wahhh... tajuk macam ketinggalan je kan. hehe. orang dah lama update entry tahun baru, aku 3hb baru nak apdet. kuikuikui~ takpe. mood tahun baru masih ada lagi ni. cuma aku punya mood tahun ni lain sikit. macam2 perasaan ada. happy, gementar, sedih..macam2 la. orang lain dok sibok countdown tahun baru, aku pulak countdown nak pergi shah alam.huhu...
tak sangka kan, pejam celik dah masuk tahun 2011. tahun lepas, 2010..macam mana? tentu banyak kenangan pahit manis yang dah terjadi kan. aku pula..banyak lagi duduk kat rumah dari kerja. kerja pon 3 bulan je. ingatkan dapat sambung belajar julai yang lepas tapi apa boleh buat kan. masalah kesihatan aku ni membantutkan niat di hati.
tapi nasib baik ada family, kawan2 dan mr. luff yang baik hati, tak habis2 meniup semangat aku untuk sambung blajar lagi. ini yang buat semangat aku berkobar-kobar ni walaupun berat hati nak meninggalkan bumi kenyalang ni.
esok....lusa aku pergi. awal pagi. flight adalah pukul 6:15 pagi. harap2 tak delay. maklumlah.. guna flight air asia. air asia ni selalu delay. tapi dah tiket dia murah kan. nak pakai MAS, tak mampu. sebab my dad ikut sama, hantar aku sampai shah alam.
kalau aku pergi sorang, maybe guna MAS kot. hehe. maklum la, aku ni anak manja. dah tu pertama kali pulak pergi ke tempat orang. maksud aku tanah semenanjung. kalau dulu pergi miri takpe la. masih dalam sarawak lagi.
sekurang-kurangnya kurang sikit perasaan takut aku bila my dad ada sama. aku ni memang penakut. wawawawa. kejap je takut, dah biasa nanti.. aku la yang paling kecoh. dulu kat miri pon macam tu jugak. seminggu aku home sick. malam2 call mak aku, nangis2. haha. harap2 kali ni aku cepat sesuaikan diri.
ok la, dah banyak pulak aku membebel kan.entah apa2 kan. korang macam mana sambutan tahun baru ni? mesti happening kan. aku dan family cuma makan beramai2 kat rumah je. nak keluar tengok bunga api hari hujan pulak. so my mom cuma buat laksa sarawak yang kaw2 punya. menangis aku makan. hahaha..