LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

Showing posts with label 30 days of challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 days of challenge. Show all posts

04 January 2011

Day 23- Something you crave for a lot

apa ek? eh!eh!! selamat pagi semua!!! hehe.. lupa pulak nak ucap selamat kat korang. kali ni aku sahut lagi cabaran 30 hari. cabaran kali ni ialah, apa yang aku mengidammmmmmm sangat :P aku taknak cakap pasal makanan or shin chan atau doraemon. aku nak cakap pasal NOkia C3.


ala... henpon murah je kan. murah pon kalau aku dah suka nak buat macam mana. hehe. nama pun murah tapi kenapa tak beli lagi? huhu.. ni yang payah ni. aku memang nak beli tapi 2 3 bulan aku banyak guna duit. nak sambung study kan. bayar itu bayar ini, beli itu beli ini lagi. tak tercapai dek akalmu. hehe.

so, dah berkira-kira, bila semua kewangan dan stabil, baru beli. orang lain berabih berebut beli blackberry semua, aku je nak C3 ni. yang penting.. PINK!! haha. walaupun aku sebenarnya kurang minat pink tapi hari tu aku dah pegang dah C3 kaler pink ni. cantik warna pink dia. ai like! adik aku pon minat dah C3 ni. sebab senang je nak guna. and lite je, tak berat. 

kamera just 2 MP je kalau tak silap aku. tak kisah. sebab aku bukannye suka  sgt bergambo ni. muka pun buruk! haha. yang lain semua ada kecuali 3G. takpe la. aku pon bukannye reti sangat 3G semua ni. tak penah pakai pon. 

oh!! teruja! teruja! teruja! bila boleh dapat niiiiii?????

gambo dari google


30 December 2010

Day 22- What makes you different from everyone else

nampak je tajuk cabaran utk kali ni, aku garu kepala. kenapa? sebab aku tak pasti apa yang membuatkan aku lain dengan orang lain. hurm.. no idea. nak kata aku sorang je minat kaler papel, ramai gak yang minat papel ni. nak kata aku sorang je gila shin chan, ramai gak yang layan shin chan selain aku. so..apa? apa? apa? huh! blank sudahhh...

pic from encek google

owhh.. aku saiz XL dan tinggi 4'9 je. ooppsss.. ada jugak yang sama level ketinggian dan tumbesaran ngan aku kan. ermm.what else? aku lambat sambung blaja..aku rasa ada yang lagi lambat dari aku kan. adehh. aku layan kPop. LOL! sekarang memang musim kPop! 

garu kepala lagi... ermm.. perbezaan umo aku ngan mr. luff adalah 11 tahun. aku penah cakap ke dalam blog ni? hehe.. tak penah? penah kut.. ala... dato' siti ngan dato' k jarak umo 20 tahun tak bising ponnn... so, i'm totally don't have any difference with other people!!!! ke ada? kalau ada, apa dia?

22 December 2010

Day 21- A picture of something that makes you happy

kalau korang godek2 entry aku yang lama2, mungkin korang tahu, selain peminat tegar warna ungu, aku juga peminat tegar kartun crayon shin chan. walaupun aku jarang mention kat blog ni yang aku minat shin chan, tapi aku memang minat gila tahap dewa dewi kat shin chan nih. tiap minggu tengok. kalau miss, kompom meraung macam org gile. haha!

koleksi komik shin chan aku memang banyak. tapi segan nak tunjuk kat korang. hehe.. kalau aku sedih2 kan, or boring2.. aku baca komik shin chan! gelak sorang2 sampai my mom cakap aku gile. hehehe.. pendek kata kalau ada komik shin chan, hidup aku ceria! ahahaha! cam budak2 kan. 

cakap la apa korang nak cakap. umo dah nak masuk 23 tapi perangai cam budak2. mr. luff pon salu cakap macam tu. kalau dia sms aku pada malam hari sabtu, kompom dia tanya.. " tengah layan shin chan ke??" .. hehe. memang dia tahu kegemaran aku neh. tu yang sayang dia lebih tu.




pernah suatu ketika, aku lepak kat rumah sewa mr. luff. masa tu kan cuti sekolah. so ada la dorang tayang katon shin chan ni kat tv. masa aku tengah cari siaran yang best2 tu,, tetiba lak ternampak shin chan. aku apa lagi...lekat terus la kat shin chan tu. sampai mr. luff panggil ajak makan pon aku tak perasan. dia boleh geleng kepala je tengok aku. dia kata dia ingatkan aku gurau je bila cakap yang aku fanatik shin chan, tapi dah terbukti dah sekarang neh yang aku memang minat shin chan. nasib lahhhh ko dapat awek gile katon ni kan. hahaha..



