LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

13 February 2011

saya suka jalan-jalan!

 wawawawa!! tajuk tak boleh blah! haha.. sorry bebanyak ye kawan2. lama giler aku tak hapdet blog aku ni. bz je memanjang ngan aisemen. minggu ni baru dapat relax cket. itupun tak lama lagi ada sukan. aku bersukan ke? haha!! jangan pandangku sebelah mata.. ai dulu kapten team bola tampar tau. tu yang teror sgt bab tampo menampo ni. 

memandangkan aku dah masuk bulan ke 2 kat shah alam ni, mesti la ada jenjalan cuci mata kan. takkan nak dok kat asrama memanjang. boring le. so selama aku berada kat sini, aku dah pergi ke subang, plaza alam, dan mid valley. hehe..bangga giler dah jejak kaki kat mid valley. so kat bawah ni aku jamu cket ngan gambo2 kiteorg. sila jangan muntoh ye. :D









 ini kat subang. kat empire kot kalo tak silap aku.




ini kat mid valley. ni pegi masa cuti thaipusam. giler sesak!

ini gambo latest aku. layannnn..hakhakhak!

orait..ini je yang aku mampu hapdet. nak hapdet banyak2 tak larat la. tak tau bila lagi ada masa nak apdet ni. mekasih ye kat korang yang sudi lepak kat blog aku ni. mekasih banyak. sayang koranggggggg...

16 January 2011

minggu orientasi

wahahahahhahah!!! ok, intro yang hampeh. bukan apa..eksaited lebih sebab dapat aplod gambar. hehe. kat bawah ni aku letak gambo2 masa minggu MSK (minggu suai kenal) atau orientasi. aku tak amik banyak gambo sangat. malas le. huhu. jom layannnnnn~~~~~


aku ngan rumet aku. sabahan ne. hehehe.

 ni masa program untuk pelajar non muslim.

 gabriella with ervina

ni semua pelajar2 non muslim. batch kiteorg ada 11 org je untuk perempuan. lelaki ada 21 orang.


ni explorace yang diadakan oleh super senior kiteorg. amik gambar dengan skyhock.

petang2 gi mini gym yang direka khas oleh bebudak kimpalan.





habis dahhhhh. hehehe.... itu je. babai!

04 January 2011

Day 23- Something you crave for a lot

apa ek? eh!eh!! selamat pagi semua!!! hehe.. lupa pulak nak ucap selamat kat korang. kali ni aku sahut lagi cabaran 30 hari. cabaran kali ni ialah, apa yang aku mengidammmmmmm sangat :P aku taknak cakap pasal makanan or shin chan atau doraemon. aku nak cakap pasal NOkia C3.


ala... henpon murah je kan. murah pon kalau aku dah suka nak buat macam mana. hehe. nama pun murah tapi kenapa tak beli lagi? huhu.. ni yang payah ni. aku memang nak beli tapi 2 3 bulan aku banyak guna duit. nak sambung study kan. bayar itu bayar ini, beli itu beli ini lagi. tak tercapai dek akalmu. hehe.

so, dah berkira-kira, bila semua kewangan dan stabil, baru beli. orang lain berabih berebut beli blackberry semua, aku je nak C3 ni. yang penting.. PINK!! haha. walaupun aku sebenarnya kurang minat pink tapi hari tu aku dah pegang dah C3 kaler pink ni. cantik warna pink dia. ai like! adik aku pon minat dah C3 ni. sebab senang je nak guna. and lite je, tak berat. 

kamera just 2 MP je kalau tak silap aku. tak kisah. sebab aku bukannye suka  sgt bergambo ni. muka pun buruk! haha. yang lain semua ada kecuali 3G. takpe la. aku pon bukannye reti sangat 3G semua ni. tak penah pakai pon. 

oh!! teruja! teruja! teruja! bila boleh dapat niiiiii?????

gambo dari google


03 January 2011

selamat tahun baru 2011!!!

wahhh... tajuk macam ketinggalan je kan. hehe. orang dah lama update entry tahun baru, aku 3hb baru nak apdet. kuikuikui~ takpe. mood tahun baru masih ada lagi ni. cuma aku punya mood tahun ni lain sikit. macam2 perasaan ada. happy, gementar, sedih..macam2 la. orang lain dok sibok countdown tahun baru, aku pulak countdown nak pergi shah alam.huhu...



