LETAK LINK KAMU KAT BAWAH NI, NANTI KAMI LAWAT KAMU BALIK YE..TQ

kalau kamu dah follow, sila tinggalkan jejak kamu di s/box ye supaya senang nak follow balik

29 September 2010

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

balik kepada cabaran 30 hari.hehe.. so cabaran untuk hari ini ialah gambar sesuatu / seseorang yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup aku. dia cakap gambar je so tak perlu la aku tulis panjang2 ni. kang korang boring lak baca. aku yang menaip pun boring.haha..

so aku letak gambar mr. luff aku. jangan tanya kenapa aku tak letak gmbar family or gambar lain. sebab bagi aku, selain keluarga aku, mr. luff lah yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup aku. nak tahu lebih details sila baca entry aku yg lepas.


:42:
sebenarnya 3 minggu yang lepas iaitu hari selasa yang bertarikh 07 september telah genaplah 2 tahun hubungan aku dan mr. luff. tapi takde celebrate2 la. baru 2 tahun nak kecoh kann.. kalau nak dibandingkan dengan yang dah bercintan 4 5 tahun tu. aku cuma berharap yang hubungan kami berdua akan kekal selama2 nya. ni kira pecah rekod aku sendiri ni. aku tak pernah lg kapel ngn sapa2 lebih dari 1 tahun tau. dulu ada 1 tahun lebih tapi dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

ok lah.. tu je kot.hahaha.. korang lak apa yang telah memberikan impak terbesar dalam hidup korang?


bulan depan tarikh yang sama 07 oktober birthday mr. luff... nak bagi hadiah apa??? ada idea tak?

sape nak hadiah free? =)

haaaaa... sape nak hadiah free???? cakap cepat!! sape tak nak hadiah free?? blah cepat!!! hahahah.. gurau je ok. tak pasal2 aku kene hentam kang. ok, kali ini aku telah ditag oleh cik suzie untuk join GA nadia farahida.

haaaaa.. ni la hadiah dia. tabung kereta merah. ngeeee... bukan la. hadiahnya misteri. tak tau apa hadiah dia. kot2 betul nak bg kete ni tak? hehehe.. untung la kalau dapat ni. berangan kejap ye. lesen kete pun tadak ni.opppss..

cara nak join senang je. boleh tengok kat blog nadia farahida ni. cantek blog dia. black + oren gitu.. tarikh tutup 1 oktober ni. cepat2.. sapa nak join sila la join. tapi aku kene gak tag 3 orang blogger utk cukupkan syarat.huhu.. nak tag sape ye??? tag je dorang ni..

28 September 2010

lagi lagi bahana FACEBOOK

*PERHATIAN!!! INI ADALAH ENTRY YANG PENUH DENGAN RASA MARAH!!!! *

ok, stret to the point. sejak kebelakangan ni kita selalu je dengar kes2 yang berpunca dari laman sosial yang tengah hot masa kini iaitu FACEBOOK. kes menghina islam oleh salleh gregor, katy lim, budak yang hina arwah din beramboi dan macam2 lagi lah. dan paling latest ada yang tubuhkan page anti ariel peterpan.

tapi kes kali ni bukan pasal menghina islam atau sesiapa pun. ini terjadi kat aku sendiri. masa aku buka page fb aku ada la sorang minah ni komen kat status fb aku yg semalam. kalau komen biasa2 je aku tak kisah tapi komen dia memang membuatkan darah aku mendidih. mungkin korang tak paham apa yg dia komen ni sebab dia komen dalam bahasa melayu sarawak. tapi aku rasa mostly korang akan paham juga sebab word yang dia pakai senang nak paham. tapi kalau korang still tak paham gak boleh tanya nanti ye.


sila klik untuk besarkan gambar untuk paparan lebih jelas

nama minah ni sarah abigail. gambar kat profile dia....cun woooo wa cakap luuu.. kalau lelaki memang terliur ni tengok. siap dedah separuh breast dia.pasni kompom korang cepat2 search minah ni kat fb kan.hahahaha... itu aku tak kisah.. dari apa yang aku tengok kat wall minah ni dia mengaku diri dia homoseksual.

itu pun aku tak kisah. yang aku kisah bila dia komen benda macam tu kat status aku!!! geram niiii!!! aku pun bagi la sedas dua kat dia. walaupun aku tahu benda tu tak memberi kesan kat dia. lantak la. bukan tu aje, aku tengok kat wall org lain pon dia komen lebih kurang macam tu juga.

tapi tiba2 aku tersedar.. serendah2 akhlak seseorang perempuan itu pun, takkan dia nak expose kat public macam tu je. aku tahu ni msti ada udang di sebalik mi goreng ni.. rata2 member fb cakap account minah ni palsu. ada orang gunakan gambar dia dan nama dia. ye ke? mungkin juga. sebelum ni pun ada kes yang sama kan.