21 December 2010

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

Saat kau tersenyum
Saat itu kau memberi
Saat ku rasa bahgia

Selama ku tersenyum
Selama itu ku memberi
Selama yang kamu di sini

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Sesaat aku tiada
Saat itu yang ku rasa
Saat hidupku terlena

Selama yang kau ada
Selama itu yang ku rasa
Selama hidupku bahagia

Namun ku bicara hanya pada
Bulan dan suria tak ku punya cara
Untuk menyatakan cinta

Dan kamu hanyalah satu
Ku mahu ada kamu saja
Bisaku menunggumu
Selamanya aku milik mu
Takkan pernah lelahku menunggu
Hingga aku punya kamu

Selama yang pernah
Ku merasa belum ada rasa yang ku rasa ini
Fahamilah cinta ku lebih dari cinta
Tiada mungkin akukan teruja
Andai bukan kamu yang dihadapanku
Bisaku buktikan pada kamu

Yang kamu hanyalah satu
Dan tak pernah lelah ku menunggumu
Hingga aku punya kamu
Selamanya
Aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga punya kamu




Lirik Lagu : Aku Punya Kamu
Artis : Faizal Tahir

19 December 2010

Day 19- Nicknames you have; why do you have them


aku ada banyak nickname. tak la banyak juta2 lemon kan tapi adalah 2 3 ketul nama panggilan aku. korang mesti dah tahu nama sebenar aku dalam surat beranak dan ic kan? so takyah la aku bgtau lagi. dari kecil mom and dad aku panggil aku B. aku penah tanya my mom, why B? dia kata kependekan dari BABY. so jadi la B. ada certain orang nama panggilan BB, tapi aku B je. so kalau panggil BB, aku memang takkan perasan. cehhhh..

masuk sekolah rendah, kawan2 panggil jennifer je. cam rimas kan? panjang semacam. tapi takpe. masa tu budak2 lagi what.. then masuk sekolah menengah. kengkawan dah mula panggil jen. more matured and easy to say right? simple je. jen.. ada gak sorang dua kawan panggil nama belakang aku, chuler. just for fun. tapi nama tu tak melekat pulak.

then tahun 2002, aku pindah sekolah. masa tu tingkatan 2 lagi. masuk kelas baru, kawan2 baru.. tiba la masa untuk memperkenalkan diri. bila aku bagitau je nama penuh aku, terus nama jLO terkeluar dari mulut kengkawan baru aku. terus melekat sampai abis sekolah. even di kalangan cikgu2 pon ada yang panggil aku jLO. tapi ada seorang cikgu ni dia suka panggil second name aku, chuler. beliau ni cikgu subjek sejarah aku. dia je rajin panggil aku chuler. kalo jumpa kat tengah2 pasar pon dia jerit chuler. tapi sebutan beliau bukan chuler tau, tapi CHULA!! sebab dia bangsa iban so slang tu agak pekat sikit. LOL!

2006 aku kerja kat sri aman computer center. sebab kerja jadi pengajar yang tak bertauliah so dapat online setiap masa. masa tu masih zaman mirc dan friendster lagi. hehe.. so aku ni memang kaki chatting! dulu la. masa tu masih kena kejutan IT kan.. so chatting la kau sampai lebam. kalau chatting kat room tu aku selalu guna nickname mipo_gurl or baby_mipo. asalkan ada mipo tu, memang aku la. mipo tu aku dapat dari anime pretty cure. mipo tu cute sangat sebab tu aku guna nama mipo. so ada la kengkawan chatting aku panggil aku mipo kalo dorang call or sms aku. kengkawan sekerja aku pon ada gak pggil aku mipo.kehkehkeh~~ tapi nama jLO itu lekat.


2008 aku masuk ILP miri. ingatkan aku boleh lari dari nama jLo itu tapi tidak. nak dijadikan cerita junior aku masa kat sekolah menengah dulu jadi senior aku pulak masa kat ilp. so masa sesi suai kenal ngan senior2 kat depan bengkel, aku bgtau la nama aku kan. belum apa2 lagi tiba2 aku terdengar orang jerit 'jLO!!' dari belakang. adehhhsssss... sejak dari itu nama jL0 terus melekat ngan aku. dari kengkawan sampai la ke pegawai2 aku. semua tahu jLo je. cuba kalau tanya jennifer, kompom dorang tak kenal. even kalo buat pengumuman cari aku pon dorang sebut jLo, bukan jennifer. nasib baik masa exam aku tak pakai nama jLo. hehe.. 

so now aku kalau boleh taknak la dikenali dengan nama jLo tu. tak nak menumpang populariti jennifer lopez kan. haha!! aku nak dikenali dengan nama jayne pun dah cukup. takyah la nak glemer2 sangat.