tak sangka kan, pejam celik dah masuk tahun 2011. tahun lepas, 2010..macam mana? tentu banyak kenangan pahit manis yang dah terjadi kan. aku pula..banyak lagi duduk kat rumah dari kerja. kerja pon 3 bulan je. ingatkan dapat sambung belajar julai yang lepas tapi apa boleh buat kan. masalah kesihatan aku ni membantutkan niat di hati. 

tapi nasib baik ada family, kawan2 dan mr. luff yang baik hati, tak habis2 meniup semangat aku untuk sambung blajar lagi. ini yang buat semangat aku berkobar-kobar ni walaupun berat hati nak meninggalkan bumi kenyalang ni. 

esok....lusa aku pergi. awal pagi. flight adalah pukul 6:15 pagi. harap2 tak delay. maklumlah.. guna flight air asia. air asia ni selalu delay. tapi dah tiket dia murah kan. nak pakai MAS, tak mampu. sebab my dad ikut sama, hantar aku sampai shah alam. 

kalau aku pergi sorang, maybe guna MAS kot. hehe. maklum la, aku ni anak manja. dah tu pertama kali pulak pergi ke tempat orang. maksud aku tanah semenanjung. kalau dulu pergi miri takpe la. masih dalam sarawak lagi.

sekurang-kurangnya kurang sikit perasaan takut aku bila my dad ada sama. aku ni memang penakut. wawawawa. kejap je takut, dah biasa nanti.. aku la yang paling kecoh. dulu kat miri pon macam tu jugak. seminggu aku home sick. malam2 call mak aku, nangis2. haha. harap2 kali ni aku cepat sesuaikan diri.


ok la, dah banyak pulak aku membebel kan.entah apa2 kan. korang macam mana sambutan tahun baru ni? mesti happening kan. aku dan family cuma makan beramai2 kat rumah je. nak keluar tengok bunga api hari hujan pulak. so my mom cuma buat laksa sarawak yang kaw2 punya. menangis aku makan. hahaha..





30 December 2010

semua orang buat, jadi aku pun nak buat la!!

hahaha! gempak tak tajuk? semua orang buat entry pasal bola malam semalam. lagi buat entry pasal goalkeeper malaysia yang tengah meletop kebabom sekarang ni. mana2 blog aku pergi sekurang-kurangnya ada satu dua entry yang dorang tepek pasal bola atau KFCM, goalkeeper malaysia. 

ini gambar dari google

yang paling hebat, gf KFCM juga terkena tempias keglamoran beliau. hebat! tadi aku juga sempat follow blog awek dia. cantekkk ooo awek dia. kecik molek je orang nya. macam aku juga. *muntooohhhh*. aku berjaya menjadi follower ke 2669 blog dia kalau tak silap aku. sekejapan aku view, baca2 entry sweet si elia ni, refresh jap..tengok follower dah hampir cecah 3K!! 29++ camtu la. aku macam wow!! cepat dan laku macam pisang goreng! 

 ini gambar curi dari blog elia..minta maaf ye curi :P

waktu aku tengah buat entry ni, aku sempat view blog dia lagi untuk dapatkan link. terkojut kingkong mak!!!! follower dah 3338!!!!!!!! omaigod!!!! aku terpana seketika. jari berenti menaip sekejap.............

.................. ok, teruskan menaip. memang hebat la penangan si KFCM aka apex ni. caya la bro! tapi bro.. wa tak minat u. sebab wa tak minat bola2 ni bro. bola2 api wa suka. ekekeke.. selamat elia..erkk?

terus terang la, aku memang tak minat bola sepak. mr. luff minat abis. sampai semalam dia boleh lupa dinner. bila aku msj tanya dah makan ke blum, boleh pulak dia jawab lupa sbb syok layan bola. mak aihhh.. kenyang bola dah ke? terus kena bebel sekejap. hehehe.. 

walau apa2 pon, tahniah untuk pasukan harimau malaya!!! akhirnya korang dah buktikan yang korang bukan 'sampah' seperti apa yang orang dah cakap selama ini. dan terima kasih jugak kat PM sebab bagi cuti esok. hehe.. gembira sakan korang ye dengar cuti nih. 

 ini gambar dari google

buat elia dan khairul fahmi, selamat pengantin baru..erk?? hahahaha.. belum lagi la. jangan nak buat kontrobesi yekkk. semoga jodoh kalian berpanjangan :)

p/s : selamat tahun baru semua!!! apa azam tahun baru ni?