LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

22 November 2010

musim award & tag mengetag tiba lagi!!

aku ditag lagi! rasa hebat!!! hebat ke? hahahah! aku telah ditag oleh cik puan kie-yu dalam tag sangkut beliau. lama dah dia tag aku tapi aku baru buat. saja aku simpan untuk keadaan terdesak macam ni. terdesak ke? terdesak la bila takde idea nak buat entry apa. so apa tunggu lagi? jom layannnnnnnnnn....

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
- keluarga, 'org tua' & kawan2

2. Benda yang terakhir korang beli guna duit sendiri?
- kelip rambut warna purple. itu penting!

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang & tema perkahwinan korang?
- kat gereja kot. hehehe.. pastu nak buat tema tradisional..

4. Adakah korang tengah bercinta sekarang?
- yup!! 100% deeply madly in love! hehe.
5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
- forever! 
6. Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
- mastika

7. Dimana korang selalu jumpa dengan kekasih korang?
- mana2 je. lalalalalalala

8. Apa name penuh korang?  
- berghh.. aku dah byk kali mention nama sendiri. nak sebut lagi pun malu dah ni. hahaha

9. Antara mak dan ayah mana yang korang lebih mesra?  
- dua2 arrr...

10. Namakan yang betul2 korang jumpe dalam hidup korang?  
- apakah??

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri ?
- ye.. guna mesin basuh. haha.

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?  
- nak pegi korea buleh?

13. Pilih satu, peluk atau cium?  
- nak dua2. tak kira nak jugak!!

14. Beritahu 3 bende tentang orang yang tag korang?  
- pemilik rumah 4 tingkat. 
- blogger tegar
- blog dia sgt best!!!! tak caye g la tengok.

15. 5 bende yang korang sayang sangat dalam hidup korang.  
- hp
- lappy
- bantal busyuk
- barangan mekap ku
- mr luff ( ini benda ke??)

16. 5 lagu yang korang suka dengar  
- love the way u lie
- lucifer
- kelibat si penyair
- kekanda adinda
- meet me halfway

17. Bila tarikh lahir korang dan dekat mana korang sambut tahun lepas?  
- awal bulan ni.. 6 november. kite pegi my chicken restaurant makan ayam. ngehehehe.

18. 5 orang blogger yang kamu nak tag  
- kamu
- kamu
- kamu
- kamu
- dan kamu

hehehehehe....


 ekceli aku dh penah buat tag ni. hehe. layan je la...

18 November 2010

AKHIRNYA!!!!!

yay!!! akhirnya lappy aku dah kembali sembuh!!! yihaa!! lepas ni boleh la on9 sampai lebam! naik pening otak aku ni bila si lappy bikin masalah. dah format balik. tak nak install bende macam2, tak nak kasi berat lappy. install yang perlu je. so far semua dah install kecuali adobe photoshop. sebab aku tak jumpa software tu. adehhh.. ni satu masalah. banyak2 software, photoshop ni la nyawa aku. yang lain dah setel. tinggal yang ni je.

macam mana la aku boleh lupa nak copy software tu dalam pendrive bervirus aku tu. dasar makan semut banyak..ni la jadi nya. memula nak format lappy ni memang pening otak sebab ada sesetengah driver aku tak compatible (compatible ke? sila betulkan kalau salah ye :D ) dengan OS yang aku install. aku ingat driver aku dah out dated. hehe.. cek sana cek sini rupa2 nya version OS aku tu yang dah out dated. nasib baik ada spare OS lain. 

pastu terus upgraded g windows 7. dan tadaaaaaa!!!! kat bawah ni la hasil nya. aku cukup puas hati!!!




masih suci lagi murni ni. belum simpan apa2 lagi. cuma install software sikit2 je macam youtube downloader, FLV player.. gambar dokumen semua belum pindah masuk lagi. biar je dulu. so gambar takde watermark. huhu.. 

ok la. ni apdet ni je sebenarnya. tengah hari nanti nak balas kunjungan rakan-rakan yang dah berkunjung  ke blog selekeh ni. hehe.. babai!!!

15 November 2010

SANGAT BERDUKACITA

PERTAMA SEKALI AKU NAK MEMOHON MAAF KEPADA PARA PEMBACA BLOG SELEKEH AKU NI.

SEBAB AKU TAK DAPAT NAK UPDATE BLOG AKU 2 3 HARI NI. KALAU ADA UPDATE TU PUN SCHEDULED POST JE. HUHU..

LAPPY AKU TELAH MENGALAMI KEROSAKAN YANG AGAK KRONIK SO SEKARANG AKU TENGAH BERUSAHA NAK REPAIR APA YANG PATUT.

NIAT NAK RE-FORMAT JE LAPPY TAPI KENE BACK UP BEBERAPA FAIL PENTING. HUHU..