18 December 2010

Day 18- Plans/dreams/goals you have

selamat hari sabtu semua!!!! ini adalah scheduled post! masa korang baca ni, aku tengah seronok dua ronok beronok2 kat saloon. hehehe.. buat apa??? buat rambutlah!! nak buat apa lagi kat saloon? ke prektis bola sepak? LOL! ni nak share ngan korang rancangan malaysia ke 11 yang aku dah buat untuk masa depan dan hidup aku. plan yang biasa je orang lain buat juga. cuma apa yang kita impikan tu je yang tak sama kot. ko nak kereta, aku maybe nak private jet! hehe..

untuk jangka masa panjang, aku nak :-

. sambung belajar lagi lepas amik diploma ni.
. kalau tak dapat sambung blaja, ada rezeki kerja terus!
. kalau masa kerja dapat kumpul duit banyak, aku nak kerja sambil belajar. Ilmu itu penting!!
. kalau duit masih banyak juga, nak suruh mr. luff cepat2 ajak I kawen. haha! gatal!
. simpan duit untuk hari tua!


untuk jangka masa pendek pulak, aku nak :-

. fokus belajar, habiskan diploma dengan bangga! walaupun diploma je!
. nak lose weight!! aku dah penat jadi badak!!!
. kalau dah sihat tubuh badan, tak la aku kena amik ubat diabetic lagi!!

haaaaa... itu je. banyak gak kan? takpe.. usaha kena lebih! ganbate!!!

17 December 2010

Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why

aku kannnnnn... kalau boleh nak sangat gantikan tempat duduk oprah winfrey untuk sehari dua. hehehe.. impian yang takkan mungkin tercapai! LOL!  aku admire beliau ni gila2 tau!! talk show yang hebat, rumah besar2 belaka, duit banyak!!! top host!!! fuhhhhhh... tapi yang i admire the most about her is her sincere heart. pemurah dan sensitif sangat. suka buat kerja amal. sama macam aku, tak boleh tengok orang dalam kesusahan. LOL! aku kalau kaya macam beliau memang aku akan buat kerja amal, tolong orang yang tak berkemampuan.. tapi.... kalaulahhh... ermmm..


gambar ehsan pakcik google

paling suka tengok bila beliau tak lokek beri hadiah2 untuk penonton2 dalam talk show nya. pernah sekali aku tengok show di mana beliau bagi kereta untuk para audience!! kereta tu beb!!! mahu tak gila ko!! kalau aku mungkin dah pengsan kot dalam studio tengok dapat kereta free. ada sekali juga oprah pernah bawa penonton2 pergi melancong! siap john travolta yang jadi pilot!! argghhh!!! gila!! gila!! gila!!!! hahahahaha!!! kalau banyak duit macam tu, apa pon kita boleh buat kan? kan? kan?? 

16 December 2010

Day 16- Another picture of yourself


wahahahahah!!! awal pagi dah tunjuk muka hantu. seram tak? seram tak? cepat kata seram! hahahaha!!! gambar ni aku edit guna CS3. sejak dah ada CS3 ni makin rajin aku edit sana edit sini. rajin search tutorial edit gambar. tambah2 lagi lappy dah laju makin seronok beronok ronok la aku.  tengok tu, watermark pun dah tukar baru. hehe.. itu aje entry untuk hari ini. entry pendek je. babai :P

05 December 2010

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play

oleh sebab aku takde iPod, so aku shuffle je sendiri. hahahaha! bagus sangat la tu nak shuffle. badan besau gajah ade hati nak shuffle kununnn... ceitttt.. hehe. takde iPod kan?.. so aku guna mp3 sony walkman aku ye. jap2..shuffle2 jak. kuikuikui..





akan ku tunggu - candy
kau tahu - miz nina
buat aku tersenyum - SO7
gemuruh - faizal tahir
mare - BEP
bukan superstar - project pop
trouble is a friend - lenka
away with you - miz nina
breath - miss A
second hand - nono


nahhh.. itu la 10 lagu yang telah dishufflekan.aha aha aha... sorry yek. aku memang ketinggalan sikit kalau bab lagu2 ni. memang out dated!