kalau betul la akaun fb minah tu fake, apakah tujuan orang tersebut?? lagipun banyak sangat gambar minah ni dlm album fb dia ni. dah la semua seksi2. kawan aku bagi andaian, owner fb tu adalah lelaki sebab dia layan perempuan je.. kalau lelaki dia layan dingin. heh.. nama pun dah homoseksual kannnnn???

lagi kwn aku buat andaian lelaki ni ex-bf dia kot. maybe pompoan ni curang ke apa, tu yang dia nak balas dendam. ye la, selalunya kalau kita bercintan cintun ni, henpon semua kompom penuh ngan gmbar pasangan masing2 kan. tapi kalau betul la andaian kwn aku tu..aku tak heran. sebab tengok dari gambar pun dah tau minah ni spesis macam mana.

tengokkkkk... kan dah buat dosa dah aku kutuk dia. huh!! tapi aku tak block minah tu dari fb aku. kenapa??? faham2 la ya.ehehehe.. tapi aku bukan jenis yang suka cari gaduh. tapi kalau dia start dulu, takkan aku nak dok diam je. aku pun ada limit gak.

ok lah, korang cepat2 la search minah ni kat fb ye.hahahaha.. takyah nak sorok2. nasib baik aku dah kasi private aku punya gambar. dan aku tak add orang sebarangan kat fb. kalau korang add aku tu, kasi tau la korang dari blog ye. kang tak pasal2 aku tak accept korang meroyan pula.hahaha.

*masih marah mode*


26 September 2010

Day 06- Favorite super hero and why

cabaran untuk hari ini.. favorite super hero. aku ada favorite super hero ke? setahu aku, aku minat shin chan je. haha.. jap ekkk... fikir...fikir...fikir... fikir.... fikir....

:4:

haaaaa!~!!! ada kot.haha.. apa dia?? jeng! jeng! jeng!



the incredibles!!!! hehehe.. kenapa aku minat? kalau korang nak tahu, the incredibles adalah satu satunya movie super hero yang aku layan sampai habis. cuba kalau korang tayang movie spiderman atau batman ke depan aku, kompom aku tak layan punya.. tak tahu la kenapa. maybe sebab aku lebih suka super hero yang lite2 gitu.

tambah2 lagi cerita ni sesuai untuk tontonan satu keluarga. nama pun citer katon kan. kalau spiderman or batman or ape lagi? superman.. haa.. paling2 pon ada babak ciom2 kan. walaupun lite tapi aku memang tak selesa menonton dengan budak2 kalau ada babak macam tu. tapi budak2 zaman sekarang memang dah terlebih advanced dah sekarang.

so ini adalah kesukaan aku. pendapat korang mungkin berbeza tapi apa boleh buat, minat lain2 kan. jadi mereka adalah super hero kegemaran aku.



korang lak suka super hero yang mana satu? share2 la minat korang...

:22:

jom heboh yang heboh!!!

semalam tak online so hari ni online puas. walaupun penat tak hilang lagi tapi ku gagahkan juga jari aku ni mengetuk2 keyboard aku ni haa..
blogger-emoticon.blogspot.com

hari ni pegi jenjalan kat stadium negeri / stadium sarawak. ada apa kat sana? jom heboh3!!! hehehe.. kalau ada yang tengok tv3 tu dorang ada siarkan lintas langsung jom heboh dari kuching. tapi malam ni aku tak pegi tengok konsert.. malas aaa. penat sangat. dah la tempat parking jauh sangat.. so tak nak cerita banyak, jom layan gambar2 ni dulu.



dari jauh dah nampak belon ni

sampai ke sana tomok baru kuar nyanyi.. wpn kurang minat tetap amik gambar gak


sapa2 nak nips free?? aku nak tp kene join game. aku ni pemalu.. heeee..



betapa ramainya warga kuching meriahkan jom heboh. dari miri pun ada. jauh tuuuuu..



kata malu kan tp join game makan maggi cup paling cepat. aku dpt no 2.. heeee



cantik je aku amik gambar ni..


tapi bila dia amik gmbar aku??? patut bagi nampak jom heboh kat atas tuuuu.... adehhh...


gerai ni memang byk pelanggan. mungkin disebabkan wig tu kot. heeeee..


upin ipin.. sorang tersangkut lak kat atas pokok tuu..heeeee


saya la doraemon!!!!


heee.. aku baru perasan gambar ni. tu pun adik aku yg perasan dulu.


beli byk barang sebenarnya.. tp saja kasi tunjuk maggi je. maggi tu aku menang game td.


last show yg sempat adik aku tengok. persembahan dari akim af.


barang2 yg aku beli.. setiap kali pegi jom heboh kompom aku singgah booth silky girl. semua ni just rm30 je. kalo harga biasa lebih rm50 kot. hehehe.. kata nak jimat duit kan.?huhu..



ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku tak larat nak upload semua sebab line slow sangat.
blogger-emoticon.blogspot.com