SEKARANG ONLINE PINJAM LAPPY DADDY AI JE. ADEHHH..

AKU TAU PASNI GERENTI TRAFIK AKU DOWN TERUS WLPN TRAFIK AKU MEMANG CIPUT JE PON SEBELUM NI. HUHU.. SABO JE LAAA..

ITU SAJA. BABAI SEMUA..

13 November 2010

KENAPA PERLU TIPU??

beberapa hari yang lepas aku terbaca la kat blog tubelawak milik crayon kisah seorang gadis berdarah kacukan bernama fida aishah ni. aku pun ada la jenguk2 sekejap blog milik fida ni. sekarang kalau korang try usha blog fida ni maybe tak dapat kot sebab dia dah privatekan blog dia tu. aku ni kalau baca yang puitis2 or jiwang2 atau bahasa berbunga ni memang kurang sikit la nak layan. 

tapi itu bukan objektif utama untuk entry kali ni. bukan apa, bila aku dapat tahu kisah fida ni teringat pulak kat seorang 'kawan' lama. baru2 ni 'kawan' aku ni dah cetuskan kontrovesi antara kami sekawan di facebook bila dia menghina seorang lagi kawan kami yang kurang upaya atau bahasa kasar nya cacat. sebenarnya aku memang lama dah tak sebulu dengan 'kawan' aku ni selepas berlaku beberapa kejadian semasa menimba ilmu di tanah Miri.

salah satu perangai yang kami sekelas tak suka dengan 'kawan' aku ni adalah dia suka 'copy paste' je assignment kawan2 yang lain. mula2 cakap nak buat rujukan je bila nak transfer file ke pendrive dia. sekali bila dia dah print out dia punya assignment, memang ternyata ianya adalah hasil orang lain. dia cuma tukar jenis tulisan, nama dan nombor pelajar je. memang la bengang kan. tapi dia tak berani nak copy kerja kami, cuma seorang kawan kami ni je yang dia berani copy sebab kawan kami sorang ni tak pandai marah. kalau marah pun cakap sorang2 je. tambah2 lagi 'kawan' aku ni memang masuk telinga kiri keluar telinga kanan.




kalau diimbas kembali sikap dia yang ini lah telah menyebabkan aku tidak bertegur sapa dengannya lagi. pada awalnya kami diberi tugasan berkumpulan kalau tak silap aku. so aku dan beberapa kawan aku yang sama group ni telah pergi ke library selepas habis kelas petang tu untuk mencari maklumat. kami salin guna tangan, bila tak cukup masa sebab library nak tutup, kami keluarkan duit untuk fotostat maklumat tersebut. masa tu memang tengah pokai.so abis segala duit syiling kami korek.

nak dijadikan cerita 'kawan' aku ni dapat tahu yang group kami dah ada maklumat yang diperlukan untuk tugasan tersebut. so dia mintak la kat kawan aku sorang ni maklumat tu. kawan aku tu tak nak bagi. ye la, penat2 dah cari dan berhabis duit semua. so kawan aku tu suruh la dia pergi library cari sendiri. dia jawab bagi je la yang kami ada tu sebab dia nak fotostat. kawan aku ni naik berang dan tetap juga berkeras tak nak bagi. so dia dah mula naik angin dan mula mencarut. suara dia ni memang kuat so aku masa tu tegur la dia. takde niat nak marah or back up kawan aku ni pun. 

aku : ko ni kalau awal pagi macam ni tak bising boleh tak? memekak je la.

dia : jen..ko diam! jangan nak masuk campur!

aku : ehhh.. ko sapa nak suruh aku diam? aku kata jangan bising je la.

dia : ahhh... korang semua ni sama! bodoh!!
see?? yang aku tak boleh tahan tu dia suka kata orang bodoh. macam la dia tu pandai sangat kan. oopsss..lupa pula..dia kan ada diploma dalam medical. dia doktor tau.. doktor bedah mayat. boleh percaya ke?? korang bayangkan dia sekarang umur 21. 2 tahun yang lepas dia sama dengan aku ambil sijil di ILP. before tu dia memang dah ada diploma. itu dia yang bagitahu la. yang lucu nya, semasa cuti dia pernah call ketua kelas kami. dia cakap dia ada kat hospital masa tu. dalam bilik bedah. selamba katak lagi dia cakap dia tak boleh cakap lama2 sebab nak bedah mayat.what the fishhhh?? kalau nak tipu tu kasi la yang logik sikit kan.