02 December 2010

Day 14- A picture of you and your family



gambar ni diambil pada tahun 2009 kalau  aku tak salah. time ni birthday adik aku. kiteorang beli kek je sebab dia nak pegi tuisyen. maklumlah, tahun SPM dia time tu. so kami juz sambut gitu2 je, beli kek je. tak meriah pon. hehe.. tengok la aku yang bulat tu. tengok lagi mimik muka bapak aku tu. adehhhh...tak tahan. hahahaha!

01 December 2010

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

kepada kau!

ye..kau la. sapa lagi. orang yang dah banyak sakitkan hati aku. walaupun kau kira rapat ngan aku tapi perangai kau yang suka bergantung kat orang lain terutama kat keluarga aku tu memang sakitkan hati aku! sesuke hati kau je nak susahkan family aku! ko ingat fmly aku ni hamba ko???? 

kira baik tau aku tolong ko apply sambung blaja lagi. tapi ko tu memilih sangat!! nak kata pandai tu tak la jugak! kalau takat STPM ko yang tak cukup makan tu, tak payah nak berlagak sangat!!!! aku yang fail SPM ni pun sedar diri tau tak! ko yang beriya-iya suruh aku apply ILP untuk ko. nak politeknik jugakkkkk... keputusan tak cukup makan macam ko tu takyah nak memilih sangat!!! 

dulu elok2 dah politeknik tawarkan smbung blaja lagi kat ko.. tapi yang ko rejek tu buat apa????? kan dah menyesal sekarang! konon kursus yang ditawarkan tak bagus, sijil tak laku nanti susah nak cari kerja. ko sambung tingkatan 6. konon senang nak cari kerja. ye la.... memang la senang nak cari kerja tapi kalau result dah teruk macam tu, sapa yang amik ko kerjaaaaaaa..... lain kali kalau tak tahu, tanya orang lain dulu. tanya pendapat orang yang dah ada pengalaman. ini tak.. ikot suka hati bapak ko je kannnnn. 

berapa kali aku nak terangkan kat ko and bapakkkk ko tu. tapi ko bukan nak dengar cakap aku. ye la.. aku ni kan fail SPM! tapi yang ko terhegeh-hegeh nak mintak tolong kat aku juga tu kenapa??? orang dah tolong tu bukan nak ucap mekasih ponnnn.. harammmmmmmm.. dengar aku nak amik diploma, ko pun nak terus amik diploma. adehhhhh!! bukan aku dah terangkan ke???? nak belajar macam aku ni kene bermula dari bawah!! amik sijil dulu! tapi ko tak pahammmmm!!! bapak ko paksa2 lak suruh mintak sama tempat blajar ngan aku! eeeeeiiiiiii!!!! susah nak cakap ngan orang yang berpendidikan tinggi ni!!!

kenapa ko tak pergi amik PhD sekali?????!!!! nak sangat kannnn????!!! aku dah malas nak terangkan kat ko and bapak ko tu!! ini pun kira baik tau ko dapat masuk ilp tahun depan! nak terus masuk adtec ke?? bolehhhhh... boleh blahh!!! pasni ko takyah nak mintak2 tolong aku lagi! USAHA sendiri!!! aku dulu pun takde mintak tolong ngan ko or sapa2! aku buat sendiri semua! mak bapak aku tolong bayar yuran je untuk aku. lepas ni takyah la ko nak tunjuk muka kat aku ye! takut nanti aku hilang sabar tak pasal2 aku masuk penjara sebab belasah ko! 


yang benar,
aku yang marah!!


nota kasut : maaf ye semua. ini entry marah. hehe..

30 November 2010

Day 12- How you found out about BLOGSPOT and why you made one

aku teruskan dengan cabaran 30 hari. cabaran untuk kali ini adalah bagaimana aku mengetahui tentang blogspot dan kenapa aku berblog. aku mula berblogging dari disember 2009. sebenarnya aku dah pernah buat beberapa blog sebelum blog LIFE as a T.E.E.N. ni wujud. tapi masa tu aku belum jumpa lagi keseronokan berblogging ni. so lepas beberapa ketika aku naik bosan dan aku buang blog tu. 

dari mana aku tahu tentang blogspot ni? aku pun kurang pasti. biasa lah, aku kalau nak cari sesuatu maklumat, web pertama yang aku buka adalah GOOGLE. so kebanyakan maklumat aku dapat dari blogger. dari situ aku tahu kewujudan blogspot ni.

