung tak boleh sentuh mi kolok kegemaran aku. oh man! amik bau je la. and aku tak minum minuman bergula. kalau makan kat luar aku just boleh minum milo kosong or air mineral. aku tak boleh makan gula so aku guna PAL SWEET untuk gantikan gula. 



PAL SWEET ni rendah kandungan kalori. rasanya memang macam gula tapi rendah kalori dan sesuai digunakan untuk golongan yang menghidap kencing manis ni. 1 tablet kecil sama dengan 1 sudu kecil gula. so aku pastikan PAL SWEET ni sentiasa ada dalam beg aku. aku kene kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan makan sayuran. untuk kenyangkan perut aku makan oat. oat bagus untuk mengawal kandungan gula dalam darah. tapi tak digalakan untuk makan oat yang 3 dalam 1 tu. sebab yang 3 in 1 tu ada gula. everything yang 3 in 1 tu aku tak boleh amik. 

hurmmm... nampak gaya nya aku kene tetapkan hati ni untuk terus berdiet. doakan untuk aku ye kawan2. umo aku baru je 22. huhuh.. macam2 penyakit lak ada. adehhhh... korang pun kene jaga kesihatan tau. sekali sekala tu pegi la farmasi or klinik untuk buat medical cek up. penyakit dalam badan ni sukar untuk dikesan melainkan membuat pemeriksaan. nanti aku akan kongsi info tentang kencing manis ni ngan korang semua. babai!

4 comments:

deem said...

adui...so sad to heard that dik.bnykkan senaman dan mkn makanan yang berkhasiat k...kurangkan gula tau.take care...

Mun said...

kurangkan pengambilan gula tau... klu nak manis.. buah2han takpe..

Ellen said...

kesiannya...take care ya dik, try lah ubat2 kampung, memang ada tu untuk diabetes..

tiefazatie said...

sis..serius ka...tke cre k...kurangkn gula tue...minum air masak je..xpe..lama2 u bese tue..percaya...chaiyok2!

psst..ifa pun diet kurangkn gula n karbo..hihi..