tak cukup dengan itu, dia ni juga jenis yang suka menjaja cerita yang tak betul pasal dirinya. antaranya adalah dia seorang yang kaya, ada banglo 4 tingkat, ada banyak orang gaji, ada driver semua. ok fine.. tak kisah pun. sebab dia siap tunjuk lagi gambar banglo dia tu kat kawan2 aku yang lain. tapi gambar dari luar rumah je la. tapi baru2 ni kantoi pulak bila aku ada seorang kawan yang sama kerja dengan aku tu, sekampung dengan dia. paling hebat rumah kawan aku ni kat depan umah dia. so aku korek la cerita kat member aku ni. kawan aku ni pun buka cerita la mengatakan dia takda banglo semua tu. rumah mereka dah hangus beberapa tahun sebelum ni dan sejak dari itu mereka sekelurga tinggal kat pondok buluh je. kasihan pulak aku dengar tapi yang heran kenapa la dia nak tipu kami semua?

dia ni juga berdarah campuran. ibu nya berasal dari eropah dan ayahnya berbangsa bajau. tapi ibu bapa dia lama dah bercerai and ayah dia pun dah kahwin lain dan sekarang ni duduk di sabah. yang itu aku pun tak kisah. ada satu kejadian berlaku pada semester dua yang aku masih ingat sampai sekarang. masa tu aku memang dah bertegur sapa lagi dengan dia. hampir satu kelas dah pulaukan dia masa tu. tapi ada la 2 3 orang yang masih menjadi kawan sejati nya pada masa itu. nak dijadikan cerita  tak lama selepas itu dia bergaduh pula dengan kawannya itu. semuanya kerana perkataan 'bodoh' yang dia suka gunakan. 

so pada keesokkan harinya bila kami semua berkumpul di hadapan bengkel sebelum masuk kelas (rutin harian kami ) kawannya itu telah bercerita pasal pergaduhannya dengan junior kami semester satu. kira macam mengumpat la.. aku kebetulan masa tu berdiri tak jauh dari mereka, so aku buat dosa juga bila dengar perbualan mereka. tak lama lepas tu 'kawan' kami ni datang dan terus pergi ke tempat kami berkumpul tu. kawan aku yang sorang tu dah lari tinggalkan aku dan 2 orang junior aku tu bila nampak dia datang. so aku buat selamba je la. tapi muka dia macam tak puas hati dengan aku. so aku mulakan perbualan :

aku : apasal ko kat sini? bukan ko selalu berbaris kat depan ke?
dia : yang ko tu kat sini apasal? aku memang selalu kat belakang ni!
aku : oh..ye ke? takde.. tadi kami cakap pasal kau. ( yang ni memang kes nak bunuh diri!)
dia : bodoh! ko cerita apa?
aku : takde. aku cakap kat diorang yang ko ni paling pandai dalam kelas (hahaha! masa ni nak gelak)
dia : aku memang pandai! tak macam engkau tu! bodoh! amali pc assemble pun repeat 2 kali! (muka dah merah tahan marah)
aku : takpe. at least aku belajar. bukan macam sesetengah orang tu. copy kerja orang je. (masih buat muka katak)
dia : heii!! ko jangan buat muka macam tu!! bodoh!! ( memang dah marah gila)
aku : eeiii.. suka hati aku la nak buat muka macam mana, dah muka aku.bukan muka engkau. ( muka katak lagi)
dia : dah la gemuk!!! amali ulang 2 kali! bodoh!!! ( dah takde point)
aku : sekurang2nya muka aku takde jerawat macam muka engkau! (hahahahaha!!! junior 2 orang tu dah tutup2 mulut tahan gelak! )

masa tu dia macam dah tak tahan lagi nak mengamuk! tetiba seorang senior kami jerit..hoiii!!! so perang mulut berhenti. dia terus pergi ke arah senior tu. dia ingat senior tu nak back up dia. tup tup senior tu cakap " aku bukan nak back up sesapa! aku malu tengok korang gaduh macam tu!" hahahaha!! hambeekkkk... merah menyala muka dia. konon nak mengadu domba tapi kene rejek! hahaha.... sapa nak percaya dia lagi?? masa tu semua warga ILP dah tau perangai dia. 

dia sanggup gunakan nama ustaz kami untuk cover semua kesalahan dia. paling aku tak tahan bila dia hina kawan aku sorang ni. kejadian berlaku kat masjid. masa tu dia yang menjaja cerita dia alim pergi sembahyang 5 waktu tu jadi ajk surau. kawan aku tu perempuan. aku ada mention tak 'kawan' aku ni lelaki? takde? hehee.. ok..dia lelaki yang 'sopan santun'. paham2 la ye. balik kepada cerita tadi, kawan aku ni seminggu dah tak turun surau sebab uzur. so mlm tu dia turun, 'kawan' aku ni yang amik atendan. dan dia sengaja nak amik atendan pompoan. so bila dia tengok kawan aku tu tadi, selamba je dia " ehhh... ada rupanya. ingatkan dah mati dahhhhh.."