aku berblog ni adalah untuk suka-suka. saja untuk mengisi masa lapang dan tempat untuk meluahkan perasan. ye la, masa mula2 aku blogging ni dulu, bajet takde sapa yang sudi baca blog aku ni kan. so aku bantai je buat entry pasal kehidupan seharian aku. pasal keluarga aku, mr. luff aku, kengkawan aku dan macam-macam lagi la tentang aku. pendek kata semua pasal aku. dulu aku tengok blog2 lain pasang s/box semua kan..aku mcm.. apa la guna s/box ni. sapa la nak chat dalam s/box aku ni. so aku tak letak. masa tu aku tak reti pon pasal BW, SEO dan macam2 lagi la. tp tak lama lepas tu aku letak jugak. heheh.

entah macam mana satu hari tiba2 sorang kakak ni jerit kat s/box aku ucap terima kasih pasal info tentang watermark yang aku beli dari incredible design. so aku jenguk blog kakak ni dan tengok follower dia hampir cecah 1K!! masa tu dia baru je 2 bulan blogging. aku macam OMG!!!!! tiba2 je dapat inspirasi dari kakak ni untuk terus gigih berblogging. dari kakak ni jugak la aku dapat tahu erti BW dan apa yang perlu aku buat semasa BW. kalau dulu aku BW aku senyap je. komen kat entry org pun tak, jerit kat s/box pun tak. 

so aku masih berblogging sampai sekarang. sekarang aku dh ada kawan blogger 2 3 ketul. hehe.. apa yang penting... KERJASAMA!!! ehhhh... tak pandai ending. babai!

nota kasut : wahhhh... hari ni 3 entry aku publish. tengok la kalau tak ada idea nanti, langsung tak ada entry baru. hambekkkkkkk....

26 November 2010

Day 11- Another picture of you and your friends

 kembali ke cabaran 30 hari! kali ni aku kene tepek gambar aku ngan kawan2 aku. selalu aku bercerita tentang kawan2 zama INTRIM aku kan. so kali ni aku nak tunjuk pulak kawan2 aku masa aku pratikal di MLNG bintulu.

tadaaaa!! ni la kawan2 seperjuangan dan senior2 yang banyak membantu aku semasa aku menjalani latihan dalam industri di MLNG bintulu. aku diletakkan di jabatan iPerintis. gambar kat atas ni diambil masa kami 'escape' untuk breakfast. masa ni dah gaji so semua bajet nak paw aku kat kantin. konon farewell la.


nak aku kenalkan sorang2 ke? ye la.. mula dari amoi baju putih tu ye. nama dia wendy. dia pon student pratikal macam aku gak time tu. tapi dia sebulan dulu dari aku. dia student UTP. amik jurusan teknologi maklumat dan telekomunikasi. then yang baju papel tu aku lah. muka bulat tu, sapa tak kenal. hehe.. then gadis comel kat sebelah aku tu ialah vanessa. dia pun budak pratikal gak. dia sama start pratikal sama ngan wendy. dia student UMP. then sebelah vanessa ialah azrul. dia pekerja kontrak kat jabatan kami. sebelah azrul ialah martin. dia ni kira otai la kat department kami. sangat baik ngan kami. rajin ajar itu ini.

then kat depan martin ialah azizi. pernah gak tolong dia buat kerja. dia ajar kami macam mana nak format pc banyak2 sekaligus dengan cepat. then sebelah azizi ialah johnny. ada sorang lagi member kamceng dia tp aku dh lupa nama. hehehe.. takde dlm gambar. dia n johny ni incharge telefon. kalau telefon problem memang cari dorang. then sebelah johny ialah.......tetttttttt.... aku lupa nama.hahahah! maafkan hamba ye. macam mana boleh lupak pulak ni. dah la beliau yang tolong cover belanja dorang makan masa ni. selamat duit aku. hikhikhik.. oohh.. dia ni dulu kerja kat department kami. sebulan macam tu..then pindah pegi ABF bintulu. then duduk sebelah dia tu ialah sudin. sudin ni memang sporting. pendek kata dorang semua ni memang sporting abis! 

lupa pulak nak kenalkan sapa yang amik gambar ni. yang amik gambar ni ialah KC. ada gambar dia kat gambar yang lagi satu kat atas tu. yang botak2 tu dia la. KC ni pun sporting gak. dia rajin angkut kami budak2 pratikal ni ke hulur ke hilir kalau ada kerja. rajin dia ajar kami. memang best la kerja ngan diaorang. aku ingat lagi last day aku pratikal. mula2 taknak nangis. tapi tak dapat nak tahan air mata ni dari keluar. adehhh.. dh la aku ni memang cengeng. ini la pengalaman yang paling manis dan gempak dalam hidup aku. aku ingat nak pratikal sini lagi nanti. kehkehkeh.... rindu ngan dorang. ada masa nanti aku ceritakan pengalaman2 aku semasa pratikal kat sini.


10 November 2010

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

masih dlm mode cabaran 30 hari. cabaran kali ini ialah tentang lagu yang aku dengar di kala mood happy, sad, bored, hyped & mad!! untuk pengetahuan korang aku ni ketinggalan sikit kalau bab2 latest songs ni. org lain dah 2 3 bulan layan lagu baru, aku baru nak layan hari ni. macam tu la.huhuu.. so kat bawah ni aku senaraikan lagu2 yang berkenaan :-

1. Lagu dikala hati gumbira :
  • aku layan apa2 je lagu. lagu korea, lagu hindi, lagu metal pun layan gak. yang pasti lagu yang boleh bikin goyang kepala atau boleh buat aku nyanyi sama. so far lagu2 yang aku layan sekarang kalau lagu korea aku layan lagu Miss A, f(x), shinee, super junior, narsha dan yang sewaktu dengannya. lagu omputih lak mcm lagu rihana, lady gaga, evanescence, green day, muse, kelly clarkson, skye sweetnam. kadang2 aku layan gak lagu2 otai macam suede, SOAD, offspring, eagles,  red hot chilli peppers..heeee... kalau local pulak macam azlan & the typwriter, faizal tahir, alya, black, adibah nor..dan yg sewaktu dengannya jugak.. mak aihh..jauh pulak melalut ye. hehehe..
2. Lagu dikala hati sedih :
  • kalau hati sedang sedih atau gusar haruslah dengar lagu jiwang2 jugak kan. aku suka layan lagu ari lasso yang bertajuk hampa kalau tengah bajet sedih.hehe.. or lagu2 sheila on 7. aku dari dulu smpai sekarang memang minat S07 ni. atau lagu hurt nyanyian christina aguilera..tangkap leleh wa cakap luuu... hehehe..
3. Lagu dikala bosan melanda :
  • haaa..kalau bosan2 aku akan dengar lagu2 yang boleh bikin hati gembira tu haa.. hehe. dapat nyanyi sama2 or angguk2 pale ke. yeah2!!
4. Lagu dikala naik kepala :
  • kalau yang ni suka dengar lagu2 metal or keras2 sikit. buat angguk2 kepala lagi or lompat2. lagu techno ke org dangdut..perghhhhh.. layan dangdut siott.hahahaha.. goyang inul ke.ehehhehehe.
5. Lagu dikala marah :
  • yang ni aku tak tau. tak pernah lagi aku marah terus buka lagu. selalu kalau aku marah, aku diam je or tido.lalalalala... 

itu saja lahh.. sekian.

09 November 2010

Day 09- Something you’re proud of in the past few days

yay!! kembali ke cabaran 30 hari!! ehem..sebenarnya dah tak ada idea nak buat entry apa. hehe.. so cabaran untuk hari ni ialah perkara yang membanggakan diriku beberapa hari yang lepas. erkkk..betul ke translation? lantak laaa.. janji korang paham.hehehe..

so.. apa perkara yg telah buat aku bangga pada beberapa hari yang lepas? erm.. kalau tengok entry aku sebelum ni, aku ada mention pasal birthday aku yang ke 22 kan? heheh.. selama 22 tahun hidup menghirup oksigen kat bumi ni.. banyak yang aku dah pelajari. dari mula2 aku dilahirkan di bumi kenyalang ini, masuk sekolah tadika, sekolah rendah, bertukar sekolah menengah 2 kali, melanjutkan pelajaran..walaupun hanya di peringkat sijil. dan sekarang masih menyusun langkah untuk menimba ilmu di tanah semenanjung tahun depan. aku rasa itu satu pencapaian yang paling bagus dalam hidup aku.

ye lahh.. selepas dapat result yang 'menggempakkan' dalam SPM pada tahun 2006, aku macam down sekejap sebelum bangun semula. apa tidaknya.. kawan2 lain yang dapat result membanggakan dapat melanjutkan pelajaran di IPTA & IPTS. aku pulak tertinggal di belakang. nak apply tingkatan 6 pun tak dapat dengan result aku tu. sadis kannn? dalam menanti result SPM keluar time tu, aku isi masa lapang dengan mengambil kursus asas komputer dan akaun. 

lepas result SPM keluar, aku duduk rumah je. masa tu erti INTERNET pun aku tak tahu. dulu mana ada isi borang online2 semua. tak macam sekarang. dulu apply isi borang je then g pos. dlm masa 2 bln aku sering berulang alik dari rumah ke pejabat pos je. hantar borang itu, borang ini... penat, abis duit minyak, duit setem.. 