korang bayangkan bagaimana dia sanggup berkata begitu, dalam surau lagi tu. semua orang yang ada malam tu dengar ok dia cakap macam tu. kawan aku tu selamba je.memang malas nak layan dia.baru2 ni dia kata yang dia dah kerja jadi pegawai komputer dan ada kereta 2 buah. haha.. dia memang tak pernah berubah. sebab dia dah kantoi yang dia cuma penolong pengurus, masih dalam tempoh percubaan, kontrak 1 tahun dengan SKMM. yang kereta 2 buah tu..hhehehe.. ada kereta viva. tapi dah accident so kereta masuk woksyop. kereta sebuah lagi? ada..kereta milik tauke woksyop tu. dia pinjam. hahahaha.. aku cuma boleh gelak je bila dengar.

ok la... aku rasa banyak sangat dah aku merapu ni. ini cuma sekadar luahan perasaan. kalau rasa mengarut sangat, taknak baca..dipersilakan keluar dari blog ini.hehe... ohh.. kalau nak tengok wajah lelaki istimewa ini..boleh tengok kat facebook aku. dia bikin panas kat sini. ada banyak lagi cerita tentang dia. boleh buat novel aku rasa. haha.. okeh..babai~

12 November 2010

TRIP to S.E.M.A.T.A.N. part II

phewwww~~~ entry kesinambungan dengan entry di bawah. sila scroll down ye. hehehe.. entry kali ni tak panjang. pendek je. so korang takyah nak bosan2. haha..

event kami sebenarnya nak celebrate anniversary uncle & auntie aku yang ke..... ntah la. aku pon tak sure aaa. huhuh.. so malam tu memang enjoy habis!! siap dengan karoke lagi. tapi tak amik gambar banyak sebab syok poco-poco.hahaha!! jom layan gambar kat bawah ni.. 



 masa ni acara belum start lagi. so lepak2 dulu bagi makan nyamuk2..

 
 aku tak tau kenapa REMY buat muka macam tu. hahaha!


para ibu. dari kiri : mummy NINIE, my mom, mummy GIA & mummy LENO.


 time ni orang belum banyak lagi yang datang so bebas la bawa bontot snap2 gambar.heeee...


 gambar ni aku paling sukaaaaa.. dan aku suka kamera ni. kualiti terbaikkkkk... aku takde edit2 gambar ni tau. just resize je sbb besar sangat n taknak lambat bila upload.


 ni la pasangan pengantin baru tu..hehhehehe.. yang aku bengang tu ada ke patot pengacara majlis tu suruh nyanyi lagu happy birthday..gilo apo???


 our sweet uncle & auntie.. suka tengok dress auntie.. cantekkkk... simple je takde veil2 semua..


bersama2 family.. kiteorg takde amik gambar ngan pengantin sebab sibuk jaga budak2.huhu.. sedih kan?

lepas je acara potong kek semua, acara makan lak. masa ni aku dah tak pegang kamera lagi. budak2 dah take over. tugas aku amik makanan lak. menu malam tu tak la banyak sangat. and menu dia simple2 je. ada mihun goreng, mi goreng..nasi putih, ayam panggang, hotdog bakar dan lain2. aku sumbat mihun goreng je malam tu. ngan ayam panggang. haha.. seharian aku tak makan nasi. nasib baik perut aku tak buat hal.

abis je acara makan, acara karoke. masa ni aku memang tak larat lagi nak amik gambar. sebab budak2 berebut nak pegang kamera. last2, adik aku simpan je dalam bilik.hambik kauu..hahahaha. kitaorg memeriahkan majlis malam tu dengan menari poco2. semua budak2 join. cute sangatttttt.... hehee... lepas poco2 majlis menjadi semakin hangat. orang ramai dah mula berani berdansa di ruangan yang dah disediakan. aku ngan sepupu aku GIA apalagi... goyang kepala laaaa...

sambil2 nari tu sempat beramah mesra dan berkenalan dengan sedara yang lain. menari punya menari baru tahu rupa2nya menari dengan sepupu sendiri. sebab tak pernah jumpa kan.. diorang jarang balik kampung. habis menari, aku menyanyi.. adehhh..sakit kerongkong aku sebab menjerit je. sonok sangat dapat lepas tension. dalam pukul 1 pagi macam tu aku dah balik bilik dah. dah tak larat aku. sakit pinggang semua. adehhhh.. dah tua gitu la rupanya. haha..

majlis pun abis pukul 2 pagi. sebab memang dah estimated sampai pukul 2 pagi je. tak boleh lebih2. budak2 dah lama tidur. aku pun tidur la sekali.. nak tahu apa yang terjadi pada keesokkan hari nya? tunggu entry yang akan datang yee.. 

nak tengok lebih banyak gambar, lawati laman web facebook aku.