tak lama lepas tu aku kerja kat stesen minyak, jadi pam atendan. tak lama aku kerja kat situ.. ada la dalam 2 mggu. itu pun sebab orang dalam ada isu. so aku resign! hahaha.. dalam bulan julai or ogos 2006 macam tu, aku pn dah lupa bila..aku dapat tawaran kerja kat satu kompeni kecil kat pekan aku. aku ditawarkan jadi pengajar untuk kursus asas komputer. lebih senang nak bagi korang paham ajar bebudak microsoft office. aku ada basic untuk m. word, excel & powerpoint je. so yang lelain as access and kursus budak2 kecil aku terpaksa belajar sendiri la berpandukan buku yang diorang bagi. gaji ok lahhh..cukup makan. 

masa aku kerja kat situ, ada seorang pelajar pratikal dari Uitm..lelaki.boleh dikatakan rapat juga la dgn aku. dari dia aku mula ada minat nak belajar dengan lebih dalam lg pasal komputer ni. nak dijadikan cerita pada masa tu ILP Miri baru saja dibuka. intake julai 2007.. so aku apply dapat intake januari 2008. aku berenti kerja bulan disember dan mula mengatur langkah ke MIRI dengan harapan nak jadi seorang technician komputer. 

dan sekarang hampir setahun aku duduk kat rumah je. kalau diikutkan aku dikehendaki melapor diri ke shah alam untuk intake julai 2010 ni.. tetapi keadaan kesihatan aku tak mengizinkan so aku minta tangguh satu semester. jadi aku akan melapor diri pada tahun depan iaitu untuk intake januari 2011. semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. 

walaupun aku telah tertinggal jauh sedikit dari pencapaian kawan2 ku yang lain, aku bangga sebab aku bisa mencapai impian untuk menjadi seorang juruteknik komputer. walaupun sesetengah orang kata bidang IT ni semudah ABC.. semua orang boleh buat.. huh! tengok la nanti. akan ku buktikan bahawa bidang IT ni luas dan tidak semudah yang korang ingat! aku bangga jadi budak IT!!!

entry panjang melalut takde gambar.. sila bosan! hahaha!!

01 October 2010

Day 08- Short term goals for this month and why

ini entry basi. lama dah simpan dalam draft.haha.. so mode entry kali ni adalah 30 days of challenge. topik hari ni ialah 'short term goals for this month and why'.

short term aku bulan ni adalah nak bayar abis hutang avon aku.hahahaha... so dah SETEL. aku hepi. sebab takde hutang2 lagi. sekian terima kasih.

entry sengal kan? sila lempang banyak2.

blogger-emoticon.blogspot.com

29 September 2010

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

balik kepada cabaran 30 hari.hehe.. so cabaran untuk hari ini ialah gambar sesuatu / seseorang yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup aku. dia cakap gambar je so tak perlu la aku tulis panjang2 ni. kang korang boring lak baca. aku yang menaip pun boring.haha..

so aku letak gambar mr. luff aku. jangan tanya kenapa aku tak letak gmbar family or gambar lain. sebab bagi aku, selain keluarga aku, mr. luff lah yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup aku. nak tahu lebih details sila baca entry aku yg lepas.


:42:
sebenarnya 3 minggu yang lepas iaitu hari selasa yang bertarikh 07 september telah genaplah 2 tahun hubungan aku dan mr. luff. tapi takde celebrate2 la. baru 2 tahun nak kecoh kann.. kalau nak dibandingkan dengan yang dah bercintan 4 5 tahun tu. aku cuma berharap yang hubungan kami berdua akan kekal selama2 nya. ni kira pecah rekod aku sendiri ni. aku tak pernah lg kapel ngn sapa2 lebih dari 1 tahun tau. dulu ada 1 tahun lebih tapi dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

ok lah.. tu je kot.hahaha.. korang lak apa yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup korang?


bulan depan tarikh yang sama 07 oktober birthday mr. luff... nak bagi hadiah apa??? ada idea tak?

26 September 2010

Day 06- Favorite super hero and why

cabaran untuk hari ini.. favorite super hero. aku ada favorite super hero ke? setahu aku, aku minat shin chan je. haha.. jap ekkk... fikir...fikir...fikir... fikir.... fikir....

:4:

haaaaa!~!!! ada kot.haha.. apa dia?? jeng! jeng! jeng!



the incredibles!!!! hehehe.. kenapa aku minat? kalau korang nak tahu, the incredibles adalah satu satunya movie super hero yang aku layan sampai habis. cuba kalau korang tayang movie spiderman atau batman ke depan aku, kompom aku tak layan punya.. tak tahu la kenapa. maybe sebab aku lebih suka super hero yang lite2 gitu.

tambah2 lagi cerita ni sesuai untuk tontonan satu keluarga. nama pun citer katon kan. kalau spiderman or batman or ape lagi? superman.. haa.. paling2 pon ada babak ciom2 kan. walaupun lite tapi aku memang tak selesa menonton dengan budak2 kalau ada babak macam tu. tapi budak2 zaman sekarang memang dah terlebih advanced dah sekarang.

so ini adalah kesukaan aku. pendapat korang mungkin berbeza tapi apa boleh buat, minat lain2 kan. jadi mereka adalah super hero kegemaran aku.



korang lak suka super hero yang mana satu? share2 la minat korang...

:22:

24 September 2010

Day 04- A habit that you wish you didn’t have

cabaran untuk hari ke-4 adalah tabiat aku yang aku harap aku tak ada.adeehhhh... ni yang lemah ni. tapi apakan daya. ku gigihkan juga diri ini.hehehehe.. 


 pic dari google

 tabiat yang aku nak sangat kikis dari diri aku ni ialah tabiat aku yang BOROS!!!.ye kawan2, BOROS ye.. jangan baca lain pulak.hehe.. aku seorang yang boleh dikatakan boros bila berbelanja. tak boleh nampak duit lebih sikit dalam purse tu. mula la gatal tangan aku nak jual duit tu. aku paling suka shopping. tapi aku tak la memilih brand. asal hati aku puas itu dah mencukupi.


  pic dari google

  pic dari google
 
paling tak boleh tahan aku kalau nampak GUARDIAN atau WATSON. mesti nak masuk.. tak kira kalau ada duit ke tak. janji masuk. tapi kalau ada duit tu haruslah angkut 2 3 barang dari sana. konon la 2 3 barang. tapi harga...huh! tak tahu nak cakap apa. sebab tu la aku cakap aku tak kisah brand apa, harga berapa, janji puas hati dah cukup.


 pic dari google

aku kalau shopping baju2 ni aku kureng sikit. mungkin sebab susah nak cari saiz kot T______________T... jadi aku lebih suka shopping barang mekap je. ehehehe..dan lagi satu aku paling suka beli majalah or komik. duit aku memang akan habis kat majalah atau komik. ni la yang salu buat mak aku membebel je bila aku beli majalah. tapi lepas tu dia tumpang baca lak. heeee..


pic dari google

ada lagi?? adaaaaa.. aku paling suka online shopping!!!! itulah syurga ku. hehehe.. ye la kat tempat aku ni tak semua benda ada. kalau ada pun susah nak cari.. so kalau aku malas nak kuar cari, aku cari je kat tenet ni. mudah kan.. tapi habis gak duit sebab konon cari satu benda je, bila browse katalog semua, rambang mata..beli habis.. ambik ko.! alahai.. tu yang mr. luff salu bebel kat aku ni. huhu.. nak buat mcm mana? korg ada cara tak nak buang habit ni?


aku salu baca or tengok org bagi ceramah semua tentang cara simpan duit ni. tapi aku tak dapat nak pratikkan. susah laaa... adoiiiii... tulun la yeeeee..... T_______________T"

23 September 2010

Day 03- A picture of you and your friends

masih lagi mood cabaran 30 hari. hehehe.. gigih kan aku? cakap gigih cepat! hahahaha.. so cabaran hari ni ialah gambar aku dan kwn2. dia cakap a picture kan maksudnya 1 gambar je. tp aku tepek banyak2 boleh? hahaha..


ini gambar aku masa blajar kat ILP miri. kalo tak silap aku semester 1 lg time ni. diambil pada malam kebudayaan kalo tak silap.

ini lak gambar masa party birthday kat pantai esplenet di miri. birthday sapa? birthday kwn2 yg lahir pd bulan oktober.masa ni kiteorg baru dh perang kek. tu yg semua turun pantai tu g cuci muka semua.

aku paling suka gambar ni.hehe.. tak tau kenapa. thnks to azfar sebab sudi jadi photographer pd hari tersebut. azfar ni memang pandai ambik gambar. 

ni lak gambar masa kiteorg jadi fasilitator untuk orientasi pelajar2 baru sesi 1/2009. masa ni aku jadi MPP so haruslah ikut serta dlm orientasi ni. 

haaaa.. sekali aku letak 4 gambar. bila tengok gambar ni semua tiba2 aku rindu lak ngan kawan2 seperjuangan aku kat ILP dulu. rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

korang lak? mana gambar korang ngan kawan2 korang? share la..